family

family

19 TAHUN HIDUP BERSAMANYA

19 tahun yang lalu kebetulan pula semasa perayaan Tahun Baru Cina, aku telah di ijabkabulkan bersama seorang wanita yang bernama Faridah....alhamdulillah aku masih hidup bersama beliau yang telah melahirkan 3 orang anak-anak yang comel Mujammad Alif Farhan, Siti Nurfarhana dan Siti Nurfarhaneez.

Terima kasih kerana bersabar hidup bersama aku, jatuh bangun hidup sentiasa menyokong aku...

Doakan kami semuga sentiasa berbahagia sehingga ke akhirnya....
Sent from my BlackBerry® smartphone

BERITA GEMBIRA DAN TAK BERAPA SERONOK

Berita gembira...Farhan di tawarkan menyambung pelajaran untuk tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Sains Taiping.  Seperti biasa aku tak akan mendesak dia untuk belajar disitu, walaupun aku berharap dia terima tawaran tersebut....masih terfikir fikir lagi dia waktu ini.  Pada aku inilah peluang sekali seumur hidup...

Selit sikit pasal Harijadi Farhaneez, aku tak buat majlis besar-besaran tapi cuba lah cari jalan untuk menggembirakan hati budak kecik itu....dia peminat tegar BOBOIBOY......


 Cuma kami berlima sekeluarga saja tapi dalam gambar ni bertiga..

Alhamdulillah dengan sebiji kek itu sudah membuat Farhaneez gembira dan teruja....

Berita tak berapa seronok.  Hemmmh malas nak cerita sebenarnya...mungkin di lain kali la...pasal cerita seorang kawan....cuma seoarang kawan.......

SITI NURFARHANEEZ.....SUDAH BERUMUR 5 TAHUN HARI INI

 
Anak perempuan aku yang bungsu Siti Nurfarhaneez sudah berumur 5 tahun hari ini....belum ada rancangan untuk si comel ini.....mungkin sehari dua ni akan aku buat secara kecil-kecilan.


SELAMAT HARIJADI SITI NURFARHANEEZ

ANAK-ANAK


Anak-anaklah yang memberi kita sinaran dan kegembiraan......setuju kan?





THE CABIN

Tempat lepak yang menarik...

CERITA-CERITA ORANG

Agak gempar jugalah dua tiga hari yang lepas ni tentang cerita mengenai seorang pelajar cemerlang kita yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negeri itu....macam-macam tajuk yang keluar..ada katanya sudah lari dari landasan ....sudah tidak lulus dalam pelajaran....sudah itu...sudah ini...dan bermacam-macam lagi.

Aku seperti biasa tak berani nak komen apa-apa takut tersalah komen...cuma kalau benar seperti yang diperkatakan itu...harap-harapnya ianya dapat diperbetulkan .  

Agak menarik status dari Dr. Fadzilah Kamsah di Facebook beliau...mudah di fahami...atau dengan kata lain doakan yang baik-baik sahaja kepada Allah SWT...InsyaAllah yang baik juga akan diperkenankan....Ameenn.

2011....PENUH SUKA DUKA....2012...PENUH DUGAAN....

Masih tak terlambat lagi aku rasa untuk mengucapkan Selamat Datang pada tahun 2012.  2011 sudah berlalu dah tak boleh pun nak diundur-undurkan lagi.  Segala apa yang berlaku pada 2011 pada aku penuh suka duka pahit dan manis.  Alhamdulillah semuanya masih tetap teguh dan tegap..yang masih bersama aku adalah keluarga tersayang, isteri yang sentiasa memberi semangat, sentiasa dibelakang memberi sokongan, anak-anak yang menyinari hidup...gelak ketawa, gelagat lucu sentiasa dapat memberikan ketenangan, sahabat-sahabat yang rapat sentiasa mendengar dengan setia dan memahami....harapan pada tahun 2012 dapat lah aku memperbaiki segala kesilapan dan kekhilafan...dan hidup terus bahagia ...Insyaallah.

Comel kan gambar diatas ni...ni.  Siti Nurfarhaneez ..18hb Januari yang akan datang ini akan menjangkau ke umur 5 tahun.  Dia akan ke sekolah tadika...cepat betul masa berlalu.
Semuga kita semua berbahagia di tahun ini....Selamat Tahun Baru..


PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih