family

family

ISNIN HARI WESAK-SHOPPING BARANGAN DAPUR

Hari ni cuti public, tengahari lagi aku dah mengangkut budak2 ni dan wife aku ke CAREFOURE adalah membeli barangan dapur serba sedikit. Kena lah melayan tekak anak2 aku lunch makan BURGER KING..peh...nasib baik portion dia besar so kenyang lah jugak.

HA...SERONOK JE BEBUDAK NI MAKAN WOPPER..BBQ..........

At the same time aku gi hantar kasut aku pergi repair sebab tumit nya dah tercabut. Sayang aku kasut tu, sebab ianya pemberian Suhaimy, BALLY lagi tu..dia beli dekat harga RM1,000 kasut tu. Tukang kasut tu pun cuma charge RM8.00 ja.


NI LA KASUT TU.......

Tengah syok2 lepak tu bapak mentua aku call rupanya diaorang dah ada kat depan rumah aku, nak mengajak aku ke rumah pakcik aku di Keramat, nak menjemput..adik ipar aku kan nak kahwin. Fikir2 elok la juga tu aku pun dah lama tak sesana nenek aku pun ada kat situ bole ler aku jumpa dia..Aku kecik2 dulu manja habis2 san kat nenek aku tu..sampai skrg kalau jumpa mesti aku gomol muka dia hehehehe.











NI LA NENEK AKU (IBU PADA BAPA AKU) DAH 90AN DAH UMUR DIA









YANG NI PAKCIK AKU, ADIK BONGSU BAPAK AKU..









PASANGAN DUA SEJOLI NI LAH PAPA N MAMA MENTUA AKU.....HEHEHE

1 comment:

Wangi74 said...

ingat kasut masa zaman nak kawen dulu..wah baiknya suhaimy kasi kasut mahal..bila eh kawan i nak kasikan i hadiah handbag PRADA..hehehe

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih