family

family

CUACA PANASSSS

Dua tiga hari ni cuaca kat KL ni agak panas sikit.....arini aku yoyo je lah memakai kemeja ke tempat kerja pasal paginya aku ada appointment.......(lupa lak aku nak snap gambo tu jarang skrg aku pakai smart2 tu.........)

Balik ofis panas cuaca...buat aku tak selesa lah pulak dgn kemeja tu..selalu belasah t shirt..aku suka duduk kat area warehouse je...malas duduk ofis kat atas tu....

Balik ofis panas cuaca...panas dgn perangai staff.....partner aku dah handle(Azhar) semua..........malaslah nak cerita buat sakit hati jer.

Kureng sikit le entry time ni....takdak ceghiter menarik .....



Muka letih & boring

KERETA BELASAHAN COMPANY AKU

Haaaaaa......skrg salesman aku dah tak boleh lagi kecoh-kecoh kata transport takda......smlm aku dah beli sebijik kereta Proton Iswara...utk diorang keluar utk buat kerja2 sales.....murah......gila skrg kereta ni....RM6700 aje.....dapat kereta....lama la juga kan tapi yg owner lama tuh cikgu so...agak terjaga lah kereta ni.



Ok ler kot kereta ni buat belasahan salesman aku dan aku kan...hehehe apakata aku cat kaler itam pastu tampal TUKUL sticker kat kereta ni kekekekeke.

GRAPHITY ART

Aku ke Downtown Cheras Night Market, meneman Suhaimy dan abangnya yang baru datang dari Sandakan, Sabah. Yang buat aku tertarik disitu bukannya barangan yang dijual tapi GRAPHITY ART yang dilukis pada management office night market tu.



Daripada terbiar kosong baiklah di lukis macam ni bertambah meriah lah suasana tu.

KENA SAMAN LA PULAK

Tengahari tadi kononnya lapar sangat lah tu aku, tergesa-gesa lah aku dengan Azhar mencari kedai makan utk lunch lupa lah pulak nak pakai seat bealt.....hemh apa lagi tengah seronok berbual tak perasan depan ada road block, abang polis hensem yg pakai uniform putih suci tu pun menahan lah aku....tak nak cakap banyak aku ambik jer surat saman tu takda kautim2 nya berdosa tau bagi rasuah...hehehehehe padan lah muka aku huhuhuuhu....


Surat cinta dari PDRM

PAY DAY FOR THE STAFF

Hari ni aku kena settlekan gaji staff2 aku .....Selalunya kerja2 ni di buat oleh Puan Shireen tapi 2 tiga minggu ni dia ada fenin-fenin lah.....so aku take over ler.........


Yeessssss kaya, kaya, kaya

TERIMA KASIH CIK PUAN AZILA

Terima kasih pada Cik Puan Azila sebab tolong promote kan TUKUL tu hehehee...sedondon gitu husband & wife...Terima Kasih lagi sekali dari saya dan TUKUL seluruhnya.



Gambar ihsan dari http://a-devoted-wifey.blogspot.com/

MENGGORENG CEMPEDAK

Haaaa cempedak yang aku bawa balik dari Kedah tu hari dah masak ranum pun....wife aku Puan Faridah agak teruja nak menggoreng cempedak tu..favourite dia tu aku ni kureng sikit ler...cekodok udang yer aku suka. Sebenarnya aku tak berapa gemar benda yang manis2 nih...


Tu dia Puan Faridah berlumus tungkus menggoreng cempedak sambil di bantu....dibantu??? oleh sikecik Farhaneezz...kalau diangkat tu mau melalak tuh ish...ish..ish


Siap lah juga cempedak goreng ni ha...

AKTIVITI AHAD YANG TAK SEBERAPA

Aku selalu lah bercerita dgn wife aku, yang aku selalu lunch di HOMST, chinese muslim restoran tu, kat Kota Damansara berhampiran dengan ofis aku je di Sunway Damansara...so ari ni kita having very simple lunch aje lah kat situ.


Ni lah dia restoran tu.......

Hehehe muka Farhana muka orang bangun tido, memang di tido pun tu on the way ke restoran ni, Farhan pulak mcm confuse je.






































Sebelum makanan sampai kita posing dulu.......


Aku dengan Farhan makan Cantonese Fried Kuey Tiaw ni

Wife aku setakat makan Chicken Rice jer ni...hehehe jauh2 datang makan ini jer

Farhana makan Penang Fried Char Kuey Tiaw, jauh sangat lah tu nak ambik gambar.


Rojak buah ni kita kongsi ramai2 satu family.

HARI SABTU 26/07/2008

Letih lagi badan aku ni hari, tapi aku tetap gi opis tadi pagi, half day jer hari nih....saja tengok apa2 yang patut 3 hari tak da ofis.

Hahaha...Cik Manis kira aku dah potong rambut sebenarnya belum..gambor balik Kedah tu hari aku ikat rambut tuh.....hehehehe belum berani nak potong la, ada lah jugak rasa nak potong tu mungkin ujung tahun ni kot.


SELESAI DI KEDAH BALIK KE KL

Bagus biz trip kali ni..kita dapat mengkaji biz landscape di sana...

Tepat jam 11 pagi kami bertolak balik ke KL. Letih yg sangat2 hehehe kali ni Azhar yg bawa kereta straight sampai ke KL. Aku duduk belakang jer...dengan beg2 sebab tempat barang dah penuh dgn buah2 an.


















Laju lah juga Azhar drive 4 wheel ni kejap ja da sampai KL.
















Posing sebelum tido hehehhehe....aku duduk belakang dengan beg-beg nih.....

TUKUL TRIP DI KEDAH (5)

Kami juga berkesempatan ke dusun buah2 an En Fuad salah seorang pengusaha hardware juga.....ada juga hal menarik disini

  • Lembu kepunyaan En. Fuad suka makan buah2 an .....rambutan
  • Dapat memetik buah rambutan.....dah lama tak pergi ke dusun buah2 an nih...dan kita buat dusun tu mcm dusun kita sendiri, sampai penuh but kereta kita sumbat buah2 an tu............ hehehehehe

TUKUL TRIP DI KEDAH (4)

Motor antik ....di punyai oleh En. Fuad



Seperti biasa Suhaimy tetap akan jadi model aku nih.....

TUKUL TRIP DI KEDAH (3)

Ada satu yg menarik semasa di Kedah ni, seseorang yg amat istimewa......cuba tengok gambar di bawah ni....



Nama kedai ni Mujahidin Enterprise....pelikkan...tapi sebenarnya memang owner dia Hj. Murad bekas pejuang Mujahidin yg pernah berjuang menentang tentera Russia di Afghanistan.

Disebabkan dia sudah biasa berjuang, cara business and life dia very simple...kagum aku dgn Tuan Hj. Murad ni.

Kat bawah ni rumah Hj Murad tu.....very kampung environment ..........rumah tokey hardware yg sale beratus ribu sebulan...




Tuan Hj Murad....yg pakai kupiah putih tu lah orangnya

TUKUL TRIP DI KEDAH (2)





Hidangan makan tengahari ..makanan kampung di sebuah restoran yang belakangnya ada sungai Sungai Kedah.....
















TUKUL TRIP DI KEDAH

Semalam aku tak sempat nak update aksi-aksi perjalanan kami on the way to Alor Setar. Hari ni adalah beberapa aktiviti menarik sambil melawat usahawan2 Hardware di sini.

Pagi2 lagi kami melawat sahabt kami En. Yusri merupakan usahawan hardware.



Aku and En Yusri....kedai dia taklah mcm kedai TUKUL aku sebab dia ni menjual semua barangan binaan so kedai memang nampak berterabur lah sikit kan.

Selepas tu kami ke kedai En Fahrim pula ..dia ni merupakan penjual barangan electrical hardware.


Ni lah kedai dia besar la jugak.....depan kedai ni sawah padi maka sempat lah aku n Suhaimy berposing dulu


Lupa nak bagi tau...ada dua pegawai dari PUNB turut serta dalam lawatan nih En. Fairuza n Puan Azizah.


Keadaan dalam kedai Encik Fahrim......


Ada diskusi sikit ngan Encik Fairuzuan and En. Fahrim.

About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih