family

family

2ND JULY-BRAINSTORMING SESSION AT BERJAYA HILLS GOLF & COUNTRY CLUB

Dikala kenaikkan cost harga barangan ni, partner2 aku merancang untuk melakukan sessi "brainstorming" diluar Kuala Lumpur...rasa lah angin yang berbeza asyik meeting kat ofis jer jemu gak..sambil menghirup udara segar di Bukit Tinggi tu......nanti sure ada gambar lah tu kan. Semalam jer kat sana tak lah lama sangat nanti tak nak lah balik KL pulak......

SEDIH....ADA BERITA YANG MENJELIKKAN

dipetik dari Malaysiakini......

PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya

Muda Muhd Noor & Jimadie Shah Othman | Jun 29, 08 2:13pm


Parti Keadilan Rakyat (PKR) memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.

Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".

wan azizah pc on anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608 03Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.

Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata menegaskan Anwar berada dalam negara.

Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".

Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahaya.

"Kita akan bincang dengan peguam. Apa yang beliau hadapi adalah ancaman kematian. Perkara ini serius. Ini merupakan konspirasi politik yang kedua dalam negara kita.

Buka mata

"Sebelum ini, pada 1998. Apa mereka buat, badan kehakiman, polis. Kami keluar IPCMC, tiada apa yang berlaku. Kami dapati tiada sebab untuk percaya badan kehakiman. Jadi apa pilihan? Kami mesti membuat pilihan ini. Kami mesti melindunginya.

"Ramai rakyat Malaysia mencari pemimpinan Anwar dan kita mesti melindunginya. Bukan sebab dia suami saya dan bapa kepada anak-anak, tetapi dia pemimpin kita semua," katanya.

Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan badan kehakiman.

"Kali pertama ia membuka mata bahawa kehakiman kita tidak boleh dipercayai dan polis. Bukan semua, saya tidak kata semua sebab sekarang sudah ada hakim macam Ian Chin. Pada masa dahulunya menunjukkan kita tidak boleh percayai sistem kehakiman," tambahnya.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608Wan Azizah turut mendedahkan gambar pembantu Anwar, Saiful Bahari dengan pegawai khas Datuk Seri Najib TUn Razak - Khairul Anas Yusof - yang berlatarbelakangkan pejabat timbalan perdana menteri (TPM).

Gambar tersebut diambil dari blog Malaysia Today.

Ditanya sama ada TPM terlibat dalam konspirasi itu, Wan Azizah hanya berkata: "Gambarnya berlatarbelakangkan pejabat TPM."

BAJU KELAWAR

Malam tadi aku n Asan, cousin aku tu keluar cuci mata ke Uptown Danau Kota...saja lah kot-kot ada barang yang menarik nak di beli...

Aku jumpa lah baju tido kelawar yang orang suka pakai tu..Hehehehe macam comel je kalau anak dara aku dua orang tu kalau pakai ....so aku beli lah utk dua orang kecik tu...warna merah


BREAKFAST AT NASI LEMAK KAMPONG PANDAN

Pagi Ahad ni..patutnya ada breakfast dengan Azila and husband ...last minit dia ada lah pulak masaalah technical yang tak dapat dielakkan..dia on the way ke Bukit Tinggi for holiday..cuti2 Malaysia. Disebabkan free je pagi ni..aku pun plan jer lah makan nasi lemak di Nasi Lemak Kampung Pandan.

Aku dah makan nasi lemak diorang ni dari aku kecik dulu sampai la dah tua skrg ni.

Abis je breakfast hujan pulak..payung tinggal di kereta...apa lagi acara mengambil gambar lah aku kat gerai tu.Haaaa tu dia ibu dan anak-anak nya

Farhaneez dah pandai posing lah....tapi sama ja cara posing dia tu...tengok lah Cikgu dia tu Farhana

Ek elehhh..Ayah pun nak tumpang sekaki tu ............

NASIB BAIK BLOG AKU TAK CRASH

Hehehehe gatal sangat tangan konon2 nak di ubah-ubah blog aku ni trus dekat nak crash jadinya hehehe. Last2 dapat lah aku upload balik skin jeans ni balik tapi segala widget2 nya habis ilang...ish ish ish....tapi bagus lah jugak dapat lah aku menyusun balik blog ni....phew......

Dalam sibuk2 me"renovate"kan blog seperti biasa dapat lah gangguan dalaman dari 2 budak perempuan yang ada kat rumah ni...(aku buat kerja kat dapur je tu..kat counter kitchen kabin3t aku)




Ni dia pengacau aku yang pertama Siti Nurfarhaneez dgn botol susunya.....




Disusuli oleh pengacau kedua (Diva dia ni) ...Siti Nurfarhana....


PERUBAHAN PADA SKIN BLOG

Seperti biasa gatal tangan nanti akan ada beberapa penambahan(pengurangan) pada blog ni...........................................................

CHINESE MUSLIM FOOD - RESTORAN CHENG HO

Aku rasa semua tahu restoran sapa ni kan ...empunya ialah EN. AMY SEARCH kita tu la. Ramai lah orang berpusu-pusu nak makan kat situ. Sampai beratur tu ambik no. giliran. Aku ambik lah kesempatan bergambar sebelum dapat meja kat situ.











Ramai orang sampai beratur ambik nombor giliran.













Anak-anak pun dah boring dan keletihan menunggu no giliran di panggil



Haaa sempat ler juga bergambar dengan EN AMY SEARCH yg kebetulan ada kat luar restoran dia tu..masa on the way nak balik.



SUASANA WAKTU SELEPAS WAKTU PEJABAT DIWAREHOUSE TUKUL

Tiba2 aku rasa nak ambik gambar warehouse tukul ni waktu petang2 macam ni...sebab bila semua dah balik aku ngan Azhar jer yang tinggal rasa sunyi lah pulak..(staff2 aku ni semuanya loyar buruk so mcm2 joke lah aku dengar masa ramai2 tu).




















heeee...sempatlah aku selitkan gambar Azhar, dia ni sebenarnya pendiam orangnya tak banyak cakap nya....









































Ni lah dia ofis(laptop) aku yang sebenarnya, kat sini lah aku buat kerja, update blog, chatting, download lagu..tempat Farhan main fantasy football dia...dan macam2 lagi lah.














Hehehe sebab laptop ni company yang belikan so penuh lah dengan sticker product kita lah..(promote jgn tak promote).

Asalnya ofis aku kat tingkat atas, tapi sejak 3 bulan kebelakangan ni aku dah pindah kan barang2 aku kat warehouse ni, rasa meriah sikit kat bawah ni.

BULAN JUNE DAH KE PENGHUJUNG

Pejam celik...bulan June dah dekat sampai hujung dah...Selalunya time2 macam ni lah aku kalut dengan hal2 yang berkaitan dengan duit. Paling2 yang aku pentingkan adalah gaji staff2 aku nih.. Masing2 nak tanya segan agaknya bila gaji boss....Tapi besok pagi aku nak kena settlekan hal2 ni..Admin executive aku takda pulak dalam dua tiga hari ni..tu yang kelam kabut sikit ni...

Selepas kenaikan harga bahan bakar, ada jugalah sedikit kesan pada perjalanan perniagaan aku ni, peh ini semua cabaran.......cheewah....(nak sedap kan hati ni) mana taknya cost bahan bakar naik sampai 40% kan....pehhhhhh.

CAT RUMAH AKU DAH PUDAR - (BUDGET ADA KA?)

Semalam balik dari ofis terus ja lah aku menjemput hero aku yang poyo tu si Farhan dari tuisyen class dia..Sampai jer rumah aku nampak cat rumah aku macam dah blur2 gitu and tak ada seri lagi ....ialah dah dekat lapan tahun dah rumah tu tak bercat.....Tapi macam tak da budget jer la...hehehe adalah aku tanya staff aku tadi boleh tak aku upah dia tolong cat rumah tu ...boleh jer dia kata....ok aku pikir aku akan cari sikit duit utk cat emmmmmmh kaler hapa lah pulak tu ekkkkk??????
Gambar blur sikit pasal waktu dah dekat maghrib time ni lagi lah nampak blur colour rumah ni.

SELASA....KENAPA HARI NI AKU RASA LETIH SANGAT...TAK DA MOOD

Hari ni aku rasa lesu sangat..bila salesman and delivery man aku dah keluar...aku rasa macam sunyi lah pulak kat ofis ni bila diorang ada aku mula lah kerja nak membebel napa tak keluar...bdan pulak letih ja rasa mungkin dua tiga malam lepas aku tidur lewat lah tu....Partner aku Azhar pun sama lembik jer nampak..baru balik biz trip dari China letih la juga tu...nap la kejap tadi dalam 10 minit ada rasa lega sikit la..

----------------
Now playing on Winamp: Willie Nelson - Tired
via FoxyTunes

MASIH LAGI BER"EXHIBITION" -DI KALA EKONOMI MELESET

Hari Isnin, di PWTC...dijemput sekali lagi..tapi kali ni oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Kali ni untuk PUNB Auto Forum..Dikala ekonomi slow ni, aku rasa ni lah cara yang paling baik untuk TUKUL melakukan promosi produk-produk dari TUKUL. Forum kali ni di hadiri lebih dari 100 pengusaha bengkel yang di biayai oleh PUNB.

Banyak juga pertanyaan yang diterima oleh pihak TUKUL untuk barangan TEKIRO...Alhamdulillah..

Dan yang paling best, TUKUL dapat cover up dari BERNAMA TV, seperti biasa Suhaimy lah org yang paling layak untuk ditemuramah oleh wartawan. Hehe dapat lah TUKUL exposure kay TV, kat channel news lagi tuh



Aku bersama TEKIRO


Suhaimy bersama TEKIRO

















Hehehe Suhaimy waktu di interview oleh wartawan BERNAMA TV








































Aku letih sikit malam ni...aku update blog ni sambil menahan mata aku yang mengantuk sangat2 ni..

KARNIVAL BERSAMA PELANGGAN DI LON G AUTO

Dalam post yang lepas aku ada kata yang aku akan menyertai satu Karnival yang di anjurkan oleh sahabat aku En Ramzi..tuanpunya LON G Auto service center si Subang 2...Tujuan karnival tu dia adakan adalh untuk kempen awareness..maklum lah bengkelnya tu di kelilingi berpuluh-puluh bengkel lain so...untuk menarik perhatian adalah aktiviti yg tak pernah lah bengkel2 lain buat tu.

Tujuan asal nya Ramzi ni buat karnival sebenarnya untuk mengumpulkan bengkel2 lain, yang mana Lon G Auto ni dapat kemudahan pinjaman dari PERBADANAN USAHAWAN NASIONAL BERHAD(PUNB) (TUKUL pun dapat funding dari sini juga). Benda ni di lakukan supaya mereka dapat menyatukan mereka ini sambil bertukar-tukar pendapat sesama sendiri. Malangnya usaha itu tak pun berjaya, yang turut serta hanya lah TUKUL (Bukan bengkel pun). Sebabnya dah beria-ria dia mengajak maka kami Barisan TUKUL ni pun joinlah..Secara kebetulan TUKUL adalah sole distributor untuk barangan Automitive tool ada lah juga kena mengenanya kami disitu.

Karnival kat situ dirasmikan oleh CEO PUNB Dato' Nasir. Kira meriah juga lah karnival tu mcm2 aktiviti juga ada kat situ...servis kereta ada????, karaoke contest, drawing contest for kids dan yang penting makan2....

TUKUL disana pun bukan lah membuat jualan tapi more to Brand Awareness to our new products TEKIRO tools..Alhamdulillah ada lah juga sambutan tu. Haha Suhaimy pulak camana boleh jadi one of the judges during competition....(sebenarnya dia terer nyanyi)

Yang berucap tu lah kawan aku Ramzi...tokey tuh......



Ni la rupa booth kami yang last minute ja plan tu.


Suhaimy dan Aku.....dua tokey tukul sorang tokey lagi takda hemh tengah ada trip kat CHINA.


Geng kaki pukul dari TUKUL


Dato' Nasir menbuat lawatan ke TUKUL , heheheh cam yeye je Suhaimi


Judge karaoke menyumbangkan suaranya.......



Tokey Lon G and Tokey TUKUL

RASUAH DALAM BISNES

INI LAH SATU MASAALAH YANG PALING MEMENINGKAN KEPALA AKU BILA AKU BERGIAT DIDALAM DUNIA PERNIAAGAAN NI. AKU TAK PASTI KENAPA MASAALAH INI MACAM PERKARA BIASA SAHAJA SEKARANG NI...YANG TIDAK MEMBERI RASUAH...TAK DAPAT BUAT BISNES...KENA BAGI RASUAH BARU DAPAT BISNES....APA KE JADAHNYA MACAM NI PULAK JADINYA...KENA BUAT DOSA DULU BARU BOLEH BERNIAGA...SAH-SAH LAH BERNIAGA NI SALAH SATU DARI IBADAT....SO MAKNANYA KALAU NAK BERIBADAT KENA BERASUAH DULU.....BUAT AKU PENING....TAPI INSYAALLAH AKU BERSAMA RAKAN BERNIAGA AKU SUHAIMY DAN AZHAR AKAN MELAWAN GEJALA RASUAH NI..... UNTUK MENERANGKAN DENGAN LEBIH LANJUT LAGI PASAL RASUAH AKU TERJUMPA ARTIKEL YG DITULIS OLEH NORHAFIFI YAHYA

Rasuah merupakan satu tindakan pemerasan yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan pertolongan dan faedah dirinya sendiri. Ini kerana apabila melalui prosedur-prosedur biasa, dia tidak akan memperoleh apa-apa yang dikehendakinya itu. Secara amnya rasuah bermakna kuasa yang telah diberikan kepadanya disalahgunakan dan bertindak untuk kebaikan diri sendiri dan bersikap ‘pilih kasih’ dalam tindakannya.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Biasanya, rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT harus dititikberatkan dalam apa juga urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA. ia telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum”.

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

PANDANGAN ISLAM MENGENAI RASUAH

Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang bermaksud :

“ Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka”.

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :

“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.

Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat melicinkan kegiatan rasuah ini.

PUNCA BERLAKUNYA RASUAH

Antara punca berlakunya rasuah ialah :

a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa. Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.

b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi. Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.

c) Sosial dan budaya. Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.

d) Modenisasi. Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya. Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.

e) Politik. Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.

KESAN-KESAN RASUAH

Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.

Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.

Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

CEPATNYA MASA BERLALU

Aku rasa sekarang ni masa berlalu dengan pantas..tak perasan satu minggu dah hampir penghujung, baru je aku berhari minggu bersama family..and hari minggu tu dah hampir semula.

Seperti biasa hari ni aku tetaplah ke office...aku lihat staff2 aku tengah sibuk mengambil gambar barangan baru yang akan diletakkan didalam product catalogue. Ada juga yang sibuk menulis sales order dari customer masing2. Selepas kenaikan harga petrol dan diesel tu hari ada lah nampak perlahan sedikit sales ni..alhamdullillah masih ada sales nampaknya kena kerja kuat lagi ni..insyaallah lagi kuat usaha ada lah rezeki.

Esok aku akan join satu auto carnival yang dianjurkan oleh kawan aku di sekitar kawasa perniagaannya. Aku akan update segala aktiviti di situ insyaallah.























Suasana di warehouse TUKUL setiap pagi...

MY FAVOURITE PLACE AT HOME

TV area kat rumah aku...tempat paling aku suka lepak..Disitu lah aku menonton tv, dvd, update blog, marah anak2 , petik gitar, membaca semuanya kat situ. Masa aku berduit sikit dulu, aku dah belasah beli home theater system..so perasan lah aku konon2 tengok wayang kat rumah...

Salah satu sebab aku ni jarang berjalan-jalan, banyak masa aku habiskan dirumah ni, cuma sejak aku bekerja sendiri ni jarang lah dapat aku melakukan benda2 yang aku minat ni. Banyak la DVD aku beli kadang2 sampai berabuk tak sempat aku menonton. Last2, orang pinjam (ambik terus) aku pun lupa lah nak mintak balik.

Semenjak dua menjak ni pulak suka lah aku menonton movie kat panggung wayang...lagi lah aku tak melayan home theater system aku ni. Cuma aku belum boleh bawa semua anak aku ke panggung wayang lagi...yang selalu ikut pun Farhan aje...Farhana tak boleh bawa lagi mau hangin satu panggung kat aku...suara dia ja sure boleh kecoh satu panggung..kena tunggu dia besar sikit.

Lagi satu hobi aku ialah main gitar....tapi takdek lah hebat sangat aku main setakat boleh aja lah. Asalnya aku beli gitar tu untuk si Farhan kununnya nak belajar gitar...last2 bapak dia lah yang lebih.Disebabkan area tu area kegemaran aku so, segala susun atur barang2 di situ aku lah yang buat. Cuma sejak ada anak2 ni jadi berselerak lah juga area tu yang mana boleh mendatang kan marah jugalah.

HEHEHE DATE DENGAN CIK PUAN MANIS

Hari ni dapat lah aku berjumpa ngan member blog aku yang dah menetap di Australia tu Cik Puan Manis kita tu. Macam aku cerita dulu dia balik Malaysia kejap, pasal adik dia sakit so..ada masa terluang tu aku dapat lah berjumpa dia...

Tak le lama aku lepak ngan dia tapi banyak la borak-boraknya dengan dia. Hehehehe...dapat lah aku bagi Tshirt TUKUL kat dia....

Aku sempat interframe la tu..........

Cik Puan Manis berposing dekat machine parking....

TAK SANGKA ADIK IPAR AKU RUPANYA PEMINAT MOTOR KLASIK

Tak sangka la pulak aku, adik ipar aku, Kassim rupanya peminat motor klasik...dia ni kahwin dengan adik aku...pilot mamat ni. Adalah aku nampak motor2 lama dia letak kat rumah dia tu, rupanya memang serius bebenor dia dengan hobi dia tu sampai join persatuan lagi tu.

Sabtu lepas aku tengok kat TV3, rancangan MAJALAH 3 ada aja dia tercongok dalam program tu.

CERITA MINYAK DARI MALAYSIA KINI

Minyak: Lebih ramai jadi miskin

Jun 15, 08 5:38pm

Kenaikan mendadak harga minyak sejak 5 Jun akan menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010, kata beberapa penganalisis ekonomi.

Mereka yakin kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus dan diesel pula lebih 60 peratus pasti memberi kesan negatif terhadap rancangan itu walau menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz pada April lalu berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya menghapuskan kemiskinan.

Sesetengah ahli ekonomi kurang yakin dengan memberi alasan bahawa, berdasarkan kuasa membeli yang ada kini, lebih banyak rakyat sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan api.

"Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.

"Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan.

"Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah," katanya, lapor Bernama.

Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.

"Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari. Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tingi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut pengiraan 2005, garis kemiskinan bagi seluruh negara ialah pendapatan bulanan sebanyak RM691, manakala bagi Semenanjung jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Pengiraan ini bagi keluarga yang mempunyai lima anggota.

Bagi meringankan beban golongan ini, Azrul Azwar mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sebahagian daripada RM2 bilion yang diperoleh melalui langkah berjimat-cermat yang diumumnya baru-baru ini, untuk diagihkan kepada golongan terbabit.

"Bukan bantuan dalam bentuk wang. Sebaliknya kerajaan perlu mengenal pasti siapakah yang tergolong dalam kumpulan ini dan membantu mereka dalam bentuk lain," katanya.

Penolong naib presiden jualan institusi, Alliance Investment Bank, Shahrul Kamal Ramli sependapat dengan Azrul Anwar bahawa semakin banyak rakyat Malaysia kini tergolong sebagai miskin berikutan kenaikan harga bahan bakar.

Shahrul Kamal berkata rakyat negara ini sepatutnya diberi peluang berkongsi kekayaan yang dinikmati oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata seperti pemegang saham dalam syarikat senaraian awam, rakyat negara ini juga sepatutnya dibayar dividen berdasarkan keuntungan yang diraih oleh syarikat itu.

"Maksud saya ialah GLC yang kebanyakannya dimiliki secara penuh atau sebahagiannya oleh kerajaan seperti Petronas, TNB, patut memberi bonus tunai kepada rakyat.

"Tahukah anda bahawa di Singapura, kerajaan membayar bonus kepada rakyatnya? Tahun lepas, setiap daripada mereka menerima sekitar S$700 atau RM1,800," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Shahrul Kamal berkata walaupun kenaikan harga setiap liter petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 menjejaskan semua orang, tetapi golongan miskinlah yang paling teruk menerima akibatnya.

"Mari kita lihat begini... seorang ada RM1 dan seorang lagi RM100. Tambahan perbelanjaan sebanyak 20 sen bagi orang yang ada RM100 sudah tentu tidak seberapa kesannya, berbanding orang yang hanya ada RM1," kata beliau.

Beliau menambah, wang rebet yang diberi secara tunai sebagai ganti bagi subsidi tidak memberi manfaat kepada semua orang yang memerlukan bantuan kerana hanya mereka yang memiliki kenderaan layak menerimanya.

"Bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki kenderaan dan bergantung sepenuhnya pada pengangkutan awam? Mereka tidak layak menerima rebet itu, sedangkan kenaikan harga bahan bakar memberi kesan yang pelbagai dan kumpulan ini juga menerima akibatnya kerana harga semua barang akan turut meningkat," katanya.

Shahrul Kamal juga mempertikaikan keberkesanan sesetengah langkah yang dilaksanakan kerajaan seperti kad fleet, yang pada pandangan beliau, boleh disalahgunakan.

"Pada masa ini, kerajaan belum menjelaskan formula yang digunakannya dalam mengira peratusan yang diberi oleh Petronas daripada keuntungannya. Mereka hanya beritahu kita jumlahnya.

"Dalam hal ini, saya mencadangkan, mungkin kerajaan boleh menimbang menggunakan satu kuantum berdasarkan harga pasaran.

"Contohnya, kalau harganya AS$40 setong, mungkin Petronas patut bayar 40 peratus dan jika lebih AS$80, mereka bayar 75 peratus. Saya yakin, jika ini dilakukan seperti yang sewajarnya, rakyat masih boleh menikmati harga bahan bakar yang tidak membebankan mereka," katanya.

NIAT TAK KESAMPAIAN MENONTON TEATER P RAMLEE

Harruuu betul dah beria-ria aku nak gi tengok Teater P Ramlee kat Istana Budaya malam semalam(Khamis) siap aku dah berjanji dengan Asan cousin aku..dengan semangat aku menalipon Istana Budaya mencari tiket...sekali tengok makcik tu cakap tiket dah habis encik..tinggal show hari Sabtu ni pukul tiga punya tu pun yang harga RM200 je yang tinggal.

Sebab dah plan nak keluar malam tu so aku suggest je la kat Asan kita tengok wayang jer lah..dia kata..apa-apa jer lah..Sampai panggung MBO Ampang blur lah pulak tak tau mana cerita nak tengok last-last kita belasah Incredible Hulk....(sebenarnya minggu ni dah 2 kali aku tengok wayang..Sabtu lepas aku tengok Indiana Jones dengan Suhaimy).

Aku ni tak lah minat sangat tengok Marvel Comics nya cerita ni (Batman jer aku suka), bila di compare dgn Indiana Jones tu hari dah tentu aku ngantuk tengok HULK ni.


SUASANA MASIH SUAM-SUAM KUKU

Keadaan business masih dalam keadaan suam-suam kuku je sekarang ni. Orang ramai masih dalam keadaan cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan harga barang yang nampaknya naik sedikit demi sedikit. Bagi pihak aku nampaknya masih cuba melihat keadaan sekeliling, masih tertanya-tanya berapa harga yang patut aku naikkan..perlu atau tak perlu....cost dah naik...pening la kepala.

Tadi siang, Cik Puan Manis ada lah talipon aku, adiknya dah pun keluar dari ward di Universiti Hospital, harap2 semuanya baik2 saja dan Fauzi sihat.

Aku pun cadang nak jumpa Cik Puan sebelum, dia balik Australia, kena tunggu dia free lah dulu.

AGAK BOSAN JUGA LAH DUA TIGA HARI NI

Dalam dua tiga hari ni, agak bosan jugalah suasana, lepas PAK LAH menaikkan harga bahan bakar ni...chet poraah. Banyak berbual lah aku ni dari buat kerja....bahaya tuh..Tapi at least aku nak juga dengar apa orang lain komen tentang hal-hal ni

Banyak juga aku membaca blog-blog yang lebih kearah politik...ada juga orang biasa macam aku ni juga komen pasal politik.

Tapi bila petang balik rumah aku tetap je lah melayan perangai anak2 aku paling2 si Farhana yang agak kepoh tu.

Hmmmm tak tau pulak apa lagi aku nak tulis ni...Cik Puan Manis ada kat KL ni menemankan adiknya yang sedang sakit katanya. Harap2 adalah masa berjumpa dengan dia nanti....

PETROL,, DIESEL, LETRIK, BERAS DAN TAK TAU APA LAGI

Tak da mood nak tulis apa2, benda2 ni agak mengganggu perjalanan bisnes aku, kusut............

DISEKITAR KARNIVAL GEGAR KEMAMAN

Seperti yang di janjikan, aku update sikit la cerita Karnival Gegar di Kemaman tu hari..tak banyak yang dapat diceritakan sebab aku tak dapat menghadirkan diri kat situ..cuma Suhaimy and wife jer yang ada..tapi aku akan letak lah gambar-gambar di Karnival Gegar tu.









SUHAIMY....KENAPA TU.....









Seperti biasalah TUKUL sponsor Arm Wrestling Competition....(Kuat2 org Kemaman ni)





















Ganas jer nampak brother 2 orang ni tapi TUKUL tetap ada kan...kan...











Makcik and kakak ni pun cuba nasib...










Bersantai dengan TOKEY GEGAR (JACK) N TOKEY TUKUL (SUHAIMY)

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih