family

family

SELASA, HARI YANG KALUT DAN KELAM KABUT

Hari ni, aku busy diatas jalanraya je. Bukan apa, aku terlupa yang hari ni, aku kena bawa bapa aku gi follow up check up dia kat Hospital Selayang. Kelam kabut juga aku dibuatnya maklumlah aku dah set kan kerja2 aku untuk hari ni..Tapi demi bapa aku tu, aku managelah tu bring him to Hospital Selayang tu. Faham2 ajelah hospital gomen ni kan punya lah lama nak tunggu. So in the between bapa aku dengan halnya aku pun curi2 masa settle kan hal yang kena aku settlekan dimasa yang sama..Bil letrik, talipon semua dapat aku settle kan semuanya ni ofis punya..kalau kena potong talipon kan susah nak buat kerja. Pukul 2.30 petang baru lah settle hal bapa aku tu. Aku menjemput dia di hospital dan aku lunch dirumah.

Lepas lunch bekejarlah pulak aku jumpa designer aku Erman, buat name card baru untuk company baru aku...dia pulak tak da, ada hal lain rupanya.. Terus lah aku ke Setiawangsa, baru aku teringat aku kena hantar signboard TEKIRO, kawan aku Rosmaini tuan punya kedai yang membeli barangan TEKIRO dari TUKUL. Tersergam lah lambang TEKIRO tu di kedai tu. Harap2 jualan produk tu berjalan lancar. Dalam kelam kabut dan kalut ni, ada lah juga perkara yg menggembirakan aku ...ALHAMDULILLAH.





BELUM BERKESEMPATAN NAK UPDATE STOR Y KARNIVAL GEGAR DI KEMAMAN AND WEDDING OF MY BRO IN LAW

HARAP MAAF MASIH MENUNGGU GAMBAR2 ....ADA NANTI SAYA UPDATE YA!!!!!

KETABAHAN, KESABARAN DAN KEKUATAN SEORANG KAWAN

Lama dah aku tak update blog ni, puncanya kerja yg betimbun dan majlis perkahwinan adik ipar aku. Ada beberapa event yg nak aku update kan di blog ini tapi aku tangguhkan buat sementara, ada perkara lain yang hendakaku luahkan disini, mengenai ketabahan dan kekuatan seorang kawan.

Selama ni aku hanya kenal beliau secara gitu2 aja dgn perangainya yg agak gila2 dan periang. Nampak beliau cuba sedaya upaya menjadi penghibur kepada kawan yang lain..tapi disudut hatinya terbeku berbagai bagai cabaran dan harapan. Selain dari tu masih cuba untuk membantu kawan lain yang memerlukan.

Seluruh hidupnya penuh dengan kedukaan dan kesedihan walaupun diketika ini dia sudah mendapat kebahagiaan, tapi sejarah silam masih menghantui dan mengekori beliau. Sebagai seorang kawan, aku kagum dengan ketabahan beliau.

Aku doakan semuga ada sinar di dipenghujung jalan dan berbahagialah...kawan.

BILA LETIH MEMANG MUDAH TIMBUL RASA MARAH, TAPI DAPAT DIELAKKAN, ALHAMDULILLAH

Hari Isnin, aku dah mula bekerja badan memang letih sikit lah pasal aku sampai KL pukul 12.00 tengah malam sebelumnya. Biasalah bila dah letih kita kadang2 tak boleh nak focus kat kerja kita, mudah nak timbul rasa marah. Hari ni staff aku dah mula buat hal, sebab ada yang mula calculative tentang kerja. Kalau ikut kan hati aku memang lah menyirap darah aku tapi aku cuba tahan marah aku sebab kalau ikut kan sejarah yang lepas kalau aku mula marah mahu berhenti budak2 tu. Aku terpaksa berfikir macamana nak bercakap dengan staff2 aku ni..

Lastly aku berjaya buat diorang duduk semeja dan berbincang dengan cara yang baik, walaupun masih ada seorang tu yang masih calculative..sebabkan dia masih bercalculative dengan aku dan staff yang lain jadi aku terpaksa lah buat benda yang sama tapi dengan cara yang lebih lembut. Puncanya taklah besar sangat akunya sales department tak boleh nak tolong sikit kat aku punya store supervisor aku tu aje boleh kata tu bukan kerja dia. Tu aje.

Antara aku dan partner2 aku lah yang paling lembut sebenarnya tu pasal hal2 staff ni diorang serah kat aku.

Satu masalah aku dah selesaikan cuma skrg ni aku nak kena pikir sikit pasal mamat sorang yang terlalu berkira sangat ni..

Yang penting aku berjaya control rasa marah aku ni, dan dapat selesaikan satu masalah cuma tinggal yang sikit tu je lah.

ZAIDI ZAINUDDIN-ANOTHER GOOD FRIEND OF MINE

Zaidi Zainuddin nama dia sama ja kan dgn nama aku. Aku dah berkawan dgn dia lebih kurang 20 tahun sudah. Dari zaman sekolah aku hinggalah sekaran. Zaidi ni berkahwin awal, seawal 19 tahun umur dia. Anaknya yang sulung dah nak ambik SPM dah. Zaman aku bujang dulu aku tinggal dgn dia satu rumah, masa tu dia baru jer berkahwin dan baru nak memulakan kehidupan. Hehehe yang menggelikan hati semasa isterinya (Zarina) mengandung anak pertamanya aku lah yg perasan yang isterinya mengandung, sebab asyik melepek semacam ja langsung aku suruh dia pergi buat check up. Ha sekarang dah besar pun anak dia tu 17 tahun umurnya sudah.

Sekarang Zaidi dah boleh dikirakan berjaya lah dalam perniaagaan. Dia dah jadi tokey kereta sekarang ni.














ZAIDI AND ZARINA

BALIK KAMPUNG KENDURI KAHWIN

Macam post yang lepas aku ada bg tau yg aku akan balik ke Muar untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku kan. Aku bertolak petang Sabtu tu ari..peh jalan nak keluar dari KL punya lah jammed aku sangkut dalam 1 jam biasanya nak sampai ke tol Sg Besi tu ambil masa 10 minit ja...cuti sekolah..rupanya ramai ler warga KL balik kampung biasalah sure ramai tak this advantage to attend dan mengadakan majlis kenduri kahwin kan. Aku sampai rumah bapa aku lebih kurang pukul 7, bertolak pukul 4 punya la lama tu..lepas mandi siap2 aku terus je ke rumah datuk sedara aku ada pulak majlis kenduri doa selamat...lepak lah aku sampai pukul sebelas malam aku berdua ja dgn Farhan kesana.

Besoknya hari Ahad aku pun pergi lah ke majlis perkahwinan tu, sebelum tu sempat gak lah aku suruh mak and abah aku berposing aku kata nak masukkan dalam blog aku.

















Ni lah dia ibunda ku nama penuh dia Hajah Syarifah Zabedah bt Syed Abot.



















Yang ni ayahanda aku Tuan Haji Zainal b. Emin

Aku sampai kat majlis perkahwinan tu dalam pukul 12.00 tengahari. Ramai dah sedara mara aku ada kat sana time tu. Buat pengetahuan cousin aku ni adalah sebelah mak aku..Kalau kau tengok rupa cousin2 aku belah sini memang semuanya putih2 belaka aku jer yang nampak gelap sikit hehehehehe. Mak aku ni keturunan Arab sikit2 (syed/syarifah nya keturunan) Pengantin lelaki tu lah cousin aku, pengapit tu abang dia.



















Pejam celik aku tengok diorang ni dah kahwin dah dulu kecik ja aku tengok diorang ni..Dah tua dah aku rupanya yek...(tau tak pe)
















Lapar lah pulak aku bila tengok gambor pengantin bersantap nih....

LEPAK DENGAN FADZLI

Fadzli, salah seorang teman rapat aku, persahabatan yang terjalin lebih dari 10 tahun..Dizaman aku masih bekerja lagi. Dia juga seorang biz partner kau semasa TUKUL beroperasi di Bandar Baru Ampang. Lama sudah aku tak melepak dengan dia so malam ni aku ajak lah dia minum2 di senuah gerai di Taman Melawati. Sekarang dia merupakan pengusaha Nasi Ayam...bercita-cita utk "memfranchisekan" perniagaannya itu. Lama juga aku melepak dgn dia langsunglah aku menyambung ka Uptown Danau Kota, nak cari DVD, isteri Fadzl, Leen orang yg suka tengok movie. sampai pukul 1.30 pagi lah kita melepak aku hantar dia kerumah dan sempatlah aku suruh dia berposing utk blog aku ni.



Fadzli dan Ezleen


ADA HADIAH UNTUK ARM WRESTLING COMPETITION DI KARNIVAL GEGAR

Untuk memeriahkan suasana di Karnival Gegar Kemaman, TUKUL telah "menyenponsorkan" satu game di sana, macam LUMUT tu hari kita buat Arm Wrestling Competition so pemenang2 dapat lah hadiah yang disponsorkan oleh TUKUL






Ni lah hadiah2 yang tak seberapa dari TUKUL..handtools yang di bungkus cantik2...(Ni kerja Shireen@Yong wife Suhaimy)

HUJUNG MINGGU DI MUAR AND KEMAMAN

Hujung minggu ni aku akan pulang ke MUAR, kampung aku ada majlis perkahwinan cousin aku at the same time TUKUL will be at KEMAMAN (KARNIVAL GEGAR OLIMPIK BEIJING 2008 ANJURAN RTM) tapi aku takda disana Suhaimy dan wife will be there....so ada dua report akan aku buat majlis perkahwinan dan Karnival Gegar....

Tunggu nanti aku akan updatekan cerita tu..

Weekend ni juga lah Akademi Fantasia 6 final..tengoklah kalau sempat tengoklah kot di tv..(hemh at the same time thats all the 10 week of TUKUL with AF). Thanks ASTRO for letting us to be with Akademi Fantasia...nice working with you guys...ada bajet next time buat lagi ya...

PENING KEPALA LA PULAK

Satu hari ni aku pening kepala dari pagi tadi, sampai rasa nak potong ja rambut ni. Tapi sebenarnya bukan lah pasal rambut perut aku masuk angin aku rasa and kurang minum air kot.

Hari ni principal aku dari Jakarta datang melawat lagi..bagus tu aku rasa paling2 pun dia ada ambil berat pasal bisnes company aku. Banyak juga pesanan dan tunjuk ajar yang di berikan Alhamdulillah....harap2 ianya berterusan..

Erman, designer hebat aku dah berhenti kerja....skrg buka bisnes sendiri..EMPIRE OF INK tu brand dia...aku harap dia berjaya

Projek dia sekarang, bikin tshirt yang ada grafik design cantik juga, dia minat seni tattoo, tapi ugama kita melarang melukis tattoo di badan so dia transfer seni tu ke tshirt....Selain tu dia juga akan menjadi freelance designer..macam2 lah yang boleh dia design kan nanti. Aku cuba menyokong dia supaya menjadi designer yang berjaya Insyaallah....

Semuga impiannya akan tercapai dan meramaikan lagi usahawan melayu di Malaysia ni....
Insyaallah bro..

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih