family

family

SITI NURFARHANEEZ-AKHIRNYA SENYUM JUGA DIA

Anak aku yang bongsu ni susah sangat nak senyum bila dapat snap gambar dia mesti masam jer muka dia..tapi satu hari tu berjaya lah aku ambik gambar dia tengah tersenyum........

LUMUT 2ND REPORT









Posing depan helicopter


Utk 2nd report ni macam la malas nak tulis, tapi mem aku ada sebelah ni meneman aku mengupdatekan cerita LUMUT tu ari....sambil bertanya itu dan ini hehehehe.

1st day karnival Gegar....peh punya lah ramai manusia kat situ..walaupun dalam pengkalan TLDM, macam2 ada lah dapat lah merasa aku tengok kapal perang, helikopter dan berbagai-bagai benda perang kat situ. TUKUL dapat satu booth kat situ bersebelahan dgn sekretariat. Aku tak bawak banyak produk cuma, sample ja utk mengenalkan apa yang TUKUL jual. Tapi yang best nya aku jual Tshirt TUKUL and Erman bawak Empire of Ink punya product.
















On the 2nd day kat booth TUKUL adalah kita manage small event..kita sponsor Arm Wrestling competition..utk lelaki dan perempuan..mendapat sambutan la jugak..maklumlah dapat cash tu kalau menang.
















Kuat2 ja kakak ni ....














Abang2 yang perkasa gitu....





Tak disangka-sangka pulak Official suruh lah aku yang serabai tu ari kena lah pulak menyampaikan hadiah pada pemenang-pemenang...hehehehe cam yoyo la pulak.








Nih dia Juara Perempuan.......................











Abang ni pulak Juara Lelaki











Aku dan Erman stay sampai pukul 8 malam.. lebih kurang pukul 12 malam aku dan Erman sampai lah diKL.....

REPORT ON LUMUT-1ST PART

Sebenarnya letih lagi rasa badan ni lepas karnival tu hari di Lumut dah lah panas kat sana pastu perjalanan kesana yang memakan masa and di waktu malam pulak tu yang menambahkan rasa letih tu.

Perjalanan aku ke Lumut tu bermula pada hari Jumaat pukul 9 malam, yang seronoknya aku ditemani oleh Mr. Erman. Ikut plan aku bawa family aku sekali kesana dan seperti biasa Farhan bertanya pada aku jauh ke Lumut tu, berapa lama nak sampai dan bermacam2 soalan seperti taknak pergi tu keluar dari mulut dia tu. Rupanya dia ada futsal game hari Sabtu and hari Ahadnya ada pulak ada projek sekolah yg nak di siapkan. Terus ja aku teringat kan Erman, dia setuju dan bersama-sama lah aku dgn dia memandu keLumut dgn menaiki Perdana V6 kawan aku Jack...event organizer yang buat Karnival Gegar tu.

Suhaimy and Family sudah berlepas awal tapi dia satu family singgah di satu tempat untuk mengambil sesuatu so kita berkonvoi after halfway journey tu lah. Seronok gak aku berbual dgn Erman di sepanjang perjalanan. Sampai ja di Rawang kami pun berhenti minum sekejap...dekat satu jam la jugak...(peh kata sekejap). Sempat juga lah ambik gambo Erman kat petronas station sebelum isi perut kereta di
isi dgn petrol yang agak mahal harganya sekarang.

Keluar saja dari petronas station tu, satu panggilan di terima dari Suhaimy, "aku dah sampai di Tol Bidor, hehehe lepas tol tu aku nampak mcm ada tulis Restoran Kari Kepala Ikan Salim..kita lepak situ dulu". Ok ler, aku kata since kita pun tak ler mengejar masa so singgah le aku kat situ. Lagi satu jam kita kat situ sambil tengok movie kat situ, mamak tu siap pasang skrin besar. Wife Suhaimy siap parking kereta depan screen so dapat lah dia tengok movie tu dari dalam kereta . Aku, Suhaimy n Erman seperti biasa la berbual-bual lah dulu.

Dah puas berbual maka kita pun sambunglah perjalanan yang masih jauh tu.

Ambil masa dalam 2 jam lebih juga lah utk sampai ke Lumut..tapi sampai jer taklah terus kita ke tempat penginapan..Tapi terus jer kita ka tapak Karnival Gegar tu..jumpa Jack sekejap..orang yang bertungkus lumus menjalankan Karnival tuh..rupanya karnival ni diadakan didalam pengkalan TLDM sempena dgn Hari Armada. Sampai situ ja da dekat pukul 3 pagi..pusing2 la dulu kat tapak tuh.. Pukul 4 pagi baru lah kita sampai di tempat penginapan...Teluk Batik Resort..boleh tahan gak lah tempat tu..tapi lupa lah pulak nak ambik gambar..Pukul 5 pagi baru lah kita tido.............akan bersambung lagi di 2nd part.

TUKUL BERADA DI LUMUT

TUKUL AKAN BERADA DI LUMUT-FIESTA GEGAR OLIMPIK 2008
PADA 26 APR 2008-27 APR 2008

(NANTI UPDATE DGN GAMBAR2 NYA YA)

HUJAN RENYAI2 DI PAGI KHAMIS

On the way nak ke opis tadi hujan renyai2 sejuk ja (macam kat New Zealand ja suasana tu) best jer sampai je tempat kerja budak2 ni tengah sibuk le mempacking barang utk dihantar ke customer. Sambil tengok2 lah aku, key in Sales Order ke apa yang patut..Bila lori da jalan ja sunyi la pulak rasa suasana tapi seronok lah kan bila lori keluar maknanya ada sale lah tu kan. Pastu berbual-bual lah 3 orang partner ni sekejap untuk meluangkan masa.


















Macamni lah rupa warehouse tu bila semua dah keluar sunyi ja.......................

TEKIRO TOOLS DI TUKUL SENAWANG

Barangan berjenama TEKIRO (automotive tools) telah melantik TUKUL sebagai 'sole distributor' untuk pasaran Malaysia. Semalam 23/04/2008, partnerku Azhar dan dua lagi pekerja TUKUL telah ke TUKUL SENAWANG untuk menyusun barangan tu di sana. Cantik juga bila dah disusun di rack, meriah ja nampak da outlet tu, so selepas ini semua TUKUL Outlet.

BORING NYA MALAM NI.....

Dah dua malam berturut-turut aku balik lepas pukul 12 malam..Tak habis2 dgn apointment..Sebab dah dua malam yg lepas aku banyak bercakap tiba2 malam ni aku rasa boring..tengok tv pun takda pulak program yang menarik..ASTRO banyak pulak yang diulang-ulang hemh..on je la laptop yang dah makin lemau powernya ni. Nak taip cerita pun takda apa yang menarik. Badan rasa letih sangat nak tido pun tak boleh sebab kepala otak ni masih macam nak bekerja...tengah malam ni ada la juga game bola kat ASTRO. Manchester United vs Barcelona Qfinal UEFA cup. ..tapi lately ni macam tak minat pulak nak tengok bola boring..Tadi tengahari pun jumpa orang lagi..penat juga kan asyik bercakap ja ni...tapi apa nak buat kan bila berniaga ni memanglah banyak jumpa orang, nak kena cari peluang..Mungkin faktor umur kot aku rasa macam da takda stamina da ni...Wife nampak steady ja hari2 duduk rumah jaga anak, marah anak, mandikan anak, kemas rumah, masak, mencuci dan 1001 hal lagi lah pasal rumah. Nak hantar Farhan gi tuition tadi pun macam malas ja..Mungkin hari ni hari boring aku kot..atau................kena cuti ka....best gak tu kan.










PEH APAHAL AKU POSING CAMNI.&*()*^%$%^

SUHAIMY, AKU DAN TUKUL

Minggu ni, aku n Suhaimy banyak berbincang, bertegang leher dan bermacam hal lagilah pasal TUKUL ni. Memang TUKUL ni dah senonim dgn aku n Suhaimy. Timbulnya TUKUL ni dari perasaan marah dan kegagalan aku dan Suhaimy lalu di transformkan kemarahan tu kepada kelahiran TUKUL..Alhamdulillah perniagaan sudah pun berjalan walaupun tidak seperti yang diharapkan tapi masih ada cahaya dihadapan..Ada juga masalah yang terpaksa di lalui semasa mengemudi kan Kapal TUKUL ni tapi dapat juga diatasi dengan perlahan-lahan. Aku dan Suhaimy mempunyai perwatakan yang serupa tapi tak sama.. Aku dan Suhaimy tak akan jemu bercerita tentang TUKUL walaupun dgn jalan cerita yang hampir sama setiap hari. Collaboration aku dan dia so far so good dan aku berharap ianya berterusan hingga ke akhir hayat....(harapan kami TUKUL menjadi Jenama kebanggaan Malaysia).......akan datang TUKUL Beta 1.0 product keluaran hasil kerjasama TUKUL and Empire of INK..








SUHAIMY AND ERMAN


PLANOGRAM....APA TUH????

Setelah abis disusun barang2 dari Jakarta tu hari kat warehouse maka pening la kepala pulak camana memikirkan barangan tu hendak di "display kan" bila dah di hantar ke outlet2 yang tertentu. So kenalah kita buat satu process yang dinamakan PLANOGRAM..Haaaaa tu partner aku yg hardworking .....Azhar yang bertungkus-lumus buat menda-menda tu...

WEBSITE MYTUKUL.COM

Tuan2 dan Puan2 harap maaf, ada masalah sikit kat webpage mytukul.com, so buat masa ni tak leh lah nak di access buat sementara waktu..segala kesulitan amat lah dikesali.

TUKAR SKIN BLOG AKU

Hari ni aku, takda apa2 nak buat kat rumah ni, baring jer, boring gak....sambil berbalas-balas sms dgn Suhaimy... Belek2 lah blog ni macam boring pulak.....so tukar la skin dia dan bermacam-macam lagi sambil ditemani oleh hero aku Farhan.....
Hero aku ni macam yoyo je kan..................................................

MY TALENTED FRIEND.....MR. ERMAN


ERMAN......antara insan yang kreatif yang pernah aku kenal..Logo TUKUL adalah hasil dari tangan beliau disamping input dari aku dan Suhaimy. Design lori aku tu hari dia lah yang design..

Seronok tengok orang berniaga benda-benda macam ni, berniaga menggunakan bakat...
Dan yang paling terbaru dia berniaga T shirt yang ada grafik design..nanti aku akan attachkan design tshirt tu kat blog ni..

MENGAWAL RASA MARAH/ANGER MANAGEMENT

Saja aku tulis topik ni. Lately ni aku berjaya mengawal rasa marah and aku transformkan rasa marah aku tu kearah yang lebih positif. Aku pelik ada orang yang sanggup melepaskan rasa marahnya sambil menghancurkan apa yang telah dibina. Lebih pelik lagi ada yang menyesal hanya selepas meluahkan rasa marahnya itu. Article kat bawah ni aku dapat dari satu webpage....

Anger can be caused by both external and internal events. You could be angry at a specific person (Such as a coworker or supervisor) or event (a traffic jam, a canceled flight), or your anger could be caused by worrying or brooding about your personal problems. Memories of traumatic or enraging events can also trigger angry feelings.

Angry people tend to jump to—and act on—conclusions, and some of those conclusions can be very inaccurate. The first thing to do if you're in a heated discussion is slow down and think through your responses. Don't say the first thing that comes into your head, but slow down and think carefully about what you want to say. At the same time, listen carefully to what the other person is saying and take your time before answering.

Listen, too, to what is underlying the anger. For instance, you like a certain amount of freedom and personal space, and your "significant other" wants more connection and closeness. If he or she starts complaining about your activities, don't retaliate by painting your partner as a jailer, a warden, or an albatross around your neck.

It's natural to get defensive when you're criticized, but don't fight back. Instead, listen to what's underlying the words: the message that this person might feel neglected and unloved. It may take a lot of patient questioning on your part, and it may require some breathing space, but don't let your anger—or a partner's—let a discussion spin out of control. Keeping your cool can keep the situation from becoming a disastrous one.


Aku banyak pakai cara diatas ni, and i feel better sebabnya lagi aku tunjukkan kemarahan aku makin banyak kelemahan aku terserlah......kalau ada komen pasal topik ni bolehlah sama2 kita bincang yekk........hehehe sekali sekala nak cerita serius juga kan..

adeh....adeh......sakit oooooo....kkkk aku tak bagi ko marah lagi

WAH-WAH TUKUL ADA KAT AKADEMI FANTASIA

Hehehe seronok gak aku Isnin lepas tengok kat Diari Af tu, budak2 pompuan tu pakai baju TUKUL. TUKUL adalah sponsor kecil-kecilan kat Akedemi Fantasia....





Hehhheee kakak Siti pakai baju tukul






hehehe rasa macam yoyo ja kannnn

AKHIRNYA SAMPAI GAK BARANG2 DARI JAKARTA

Semalam, 15 April 2008, at last TUKUL dream come thru, barangan yg diimport dari Jakarta sampai la juga di warehouse kami di Sunway Damansara. Seronok la kan, maklumlah baru nak mula berniaga ni. Sebenarnya company aku telah dapat taraf sole distributor untuk barangan "automotive tools" utk Malaysia ni. Brand nya ialah TEKIRO TOOLS. Cubalah dimana-mana kot berjaya kan. Dalam seronok2 tu sebenarnya gabra la gak maklumlah nak kena angkut sendiri barang2 tu keluar dari kontena. Sakit juga la pinggang dibuatnya. Disini, aku sertakan juga gambar2 detik bersejarah tu kekekekekeke.

KETIBAAN KONTENA YANG DITUNGGU TUNGGU











SEKALI BUKA JA PINTU KONTENA TU DIA BARANG2 TU BANYAK GILA



PEH!!!!!!!!!!!!!!SUHAIMY SEMPAT PULAK BERPOSING TU












CAMNI LAH RUPANYA WAREHOUSE DAH DIPENUHI DGN BARANG-BARANG.

BILA DAH SELESAI KEKEKEKEKE BOS2 PUN KUNUN2 BERBINCANG LER TU...

BARANG DAH NAK SAMPAI

Semalam hari Sabtu, aku n Suhaimy ke Port Klang, gi jumpa forwarding agent pasal barang2 yg kita import dari Jakarta tu..hemh ye la kan baru 1st time buat benda2 ni so nak kena tanya la soalan2 cepumas kat dia, tak tanya kang silap pulak dimana mana susah lak kan.

Dalam perjalanan balik tu sempat la lunch kat Klang, kebetulan restoran tu sebelah customer kita punya kedai hemh sedap juga la nasi lemak dia tu.....tak sempat ambik gambor.

Sampai ja rumah dalam pukul 3 trus keletihan apalagi tumbang la dekat pukul 6 baru sadar ish ish ish buruknya ......

So dari petang sampai malam melayan anak2 je lah, si Farhana ni kuat bercakap, pastu kuat lak volume dia pening gaklah melayan. Kuat melaram pulak dia tu.


Farhanis pun da pandai posing.... Peh spek itam lagi tu...

TAJUK KECIK : FARHAN JATUH KAT SEKOLAH

Jumaat lepas Farhan boleh jatuh pulak kat sekolah masa nak balik sampai koyak baju dia....tak paham aku camana boleh jatuh habis bahu dia luka....Tapi hero kan dia control hensem je la tak nangis pun dia....anak lelaki kena la kuat kan.

AKU JADI BLUR%^&^%#@%%%%

Kadang2 kita jadi blurr bila apa yang kita buat tu jd serba tak kena, ada orang bagi reaction kununnya apa yang kita buat tu tak betul, cuma hanya pakai body language atau dengan menggunakan muka sengal......(pakai words puan manis74). Harapan diorang kita akan melutut dan bertanya seperti...oh please show me the right way oh please........Ni kan zaman teknologi tinggi cakap je la kalau tak puas hati and don't give the sengal look to me...............Aku dah berumur and takda masa nak jaga hati orang yg aku pun tak sure dia ada hati atau tidak sebenarnya. A lot of things to think at the moment.



<<<<<<<<<< JANGAN BLURR2 AYAH PEDULIKAN APA
ORANG NAK PIKIR....(kalau la Farhana boleh ckp camtukan best...)

TUKUL BANDAR BARU AMPANG DALAM KENANGAN



Sebelum aku bertapak di Sunway Damansara ni, aku, Fadzli dan Suhaimy telah menjalankan perniagaan di Bandar Baru Ampang(BBA). Permulaan berniaga, kita adalah franchisee kpd suatu franchise yg tak berapa terkenal sangat lah tapi adalah juga dalam 15 franchisee seluruh Malaysia. Tahun 2005 kita keluar dari franchise tu dan memulakan perniagaan sendiri yang menggunakan jenama TUKUL. Sejarah penjenamaan TUKUL boleh la kita cari kat blog ni...www.mytukul.blogspot.com. Setelah mendapat peluang untuk membesarkan lagi perniagaan, kita pun berpindah lah ke premis yang lebih besar di Sunway Damansara. Our existing outlet in BBA was moved the operation to a better location in Lavender Height Business Square in Senawang Negeri 9. Sekarang kita juga kalau boleh nak franchise kan biz ni, tapi masih dalam peringkat R & D. Buat permulaan kami membantu sesiapa yang ingin membuka perniagaan berjenama TUKUL. Sebagai mengingati sejarah TUKUL ni aku letak lah macamana rupanya dulu TUKUL Bandar Baru Ampang tu.......

EhHH..lupa lak bg tau TUKUL ni sebenarnya kedai hardware tp mcm modern sikit lah rupa dia pastu ada dua lagi branch kat Kajang Perdana n Bdr Tasik Permaisuri




ASAN @ RAHIM


Mamat yg bergambor dgn family ni lebih kurang mcm sepupu lah dgn aku tapi our relationship is more than sepupu. I've been with him since childhood. Utk awal2 blog aku ni aku akan kenalkan mereka2 yang rapat dgn aku..Walaupun tua camni aku ngan dia still mcm dulu juga..Dia ni kaki bola walau dah veteran tu still gak nak main..dia main ngan Viking Club expat omputeh Denmark nya team cuma dia antara pemain yang tak berapa cerah kulit nya wakakakaka.......Nama betul dia Rahim tapi masa kecik dia kuat nangis so arwah mak dia tukar jadi asan
NI LA TEAM BOLA DIA TU..................

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih