family

family

BERHARI MINGGU DI NILAI IMPIAN

Hari Ahad ni rasa boring pulak duduk kat rumah, terfikir pulak nak berhari minngu di rumah mertua aku di Nilai Impian..Lama da aku tak ke sana hampir tiga bulan tu..

Seperti biasa bila aku kesana aktiviti tetap aku adalah tidor...sedap tidor kat sana berangin jer kat rumah mertua aku tu..

Bapak mertua aku, orangnya pandai bertukang, Gazebo kat rumah dia tu dia yang buat sendiri..yang menariknya dibelakang gazebo tu ada kolam utk ikan koi..Design gazebo tu dia buat ikut design kampung..sebab ada pangkin so kita boleh berbaring-baring katysitu sambil mendengar deruan air kolam disebelah.....peh best tu. Anak-anak aku pun suka melepak kat situ.




Ni rupanya gazebo tu ...best kan...





Adik ipar aku BOY tengah berburak ngan Farhan

Ni la kolam ikan tu..


Pukul 9 malam baru aku balik ke Melawati..Anak2 aku kalau dah sampai situ maknanya lama lah kena aku lepak kat situ pasal ada geng dia kat situ. Adik ipar aku Maznah ada dua orang anak so ada kawan lah si Farhana..Si Farhan petang2 belasah main bola kat taman depan rumah mertua aku tu..dia pun dah ada geng kat sana.

Tu dia orang2 kecil yang berada dirumah mertua aku..Farhaneez, Farhana, Melissa and Mellina


1 comment:

Wangi74 said...

U know..rumah adik kawan i..rumah dia kira rumah org kaya2 ni lah..sebelum pindah kat rumah tu..dia buatlah taman2 gitu gini guna lanskaper..then dia ada sebijik cam pak mentua u ni punya..siap ada kolam ikan koi gak...hehehe..samalak...sure pak mentua kaya ni erk..nilai impian tu kat ne eh..dengar namapun dah kecut dah perut..hehehe

About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih