family

family

AKU DAH TERBIASA DENGAN HARI AHAD

Dah lebih 4 tahun aku tak merasa berhari Ahad..Masa tu aku menjaga TUKUL retail outlet aku di Bandar Baru Ampang...Setelah aku menukar opereasi TUKUL Retail kepada TUKUL sekarang ni (wholesale) baru lah aku dapat merasakan nikmat hari Ahad tu balik.

Pagi lagi aku dah settle..and haaaa pagi lagi aku dah ber SKYPE dengan CIK PUAN MANIS, share ler apa2 experience ngan dia (haaa dia pun nak jadi tokey tau) sambil tunggu Puan Farida menggoreng nasi untuk breakfast.

Lepas sarapan apa lagi aku and anak-anak melengkau lah depan TV, Puan Farida masih kat dapur masak pulak untuk lunch...
Haaaaa...masa ni lah aku kena lanyak dengan anak-anak aku si Farhan macam ready jer lah nak men"snap"kan gambar aku ni.

Lepas makan tengahari..bergegaslah pulak aku dengan Farhana mencari basikal dia....dah berjanji dengan dia so mau 20 kali asyiklah menanya aku bila nak beli basikal...dah lah volume suara dia tu treble lebih....


Ha tengok lah muka anak dara ni...senyum jer bila dah dapat basikal dia tu, bila dah dapat asyik lah mengajak balik..tak sempat lah aku nak mencari barang lain.



Bergaya lah si Farhana dengan basikalnya itu dah besar dah dia tu...kejap ja dah besar anak aku ni....

1 comment:

Wangi74 said...

Hehehe..pepagi i dah mengondak you berskype erk tokey:).Berapa tahun si farhana..5tahun ke?.

Memang berharga sungguh weekend kan kalau sudah asyik berkerja saja.

About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih