NURIN & NADIA
D-1-8 PESONA VILLA
family

CUBA UNTUK MENCATAT SESUATU
5.05 pagi, aku masih belum tidur masih terkebil kebil biji mata aku ni....teringat aktiviti siang tadi...bersama keluarga...anak-anak sudah makin membesar...
RINDU PADA SEORANG SAHABAT...SEMUGA KAU AMAN DISANA
Assalamualaikum, masih ada lagi kah pembaca blog ni.....tiba-tiba ada seseorang bertanya kenapa tak update, sempena hari lahir seorang sahabat yang amat aku sayanagi...tapi Allah SWT lebih menyayangi beliau Allahyarham Suhaimy Abdul Rahman pada hari ini, tergerak aku untuk mencoretkan sesuatu. Ya beliau sudah kembali ke rahmatullah pada 9 March 2015, yang lepas. Aku rasa sahabat sahabat FB tahu akan kisah ini.
Rindu ya memang aku rindu pada beliau yang sentiasa menjadi pendorong pada diri aku untuk Berjaya pada sesuatu perkara yang ingin aku lakukan samada hal kerja atau aktiviti harian.
Aman lah kau disana....
Happy Birthday Bro......Al Fatihah.........
SIJIL PEPERIKSAAN MALAYSIA (SPM)
SENAMAN SECARA RINGAN
Belum hilang penat berlari 10km tu tapi aku tetap ke gym....kaki masih lenguh so pelan-pelan keluarkan peluh....besok seperti biasa full swing la aku....
LARIAN UNTUKMU GAZZA 3 NOV 2013
Hahaha...1st time aku lari 10km selalunya aku masuk lari paling jauh pun 7km ...alhamdulillah habis jugak larian aku...separuh tu ada jugak la aku berjalan....tapi masih tak sepantas Suhaimy yg dapat mencatat masa hanya 1 jam 8 minit.....dalam 2km aku tertinggal belakan dia...dalam 1 jam 45 minit.....lepas ni kena berlatih lebih lagi.....
KERENAH DUA ANAK DARA AKU
Diorang berdua ni....kalau bermain kalau takda merajuk rajuk...memang tak sah...kakak suka menyakat si adik...si adik pula kuat merajuk......aku dari sofa ni dok melayan jr apa yang di gaduhkan tu...
APA CERITA KITA
Hahahaha bosan sebenarnya....pagi Jumaat ni..Farhan anak aku yg sulong akan menduduki SPM tak lama lagi.....tapi aku yang nervous......
TIPS MENGURANGKAN BERAT BADAN....CARA AKU LAH....
Sebenarnya aku tak pernah nak menurunkan berat badan, semuanya berlaku secara tidak sengaja...kebetulan pada awal tahun ni...salah seorang sahabat baik aku Suhaimy....(boleh cari dia dalam blog ni) telah berjinak-jinak dengan aktiviti larian, tak kira lah apa larian dia akan join..dan aku tak pernah pulak rasa nak join dia...cuma satu hari tu dia offer...aku..kau nak join tak tak silap aku waktu itu dalam bulan Februari...dan Larian Makna diadakan pada bulan March...aku dengan secara tak serius aku cakap boleh lah.......Dua tiga hari selepas u dia pun whatsapp aku ...Di..aku dah register kau utk Makna Run 7km..hahaha alamak aku cakap boleh ke aku berlari dah bertahun aku tak berlari....Suhaimy bagi tau aku...sempat lah pun kau nak trainning...tak larat lari kau jalan je lah...janji boleh habis 7km tu....
Sejak dari tu aku pun berlari lah ikut pace aku....berlatih konon...and at the same time aku pun join satu gym ni sebab ada masa aku rasa malas nak berlari kat luar aku berlari di thread mill je lah....Adalah dalam sebulan macam tu aku berlari dan berlari sampai lah masa aku pun berlari lah di Makna Run tu...kira ok lah abis lah jugak aku lari...penat aku jalan...bila ok aku lari lagi.
Sejak dari tu aku terus lah berlari sebab dah jadi seronok...sampai satu hari ada seorang kawan menegur aku...eh di kau dah kurus sikit la kan...kau diet ke...heh...baru aku perasan bila kita bersenam apa2 pun berat badan akan turun...seingat aku masa mula2 aku join gym tu berat badan aku 80kg...trainer di situ cakap aku dah overweight( berat ideal aku 65kg)...masa tu aku cakap takpa lah aku nak stamina berlari je so aku tak sangka memang berat aku akan turun...
Alang alang dah turun aku cuba tukar pulak cara pemakanan aku...secara perlahan-lahan lah aku kurang kan nasi...kurangkan pengambilan gula...kurangkan makanan berminyak...lebihkan makanan berfiber..sayur sayuran dan air puteh tu minum lah sebanyak yang boleh..aku tak target pun berapa berat aku boleh kurangkan....sedar sedar awal bulan ni tu hari berat aku dah sampai pun 65kg....yesss...berjaya gak...
So itu lah je pun cara aku mengurangkan berat badan....
![]() |
Ni lah rupanya aku dalam tahun lepas waktu ni aku rasa...berat aku lebih 80kg..... |
![]() |
Ini pulak rupa aku sekarang waktu ni berat aku dalam 68kg....ada 3kg lagi nak sampai ke berat ideal. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.
Terima kasih