family

family

REPORT ON LUMUT-1ST PART

Sebenarnya letih lagi rasa badan ni lepas karnival tu hari di Lumut dah lah panas kat sana pastu perjalanan kesana yang memakan masa and di waktu malam pulak tu yang menambahkan rasa letih tu.

Perjalanan aku ke Lumut tu bermula pada hari Jumaat pukul 9 malam, yang seronoknya aku ditemani oleh Mr. Erman. Ikut plan aku bawa family aku sekali kesana dan seperti biasa Farhan bertanya pada aku jauh ke Lumut tu, berapa lama nak sampai dan bermacam2 soalan seperti taknak pergi tu keluar dari mulut dia tu. Rupanya dia ada futsal game hari Sabtu and hari Ahadnya ada pulak ada projek sekolah yg nak di siapkan. Terus ja aku teringat kan Erman, dia setuju dan bersama-sama lah aku dgn dia memandu keLumut dgn menaiki Perdana V6 kawan aku Jack...event organizer yang buat Karnival Gegar tu.

Suhaimy and Family sudah berlepas awal tapi dia satu family singgah di satu tempat untuk mengambil sesuatu so kita berkonvoi after halfway journey tu lah. Seronok gak aku berbual dgn Erman di sepanjang perjalanan. Sampai ja di Rawang kami pun berhenti minum sekejap...dekat satu jam la jugak...(peh kata sekejap). Sempat juga lah ambik gambo Erman kat petronas station sebelum isi perut kereta di
isi dgn petrol yang agak mahal harganya sekarang.

Keluar saja dari petronas station tu, satu panggilan di terima dari Suhaimy, "aku dah sampai di Tol Bidor, hehehe lepas tol tu aku nampak mcm ada tulis Restoran Kari Kepala Ikan Salim..kita lepak situ dulu". Ok ler, aku kata since kita pun tak ler mengejar masa so singgah le aku kat situ. Lagi satu jam kita kat situ sambil tengok movie kat situ, mamak tu siap pasang skrin besar. Wife Suhaimy siap parking kereta depan screen so dapat lah dia tengok movie tu dari dalam kereta . Aku, Suhaimy n Erman seperti biasa la berbual-bual lah dulu.

Dah puas berbual maka kita pun sambunglah perjalanan yang masih jauh tu.

Ambil masa dalam 2 jam lebih juga lah utk sampai ke Lumut..tapi sampai jer taklah terus kita ke tempat penginapan..Tapi terus jer kita ka tapak Karnival Gegar tu..jumpa Jack sekejap..orang yang bertungkus lumus menjalankan Karnival tuh..rupanya karnival ni diadakan didalam pengkalan TLDM sempena dgn Hari Armada. Sampai situ ja da dekat pukul 3 pagi..pusing2 la dulu kat tapak tuh.. Pukul 4 pagi baru lah kita sampai di tempat penginapan...Teluk Batik Resort..boleh tahan gak lah tempat tu..tapi lupa lah pulak nak ambik gambar..Pukul 5 pagi baru lah kita tido.............akan bersambung lagi di 2nd part.

No comments:

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih