family

family

LAST MINUTE SHOPPING FOR KIDS

Hari ni aku satu family keluar bershopping, membeli apa yang belum di beli..sebenarnya semua dah siap sebelum puasa lagi tu ari, cuma Farhan ja belum settle sikit...sebab takut beli awal pastu dah ketat.....budak2 kan cepat membesar....yg lain2nya aku beli sandal....utk semua satu family.

Aku cuma gi Ampang Point jer....sebab kat situ ada Brands Outlet n Kedai Bata....so sekali jalan je..Aku suka brand outlet sebab Tshirt n Jeans kat situ stlylo.........Cik Puan Farida cuba la gak usha2 baju budak2 ni tapi takda yang menarik......utk buat baju basahan jer...

Sepasang jer pun baju Farhan aku beli, satu T Shirt and satu Jeans yang lain dia dah ada aku menempek lah sehelai T Shirt merah tu.

Sandal2 utk satu keluarga.....

Sebab aku malas pakai kasut, lepas bayar sandal ni terus aku pakai...kasut masuk kotak............berangin sikit kaki...

Takda aral melintang besok (Isnin) lepas buka aku akan balik ke Muar mungkin singgah jap rumah mertua kat Nilai...

TUKUL NAK UCAP SELAMAT HARI RAYA

PEJAM CELIK DAH DEKAT HARI RAYA SUDAH

Hampir sebulan dah puasa..alhamdullillah....so far so good...suasana nak beraya makin terasa sudah..cuma agak suram sikit..dengan keadaan ekonomi yang agak merudum di seluruh dunia dan di Malaysia amnya.....

DAH BAYAR ZAKAT FITRAH DAH

Mission nak bayar fitrah dah settle......tadi kat Masjid Mutiara Damansara....kebetulan pulak tajuk khutbah pun pasal Zakat Fitrah....


Selesai satu tugas.....

SATU2 NYA KAD RAYA YANG AKU DAPAT


Last entry aku ckp staff aku sorang tu ada bagi kad raya....hehehehe itu lah satu2 nya kad raya yang aku dapat kira bukan dari customer or supplier tapi dari staff sendiri...budak cina lak tu...hehehe mcm melayu dah pun dia sbb gf dia melayu....

OPEL FRONTERA-TRANSFORM FROM PETROL TO DIESEL ENGINE

Kat bawah ni gambar kereta partner aku Azhar......tengah berusaha utk menjadikan kereta yang berkuasa petrol kepada diesel....hehehehehe macam-macam la.......

Dah 4 bulan kereta ni di "bedah" kat workshop belakang ofis aku ni......

Dalam masa yang sama staff2 aku semua dah raya mood....dan termasuklah budak Cina ni....
hehehe..... dia yang beriya-iya menghantar kad hari raya pada geng2 satu opis.....termasuk boss-boss (adakah ini satu cara meng "jek" boss2)

ZAKAT FITRAH

Dalam sibuk2 nak berhari raya ni jangan lah pulak lupa nak membayar fitrah yek....aku mencari lah kaunter bayar fitrah ni tadi....tak jumpe le pulak siap gi masjid tadi....yang ada kaunter bayaran zakat fitrah jer....amil nya tak tau lah gimana....dalam 2,3 hari ni, ni lah mission aku nak pi bayar fitrah.......

SIMPLE BUKA PUASA AT PELITA SS2 WITH PARTNERS

Takda yang special, buka puasa dengan partner aku....kami 3 orang ni pun bukan kaki makan sangat selebihnya cerita pasal biz....time ni la pun nak bercerita siangnya masing2 sibuk nak bercakap hal biz tak sempat....kira bersiap-siap strategi or benda yang nak kena buat lepas cuti Hari Raya....


dapat snap gambar suhaimy, azhar dan tah hapa2 jer tu seperti biasa aku tukang ambik gambar

Makan makanan biasa jer kalau kat Pelita tu apa lagi makanannya...kalau tak nasi kandar je lah...tu pun lepas azan Maghrib kita lepak minum n makan buah dulu...lepas tu baru lah ambil makanan, malas nak berebut-rebut.

Sampai rumah dalam 9.30mlm....wife aku Cik Puan Farida terus lah pulak menjamu aku antara makanan kegemaran aku...puding buah....hemh best ....

BERBUKA PUASA DGN PARTNER2 KU

Dah nak habis Ramadhan baru teringat aku and partners lum lagi keluar buka puasa sama-sama, so dah set nak buka sama cuma lum confirm tempat jer....nanti wa kasi update....

BUDAK-BUDAK LAH YANG PALING HAPPY BILA HARI RAYA...


Bila Hari Raya budak-budak lah yang paling happy kan, orang2 dewasa mula-mula tu sedihlah sebab belanja lebih sikit....tapi pastu happy jugak sebab holiday.....sebelum sampai kampung hangin satu badan sebab highway jammed...sampai kampung happy....balik semula ke KL hangin
balik highway still jam..........

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih