NURIN & NADIA
family

Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts
CUBA UNTUK MENCATAT SESUATU
5.05 pagi, aku masih belum tidur masih terkebil kebil biji mata aku ni....teringat aktiviti siang tadi...bersama keluarga...anak-anak sudah makin membesar...
BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA.........
![]() |
Pandangan dari Jambatan yang menghubungkan Taman Miharja dan Viva Home Mall |
![]() |
Muka bosan kucing comel....tetap comel walau bosan |
![]() |
Letih...... |
![]() |
Aktif....pelik bulu macam baldu... |
![]() |
Eh ni bukan kucing....model ni di mekap dengan tema kucing.... |
![]() |
Bosan juga dia |
![]() |
Tolong jangan snap lagi gambar ye...aku bosan |
.
Published with Blogger-droid v2.0.6
PUBLIKA....LEPAK DISANA DIHUJUNG MINGGU
Cuaca panas...tak tau mana nak pergi...maka lepak di PUBLIKA...shopping complex yang agak unik......
Kawasan luar tempat berehat.......
Dinding di food court dihiasi dengan lukisan menarik
Walkway....pandangan atas
Dibahagian bawah tempat kanak-kanak bermain
Lembu emas??
Hasil kreativiti....
Menjadi tempat jurugambar mengasah bakat
Published with Blogger-droid v2.0.4
ABAH...AYAH...BAPAK...DADDY...WALID....
Macam-macam panggilan untuk seorang bapa...macam tajuk entry ni lah...sebenarnya lari tajuk dari isi entry ni..
Bapa aku sekarang dalam keadaan yang kurang sihat dari kesihatannya setelah doktor mengesahkan ada sejenis ketumbuhan seperti kanser yang dipanggil GIST di usus dan hatinya...sejak dia mengidap sakit tu sudah tiga pembedahan telah dilakukan sejak tahun 2006. Setahun yang lepas sudah nampak perubahan setelah diberikan sejenis ubat yang diberi nama Glivec...nasib baik juga bapa aku bekas angkatan tentera maka beliau dapat bantuan dati Jabatan Hal Ehwal Veteran Atm...kerana kos ubat tersebut agak mahal.
Sekarang keadaannya balik kepada asal dan doktor mencadangkan untuk menambahkan dos pengambilan ubat tersebut...
Disebabkan penyakit itu beliau tiada selera makan dan sudah hampir 3 minggu segala apa yang di hidangkan cuma sesuap dua sahaja yang mampu dimasukkan kedalam mulut. Semakin kurus sudah dia sekarang...dan itu menyebabkan beliau kurang tenaga untuk bergerak,
Apakah yang boleh membuatkan beliau berselera semula setidak-tidaknya untuk beliau mendapatkan tenaga.
PERKELAHAN BAJET KU.....
Cuti hari Krismas lepas untuk meluangkan masa cuti dua hari tu....berkelah lah aku sekeluarga bersama keluarga sepupu di Kemensah ..10 minit perjalanan sahaja dari rumah aku.....walaupun dekat ini lah pertama kali aku ke sini.
BERGOMOL DENGAN MANUSIA-MANUSIA KECIL
Lama tak cerita pasal manusia-manusia kecil yang ada dalam rumah aku ni kan....tah la napa malas je lately ni chet.....tak boleh dijadikan amalan....jangan jadi macam saya...nanti ......nanti miss sooruu.....
Entry kali ni ...alal-ala tak da cerita sangat ....lama kan tak nampak wajah-wajah mereka kat blog ni kan...
Entry kali ni ...alal-ala tak da cerita sangat ....lama kan tak nampak wajah-wajah mereka kat blog ni kan...
Dua budak perempuan ni seperti biasa penghibur hati aku dikala lara........
Ni ha si Big Bro for those two manusia kecil....Farhan...sekarang ni nampak cam jiwang jerr...ada GF ke sekarang....
Ni semua penyeri di 30 Jalan F3..........Cik Puan Farida seperti biasa....camera shy dia...
HAPPY DEEPAVALI......
Selamat menyambut Hari Deepavali..kepada kaum India merayakan.....mana dia kawan-kawan aku yang berbangsa India ni....lama tak dengar khabar....aku seperti biasa ...kerja la jugak di hari cuti umum ini...dah nama pun kerja sendirikan.....suka hati la......kan....
Anak-anak dirumah pun macam tu lah jugak....aktiviti-aktiviti santai yang selalu dan paling disukai lah yang dibuat...
Bermula dengan Farhan........petang dia main bola di padang....malam pun dia main bola di Playstation...boleh..camtu.....
Dia memang tak suka atau malu sikit nak tunjuk muka dalam blog aku ni...
Tu dia si Farhaneez...satu hari ni dia belasah tengok DVD konsert year end kakak dia si Farhana...sampai hampir keseluruhan show dalam konsert tu dah di hafalnya ....dah pandai berposing...peace lagi...hemh...dah makin bulat la badan dia....
Farhana....macam dah tak sabar nak naik darjah 1....asyik lah bertanya....bila dia nak start naik standard 1...
And lastly.....me....faberet aktiviti...bila santai santai ni.....melengkau atas sofa didepan tv....boleh...sambil diapit oleh budak perempuan ni...
Cik Puan Farida....hemh....dia jarangkan dalam blog ni...nak kena bersiap-siap kalau nak ambil gambar dia....hemh katanya..tengah tak lawa...malas nak posing.....
RAGAM DUA PUTERI
BER TEH TARIK ANAK BERANAK
Agak bosan aku semalam (hari Ahad) lepas Maghrib aku rasa macam nak melepak-lepak ...tapi tak tau mana nak pergi.....
Datang idea aku nak pi cuci mata kat Wangsa Walk.....maka berbondong-bondong lah aku satu family minus Farhan seperti biasa nak lepak rumah je katanya nak layan bola kat TV.......

Kat sini aku mengeteh anak beranak.......

Cik Puan Farida.....senyum je.....

Makan maggi goreng je budak ni.....

Dia pun sama....dua anak dara aku ni memang peminat mee.....apa saja jenis mee diorang suka...
Suka gak aku lepak kat Wangsa Walk ni.....crowd not bad....apa kata kalau TUKUL buka sini....
LEPAK DI KASSIM MUSTAFA
Sepatutnya aku pergi open house nun di Ampang sana...ada dua rumah..tapi..ada member cakap jalan jammed nak kesana....aku memang rasa lapar sangat dah....aku suggest kat Cik Puan Faridah ...apa kata kita lepak kat Doraisamy sana ada restoran Kassim Mustafa...boleh layan nasi kandar...jawaban standard Cik Puan...boleh je, jom kita....
Sampai awal dalam 8.30, tak ramai lagi la orang kat sana....sekali sekala lepak tengah town ni best gak....cuma yang lecehnya budak perempuan kecik 2 orang ni...terlompat-lompat...terkinja-kinja...tak leh nak lepak lama....

Lama tak berposing-posing satu family, saja lepak makan luar lepas buka puasa yang ringan-ringan di rumah..baru makan yang berat2 diluar...kali ni makan di Hainan Station di Ampang Point...boleh lah not bad the food cuma aku seperti biasa di bulan puasa ni agak kurang selera makan makanan yang berat-berat ni....
Sebelum makanan sampai aku snap-snap lah gambar mereka-mereka ni...








Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.
Terima kasih