family

family

PESONA VILLA

Untuk pengetahuan semua, aku tidak lagi tinggal di No 3 Jalan F3.....sudah berpindah.....dok apartment....kenapa kalau ada kesempatan akan aku ceritakan.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Redup Hati

Cuba untuk mengemaskinikan blog yang tak seberapa ini. Hati masih terasa sayu sedih setelah permegian ayah tersayang Allahyarham Hj Zainal bin Emin pada 18th September yang lepas semuga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Setelah 8 tahun beliau berperang dengan sakitnya beulang alik ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Dan selama itu aku turut ber sama beliau dan menghembus nafasnua yang terakhir di rumah aku...aku redha dengan ketentuan. Sekarang aku merindu....

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI.....MAAF ...LAMBAT UPDATE

Selamat Beraya semua.....agak janggal mengucapkan ucapan Hari Raya di waktu Syawal sudah separuh ni..bukan apa banyak hal yang dilalui sepanjang bulan Ramadhan yang lepas...suka dan duka.

Dan pertama kali sejak 20 tahun aku berkahwin, tahun ini aku tak berapa merayakan Hari Raya seperti biasa di kampung...menghabiskan masa saja di Kuala Lumpur.  Keadaan kesihatan ayah aku yang tidak mengizinkan dan mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur menyebabkan beliau berada di Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini.

Kepada semua yang mengenali diri, maaf dipinta sekiranya ada salah silap...

PEMANDANGAN YANG MENAKJUBKAN

Cantikkan ...hutan belukar ni...
Ini merupakan salah satu jeti di kawasan Pelabuhan Selatan, Pelabuhan Klang, tempat lokasi pengambaran filem Balistik, yang dilakonkan oleh Rosyam Nor, Adi Putra dan Jack Lim.  Rosyam dan Adi rasanya sudah dikenali oleh ramai peminat filem melayu...siapakah Jack Lim..Beliau adalah pelakun berbangsa cina no satu di Malaysia.

Rosyam sedang menunggu masa untuk memulakan pengambaran
Ini lah dia Jack Lim...sebelum ini beliau amat popular dalam filem berbahasa cina yang popular AH BENG.
Gandingan mantap dua bintang ternama.....




Sedang bersiap sedia untuk beraksi.



BALISTIK

Balistik atau kelajuan peluru merupakan tajuk sebuah filem yang diterbitkan secara usahasama Suhan Movies dan Asia Tropical Films, sebuah filem aksi yang diarahkan oleh Silver yang juga merupakan pengarah filem berbahasa cina yang terkenal AH BENG.

Balistik dibintangi oleh pelakon-pelakon besar di Malaysia seperti Rosyam Nor, Adi Putra, Rita Rudaini, Raikal Raihan, Jack Lim dan Gan Mei Yan.

Sebuah filem aksi yang mengisahkan  Saga (Rosyam Nor) seorang pembunuhan upahan dan juga suami kepada Salina (Rita Rudaini). Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rykarl (Rykarl Iskandar). Kegiatan aktif Saga sebagai pembunuh mamaksa dia untuk berpisah dengan Salina. Namun, anaknya dibawa bersama.  Salina kembali muncul dalam hidup Rykarl dan Saga. Namun, pada ketika itu Salina telah berkahwin dengan Nizam (Ady Putra).


Upacara menandatangani usahasama filem  Balistik diantara Asia Tropical Filem dan Suhan Movies.
Railkal Raihan pelakon kanak-kanak yang mempunyai bakat besar.
Sila layari facebook Balistik untuk perkembangan selanjutnya tentang filem ini di https://www.facebook.com/Balistik045

HAPPY BIRTHDAY SITI NURFARHANA

Dia sudah berumur 8 tahun.

Published with Blogger-droid v2.0.6

BERHUJUNG MINGGU BERSAMA KELUARGA.........

Pandangan dari Jambatan yang menghubungkan Taman Miharja dan Viva Home Mall
...dapat tahu di Viva Home Mall ada pameran kucing....lalu bergegas kesana....

Muka bosan kucing comel....tetap comel walau bosan

Letih......

Aktif....pelik bulu macam baldu...

Eh ni bukan kucing....model ni di mekap dengan tema kucing....

Bosan juga dia

Tolong jangan snap lagi gambar ye...aku bosan

.
Published with Blogger-droid v2.0.6

DI MELAKA BANDAR HILIR

Published with Blogger-droid v2.0.6

TERHARU TERIMA UCAPAN DARI ANAK ANK

Bersusah payah budak perempuan dua orang ni membuat kat ucapan Hari Bapa

Published with Blogger-droid v2.0.6

MATA KABUR-KABUR

Mata ku kabur-kabur

Tengok screen pun jadi camni



SEMUANYA DISEBABKAN 

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih