family

family
Showing posts with label ZAIDI DAN FARIDA. Show all posts
Showing posts with label ZAIDI DAN FARIDA. Show all posts

MAKIN TUA MAKIN............

Sejak kebelakangan ni....sejak umur meningkat ada satu perangai yang tiba-tiba aku perasan.....mengada-ngada lebih pulak.....sapa tu?  Sapalagi aku lah tu..... Nak ke kedai dekat je pun mesti nak ngajak Cik Puan meneman.......rasanya tu la masa berdua aku dengan dia dapat bercerita panjang.  

Published with Blogger-droid v2.0.4

19 TAHUN HIDUP BERSAMANYA

19 tahun yang lalu kebetulan pula semasa perayaan Tahun Baru Cina, aku telah di ijabkabulkan bersama seorang wanita yang bernama Faridah....alhamdulillah aku masih hidup bersama beliau yang telah melahirkan 3 orang anak-anak yang comel Mujammad Alif Farhan, Siti Nurfarhana dan Siti Nurfarhaneez.

Terima kasih kerana bersabar hidup bersama aku, jatuh bangun hidup sentiasa menyokong aku...

Doakan kami semuga sentiasa berbahagia sehingga ke akhirnya....
Sent from my BlackBerry® smartphone

KOMEN DARI PEMBACA SETIA BLOG INI...KOMEN SECARA LISAN.....

Cik puan Farida adalah seorang pembaca tegar blog ini...iyalah.laki dianya belog..kan maka kenalah dia bacakan...hehehe memang dia minat baca belog ni..cuma buat dia terkesima sedikit apabila ada sepasang mata yang macam tengah ngintai dia...ka tepi blog tu......buat dia rasa macam terganggu...


Tu haaaa gambor Mr Bean tu cukuplah nyampah dia tengok...dia suruh aku remove kan je....hehehehe tapi aku suka mamat tu ada kat situ......

BERLEPAK SANTAI BERSAMA CIK PUAN FARIDAH

Malam minggu yang lepas.....aku dating dengan Cik Puan Faridah di Old Town White Cofee Taman Melati...depan MRR2 hiway tu..lama dah aku tak berdua-duaan dengan dia selalu ada je askar2 join sekali...so malam tadi lepak berdua......seronok jugak....berbual-bual macam-macam cerita....

Time ni dah dekat 2 pagi tapi masih ramai orang lepak-lepak lagi...




LEPAK DI BALCONY

Masa kat PD tu hari aku dok melepak kat balcony apartment dengan Cik Puan Farida.....lepas budak perempuan 2 orang tu tidor maka berbual-bual lah aku kat situ dengan Cik Puan ...hemh lama dah tak duduk berdua-dua bual2 maklum lah dia sibuk nak menggayakan hal2 rumahtangga, anak-anak dan lain-lain lagi lah...sampai pukul 2 pagi lah borak sambil makan kacang dan minum coke...maka ada lah idea aku menyenap gambar berdua2 maklum lah jarang dah bergambar berdua asyik ambik gambor anak jer......

Ada lah tersesat satu gambar masa dalam kereta on the way nak ke PD tu...and gambar Farhana tiba2 terjaga pastu join sekali lepak kat balcony tu...

SEDIH...HAPPY....GOOD FOOD.......

Hari ni............dari pukul 11.00 pagi hingga ke 5.00 petang baru balik ofis...

Aku dan Suhaimy ada mission ni hari.....mencari seorang sahabat....yg mengalami masalah dalam perkahwinannya...lama juga tak jumpa last jumpa bulan puasa lepas.....kesian dia...nampak pucat dan badan kurus sikit...mungkin masa tu banyak sangat cas negative dalam fikiran dia....Alhamdulillah selepas berbual-bual ada nampak perubahan..dari pucat muka dia ..dah nampak kemerah-merahan...mungkin ada dua cas positive dari Suhaimy dan aku...menyebabkan dia lega....bagus...dia sebenarnya dalam proses untuk menyelesaikan masalah..dan segalanya berjalan dengan baik...............cuma dia rasa dengan kedatangan Suhaimy dan aku...boleh melegakan perasaan.....

Happy news....dari PUNB....ini adalah untuk projek seterusnya untuk TUKUL....

Sampai rumah dalam pukul 7.00 malam...dinner ....CikPuan Farida ni hari dia buat Mee Hoon Soto...tapi kali ni lain sikit resepinya..katanya aku yg print resepi ni....aku pun lupa...siapa yang bagi resepi ni...sedap juga.


Lain sikit soto nih...ada pakai serbuk kari...tapi sedap juga ...nampak gaya ada tambahan koleksi resepi Cik Puan Farida....

BERSAHUR DENGAN PUAN FARIDA

Dalam pukul 2.00 pagi gitu lapor la pulak perut nih......baru perasan masa buka tadi makan sikit bebeno.....aku belasah buah je yg banyak...nak makan sorang cam boring lah pulok.....hehehe aku ajak lah Puan Farida join aku, ok la tu adik ipar aku ada rumah....aku tinggal kan lah baby2 aku tu jap maka macam gi dating la aku ngan Puan Farida. Shakali-shakali seronok gak keluar berduo ni...selalu ada askar ngikut..bersilat-silat dibuatnya...



PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih