family

family

ARTIST IMPRESSION ON TUKUL WANGSA WALK

Insyaallah, 1st May 2010, TUKUL akan dibuka di Wangsa Walk Mall, sama-sama kita doakan semuga projek ni berjaya.....

Kat bawah ni adalah gambar "artist impression" , lebih kurang camni lah rupanya TUKUL Wangsa Walk ni nanti..

Aerial View

Interior 1

Interior 2

Exterior View

Insyaallah.....

SELAMAT ULANG TAHUN KE .......BERAPA YE??

Hari Isnin 15hb March 2010....merupakan harijadi aku yang ke berapa ye........adoiii dah tua dah den ni ropanya hahahahahahaha...........

Semuga tahun yang mendatang ni merupakan tahun yang baik bagi diri saya d, keluarga dan untuk kawan-kawan sekalian juga.......Ameeennn...

KENALKAN DIRI DULU PASTU....

Entry ni bukan pasal marah.....tapi nasihat......bukan apa ramai orang yang tak dikenali ni...tiba-tiba terjah blog ni pastu.....tak bagi salam terus dok iklan kan produk ke apa ke kat ruangan komen tu.......bukan tak bagi cuma paling2 pun kenalkan lah diri...dulu....kalau yang memang dah kenal tu lain lah cerita....memang lah free je kan nak iklan2 kanbenda ni kat blog tapi....at least bagi salam perkenalan.....tapi yang memang dah member2 or yang dah biasa dengan blog ni aku tak kisah.....sama-sama kita tolong menolong tapi yang belum kenal tu...kenal-kenal kan lah diri tu dulu....ni terus-terus suruh pi kedai dia......

Hemh ni bukan marah tau.....nasihat...........

RAGAM DUA PUTERI

Petang Ahad sementara menunggu dua orang tua nak sampai dari kampung, aku bawak dua peempuan kecik ni bersantai santai di Wangsa Walk.......







Ni lah gaya dua budak perempuan yang boring tunggu makanan dan minuman......

ADA ORANG KE KAT SINI......

Assalammualaikum........ada orang ke kat dalam ni mana pergi ni tuan rumah....senyap jer....balik kampung ke hapa ni...apasal tak bagi tau...senyap je....dah berabuk, bersawang bagai dah rumah ni...apa dah jadi....takkan pencen dah dia .....

Waalaikumsalam.....ada orang kat dalam ni..cuma sebulan dua ni agak busy sikit.....masalah kerja biasa lah kan....dari awal tahun tu hari sampai la ni...macam-macam hal berlaku dan kena selesaikan satu persatu.....penat dan pening jugak lah....alhamdulillah and insyaallah semuanya berjalan lancar...bila banyak hal2 yang kusut ni maka nak mengupdate blog ni pun macam tak sempat dan idea-idea nak menaip ni banyak pergi ke tempat lain lah...tapi walaumacamana pun tetap lah aku menjenguk blog ni dan blog2 orang lain....takut ketinggalan pulak....

Dalam masa yang sama ....insyaallah kalau dimurah kan rezeki...TUKUL akan dibuka di Semenyeh, betul-betul depan Tesco Hypermarket tu.....kita plan kedai tu akan beroperasi pada 1 April 2010.

Lebih kurang kat sini lah nanti TUKUL Semenyeh ni...(Gambar dari dapat dari Metro Kajang Site Office)

Doa-doakan semuga kami berjaya...... Ameenn...Insyallah....

CERITA TUKUL ......

Lama tak cerita pasal TUKUL ni kan, hampir setahun dah TUKUL Melawati ni dah beroperasi so far Alhamdulillah.....baik dan berjalan lancar....




Peluang untuk menjadi ahli kepada TUKUL.....siapa siapa yang teringin nak jadi member...silalah tinggalkan Nama, alamat, contact no...di ruangan komen...nanti pihak TUKUL akan menghantar kan kad keahlian kepada yang berkenaan...antara keistimewaan yang diberikan kepada ahli TUKUL adalah seperti mendapat special discount, special tips on DIY, dapat menyertai aktiviti TUKUL dan bermacam lagi.....Kad TUKUL boleh digunakan di semua TUKUL BUTIK LOGAM.

LAMA TAK UPDATE


Lama dah tak berupdate blog ni.....emmmhh adalah beberapa hal yang membuatkan blog ni tak berusik....kena fikir benda-benda tu..banyak pakai memori otak aku ni...maka untuk blog ni aku kena rehatkan kejap....ni pun ada masa terluang maka....aku cuba lah update sikit-sikit...dapat kan semangat untuk blog ni.....


Perasan tak dalam blog aku ni jarang aku post muka sendirikan...jangan-jangan ada yang dah lupa mana satu lah Zaidi ni empunya www.30jalanf3.blogspot.com ni....haaa ni lah gambar terbaru yang pakcik ada....


SITI NURFARHANEEZ SUDAH 3 TAHUN



Dah 3 tahun umur Farhaneez jatuh pada 18 Januari lepas..........cepat masa berjalan................


BER TEH TARIK ANAK BERANAK





Agak bosan aku semalam (hari Ahad) lepas Maghrib aku rasa macam nak melepak-lepak ...tapi tak tau mana nak pergi.....

Datang idea aku nak pi cuci mata kat Wangsa Walk.....maka berbondong-bondong lah aku satu family minus Farhan seperti biasa nak lepak rumah je katanya nak layan bola kat TV.......

Kat sini aku mengeteh anak beranak.......

Cik Puan Farida.....senyum je.....

Makan maggi goreng je budak ni.....

Dia pun sama....dua anak dara aku ni memang peminat mee.....apa saja jenis mee diorang suka...

Suka gak aku lepak kat Wangsa Walk ni.....crowd not bad....apa kata kalau TUKUL buka sini....

17 TAHUN SUDAH

Semalam 23 Januari cukup 17 tahun umur perkahwinan dua pasangan bahagia Zaidi dan Farida, insyaAllah semuga berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih pada isteri tersayang yang selama ini memahami kerenah aku yang agak cerewet....dan yang paling utama dapat menjalankan tugas sebagai ibu pada anak-anak.....dengan baik sekali.....

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih