family

family

MY FAVOURITE PLACE AT HOME

TV area kat rumah aku...tempat paling aku suka lepak..Disitu lah aku menonton tv, dvd, update blog, marah anak2 , petik gitar, membaca semuanya kat situ. Masa aku berduit sikit dulu, aku dah belasah beli home theater system..so perasan lah aku konon2 tengok wayang kat rumah...

Salah satu sebab aku ni jarang berjalan-jalan, banyak masa aku habiskan dirumah ni, cuma sejak aku bekerja sendiri ni jarang lah dapat aku melakukan benda2 yang aku minat ni. Banyak la DVD aku beli kadang2 sampai berabuk tak sempat aku menonton. Last2, orang pinjam (ambik terus) aku pun lupa lah nak mintak balik.

Semenjak dua menjak ni pulak suka lah aku menonton movie kat panggung wayang...lagi lah aku tak melayan home theater system aku ni. Cuma aku belum boleh bawa semua anak aku ke panggung wayang lagi...yang selalu ikut pun Farhan aje...Farhana tak boleh bawa lagi mau hangin satu panggung kat aku...suara dia ja sure boleh kecoh satu panggung..kena tunggu dia besar sikit.

Lagi satu hobi aku ialah main gitar....tapi takdek lah hebat sangat aku main setakat boleh aja lah. Asalnya aku beli gitar tu untuk si Farhan kununnya nak belajar gitar...last2 bapak dia lah yang lebih.Disebabkan area tu area kegemaran aku so, segala susun atur barang2 di situ aku lah yang buat. Cuma sejak ada anak2 ni jadi berselerak lah juga area tu yang mana boleh mendatang kan marah jugalah.

HEHEHE DATE DENGAN CIK PUAN MANIS

Hari ni dapat lah aku berjumpa ngan member blog aku yang dah menetap di Australia tu Cik Puan Manis kita tu. Macam aku cerita dulu dia balik Malaysia kejap, pasal adik dia sakit so..ada masa terluang tu aku dapat lah berjumpa dia...

Tak le lama aku lepak ngan dia tapi banyak la borak-boraknya dengan dia. Hehehehe...dapat lah aku bagi Tshirt TUKUL kat dia....

Aku sempat interframe la tu..........

Cik Puan Manis berposing dekat machine parking....

TAK SANGKA ADIK IPAR AKU RUPANYA PEMINAT MOTOR KLASIK

Tak sangka la pulak aku, adik ipar aku, Kassim rupanya peminat motor klasik...dia ni kahwin dengan adik aku...pilot mamat ni. Adalah aku nampak motor2 lama dia letak kat rumah dia tu, rupanya memang serius bebenor dia dengan hobi dia tu sampai join persatuan lagi tu.

Sabtu lepas aku tengok kat TV3, rancangan MAJALAH 3 ada aja dia tercongok dalam program tu.

CERITA MINYAK DARI MALAYSIA KINI

Minyak: Lebih ramai jadi miskin

Jun 15, 08 5:38pm

Kenaikan mendadak harga minyak sejak 5 Jun akan menjejaskan sasaran kerajaan untuk menghapuskan sepenuhnya kemiskinan tegar menjelang 2010, kata beberapa penganalisis ekonomi.

Mereka yakin kenaikan harga petrol sebanyak 40 peratus dan diesel pula lebih 60 peratus pasti memberi kesan negatif terhadap rancangan itu walau menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Amirsham A. Aziz pada April lalu berkata beliau yakin kerajaan akan berjaya mencapai sasarannya menghapuskan kemiskinan.

Sesetengah ahli ekonomi kurang yakin dengan memberi alasan bahawa, berdasarkan kuasa membeli yang ada kini, lebih banyak rakyat sebenarnya boleh dianggap tergolong dalam kelompok "miskin".

Ahli ekonomi kanan Bank Islam Malaysia, Azrul Azwar Ahmad Tajudin berkata andaian ini dibuat berdasarkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat yang kini menurun dengan ketara berikutan pelaksanaan langkah penyusunan semula subsidi bahan api.

"Seperti sebelum ini, kenaikan harga bahan bakar akan menyebabkan harga semua benda lain turut meningkat, daripada makanan, hinggalah kepada barang keperluan, termasuk perkhidmatan.

"Bagi golongan miskin, kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini memberi pukulan hebat terhadap kehidupan mereka. Sejak setahun lepas, mereka terpaksa bergelut untuk hidup akibat kenaikan kos makanan.

"Kini, mereka menerima satu lagi pukulan apabila harga bahan bakar melonjak, sedangkan pendapatan mereka tidak bertambah," katanya, lapor Bernama.

Sambil mengkategorikan isi rumah yang berpendapatan kurang RM1,500 sebulan sebagai keluarga miskin, Azrul Azwar berkata sebelum ini, kumpulan berkenaan membelanjakan 40 hingga 50 peratus daripada pendapatan mereka untuk membeli makanan dan apabila harga bahan bakar meningkat sekarang, mereka terpaksa mengikat perut bagi memenuhui keperluan lain.

"Saya rasa pendapatan yang dikategorikan sebagai garis kemiskinan sekarang tidak relevan dengan kos sara hidup yang meningkat hari demi hari. Bagi saya, ia sepatutnya jauh lebih tingi, mungkin sekitar RM1,500 sebulan," beliau dipetik sebagai berkata.

Menurut pengiraan 2005, garis kemiskinan bagi seluruh negara ialah pendapatan bulanan sebanyak RM691, manakala bagi Semenanjung jumlahnya RM661, Sabah (RM888) dan Sarawak (RM765). Pengiraan ini bagi keluarga yang mempunyai lima anggota.

Bagi meringankan beban golongan ini, Azrul Azwar mencadangkan agar kerajaan memperuntukkan sebahagian daripada RM2 bilion yang diperoleh melalui langkah berjimat-cermat yang diumumnya baru-baru ini, untuk diagihkan kepada golongan terbabit.

"Bukan bantuan dalam bentuk wang. Sebaliknya kerajaan perlu mengenal pasti siapakah yang tergolong dalam kumpulan ini dan membantu mereka dalam bentuk lain," katanya.

Penolong naib presiden jualan institusi, Alliance Investment Bank, Shahrul Kamal Ramli sependapat dengan Azrul Anwar bahawa semakin banyak rakyat Malaysia kini tergolong sebagai miskin berikutan kenaikan harga bahan bakar.

Shahrul Kamal berkata rakyat negara ini sepatutnya diberi peluang berkongsi kekayaan yang dinikmati oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Beliau berkata seperti pemegang saham dalam syarikat senaraian awam, rakyat negara ini juga sepatutnya dibayar dividen berdasarkan keuntungan yang diraih oleh syarikat itu.

"Maksud saya ialah GLC yang kebanyakannya dimiliki secara penuh atau sebahagiannya oleh kerajaan seperti Petronas, TNB, patut memberi bonus tunai kepada rakyat.

"Tahukah anda bahawa di Singapura, kerajaan membayar bonus kepada rakyatnya? Tahun lepas, setiap daripada mereka menerima sekitar S$700 atau RM1,800," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Shahrul Kamal berkata walaupun kenaikan harga setiap liter petrol sebanyak 78 sen dan diesel sebanyak RM1 menjejaskan semua orang, tetapi golongan miskinlah yang paling teruk menerima akibatnya.

"Mari kita lihat begini... seorang ada RM1 dan seorang lagi RM100. Tambahan perbelanjaan sebanyak 20 sen bagi orang yang ada RM100 sudah tentu tidak seberapa kesannya, berbanding orang yang hanya ada RM1," kata beliau.

Beliau menambah, wang rebet yang diberi secara tunai sebagai ganti bagi subsidi tidak memberi manfaat kepada semua orang yang memerlukan bantuan kerana hanya mereka yang memiliki kenderaan layak menerimanya.

"Bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki kenderaan dan bergantung sepenuhnya pada pengangkutan awam? Mereka tidak layak menerima rebet itu, sedangkan kenaikan harga bahan bakar memberi kesan yang pelbagai dan kumpulan ini juga menerima akibatnya kerana harga semua barang akan turut meningkat," katanya.

Shahrul Kamal juga mempertikaikan keberkesanan sesetengah langkah yang dilaksanakan kerajaan seperti kad fleet, yang pada pandangan beliau, boleh disalahgunakan.

"Pada masa ini, kerajaan belum menjelaskan formula yang digunakannya dalam mengira peratusan yang diberi oleh Petronas daripada keuntungannya. Mereka hanya beritahu kita jumlahnya.

"Dalam hal ini, saya mencadangkan, mungkin kerajaan boleh menimbang menggunakan satu kuantum berdasarkan harga pasaran.

"Contohnya, kalau harganya AS$40 setong, mungkin Petronas patut bayar 40 peratus dan jika lebih AS$80, mereka bayar 75 peratus. Saya yakin, jika ini dilakukan seperti yang sewajarnya, rakyat masih boleh menikmati harga bahan bakar yang tidak membebankan mereka," katanya.

NIAT TAK KESAMPAIAN MENONTON TEATER P RAMLEE

Harruuu betul dah beria-ria aku nak gi tengok Teater P Ramlee kat Istana Budaya malam semalam(Khamis) siap aku dah berjanji dengan Asan cousin aku..dengan semangat aku menalipon Istana Budaya mencari tiket...sekali tengok makcik tu cakap tiket dah habis encik..tinggal show hari Sabtu ni pukul tiga punya tu pun yang harga RM200 je yang tinggal.

Sebab dah plan nak keluar malam tu so aku suggest je la kat Asan kita tengok wayang jer lah..dia kata..apa-apa jer lah..Sampai panggung MBO Ampang blur lah pulak tak tau mana cerita nak tengok last-last kita belasah Incredible Hulk....(sebenarnya minggu ni dah 2 kali aku tengok wayang..Sabtu lepas aku tengok Indiana Jones dengan Suhaimy).

Aku ni tak lah minat sangat tengok Marvel Comics nya cerita ni (Batman jer aku suka), bila di compare dgn Indiana Jones tu hari dah tentu aku ngantuk tengok HULK ni.


SUASANA MASIH SUAM-SUAM KUKU

Keadaan business masih dalam keadaan suam-suam kuku je sekarang ni. Orang ramai masih dalam keadaan cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan harga barang yang nampaknya naik sedikit demi sedikit. Bagi pihak aku nampaknya masih cuba melihat keadaan sekeliling, masih tertanya-tanya berapa harga yang patut aku naikkan..perlu atau tak perlu....cost dah naik...pening la kepala.

Tadi siang, Cik Puan Manis ada lah talipon aku, adiknya dah pun keluar dari ward di Universiti Hospital, harap2 semuanya baik2 saja dan Fauzi sihat.

Aku pun cadang nak jumpa Cik Puan sebelum, dia balik Australia, kena tunggu dia free lah dulu.

AGAK BOSAN JUGA LAH DUA TIGA HARI NI

Dalam dua tiga hari ni, agak bosan jugalah suasana, lepas PAK LAH menaikkan harga bahan bakar ni...chet poraah. Banyak berbual lah aku ni dari buat kerja....bahaya tuh..Tapi at least aku nak juga dengar apa orang lain komen tentang hal-hal ni

Banyak juga aku membaca blog-blog yang lebih kearah politik...ada juga orang biasa macam aku ni juga komen pasal politik.

Tapi bila petang balik rumah aku tetap je lah melayan perangai anak2 aku paling2 si Farhana yang agak kepoh tu.

Hmmmm tak tau pulak apa lagi aku nak tulis ni...Cik Puan Manis ada kat KL ni menemankan adiknya yang sedang sakit katanya. Harap2 adalah masa berjumpa dengan dia nanti....

PETROL,, DIESEL, LETRIK, BERAS DAN TAK TAU APA LAGI

Tak da mood nak tulis apa2, benda2 ni agak mengganggu perjalanan bisnes aku, kusut............

DISEKITAR KARNIVAL GEGAR KEMAMAN

Seperti yang di janjikan, aku update sikit la cerita Karnival Gegar di Kemaman tu hari..tak banyak yang dapat diceritakan sebab aku tak dapat menghadirkan diri kat situ..cuma Suhaimy and wife jer yang ada..tapi aku akan letak lah gambar-gambar di Karnival Gegar tu.









SUHAIMY....KENAPA TU.....









Seperti biasalah TUKUL sponsor Arm Wrestling Competition....(Kuat2 org Kemaman ni)





















Ganas jer nampak brother 2 orang ni tapi TUKUL tetap ada kan...kan...











Makcik and kakak ni pun cuba nasib...










Bersantai dengan TOKEY GEGAR (JACK) N TOKEY TUKUL (SUHAIMY)

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih