Agak bosan juga bila ada cuti ditengah2 minggu ni..Sebabnya, keesokan hari, kena gi kerja balik. For the past three years, aku bekerja 7 hari seminggu. Hari Ahad kerja juga sampai pukul 3 atau 4. Tiba2 sejak berpindah ke Sunway Damansara ni dah jadi 6 hari seminggu. Rasa bersalah je bila duduk rumah..tapi yang bestnya adalah masa utk family.
Sebelum hari Buruh ni, iaitu hari semalamnya aku agak sibuk di warehouse, dari menguruskan hal barang2 yang hendak dihantar sehinggalah appointment dengan customer..sampai kerumah pukul 12 malam. Masa bergerak tak terasa sekarang ni sekejap ja dah abis satu bulan. Masuk lah kebulan May satu lagi bulan yang mencabar..Buat masa ni bisnes alhamdulillah..cuma ada lah perkara dalaman yang agak sukar dan mencabar utk dihadapi. Buat masa ni aku dalam proses memperbetulkan dan cuba memperbaiki perhubungan dengan customer yg agaknya mula renggang, Alahamdullillah semuanya terkawal. Dalam masa yang sama aku juga ada masalah peribadi yang tiap2 bulan aku absorb saja..walaupun bisnesman tapi selalunya orang pandang bila waktu berjaya saja. Sebelum berjaya waktu tengah struggled tu banyak orang tak nampak....Aku redah ja tak kira lah nak berjaya atau tidak yang penting move forward ja sampai apa yang aku impikan terlaksana.
Eh panjang lebarlah pulak aku ni membebel..haaa ada juga berita yang menggembirakan aku minggu ni.. Selasa lepas principal aku dari Jakarta datang, maklumlah aku kan baru ja jadi diorang nya sole distributor kat Malaysia ni..Diorang memperkenalkan aku kepada beberapa party yang boleh memudahkan perjalanan bisnes aku disini. Harap2 semuanya berjalan dgn lancar.
No comments:
Post a Comment