family

family

SEDAPNYA..........

Tak sempat lunch terus minum petang makan char kuey tiaw ...sedap jugak...not bad..nak try?...kedai makan ni betul-betul depan TUKUL Wangsa Walk...


Sent from my BlackBerry® smartphone

KERJA KERJA PENYUSUNAN SEMULA SUDAH SELESAI

Setelah beberapa hari berlumus tungkus membuat penyusunan akhirnya selesai jugak...

Sekarang agak sibuk dengan hal pengiraan stock la pulak...


Sent from my BlackBerry® smartphone

MINGGU LEPAS YANG KURANG SIHAT...TAPI SEKARANG DAH OK

Dari Jumaat lepas membawa ke hari Ahad aku tak berapa sihat kena demam yang kejapnya ok kejapnya tidak..
Ditambahnya lagi TUKUL Wangsa Walk ada dibuat beberapa perubahan yang secara ringkasnya agak besar...dari susunan barangnya....pilihan barang-barangnya hinggalah ke peringkat pengurusan....

Hahaha sebenarnya bercampur baur perasaan tapi itulah adat orang berniaga...ada ...apa-apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.  Selagi ada tenaga aku akan teruskan perjuangan TUKUL ni....rasanya kali ni ada impact yang besar kerana aku bekerja dengan orang-orang yang mempunyai tenaga dan kebijaksanaan dua kali ganda dari aku....kita tunggu saja lagi beberapa bulan yang mendatang ni akan dilihat beberapa perubahan di TUKUL.

Berbalik pada cerita aku ....sambil mengemaskini blog ni sambil berulang alik ke tandas aku ni...adoi....salah makan la ni....






60% SIAP PROSES UBAH RUPA

Masih ada 40% lagi...
Sent from my BlackBerry® smartphone

MINGGU NI KURANG SIHAT SIKIT

Sejak dari hari Khamis lepas aku tak berapa sihat, mungkin aku alah pada abuk, ada melakukan proses pengubahsuaian susun atur di TUKUL Wangsa Walk.

Kebelakangan ni aku selalu mengalami demam yang panas nya dari dalam , maka segala sendi-sendi menjadi sakit-sakit dan berbisa. Sepatutnya pagi ni (Ahad) aku ada tugas yang patut dilakukan di Universiti Malaysia Trengganu.

Ok pada semua yang bekerja diucapkan selamat bertugas sesiapa yang off day selamat berhujung minggu...
Sent from my BlackBerry® smartphone

PROSES PENUKARAN IMEJ TUKUL WANGSA WALK

Tukul Wangsa Walk sedang dalam proses menukarkan imej kepada imej yang lebih santai dan "customer friendly".
Sent from my BlackBerry® smartphone

APA YANG NAK AKU LUAHKAN DISINI

Rasa sedih....sedih teramat sangat...tiba-tiba....faktor usia mungkin....banyak kesedihan tapi disimpan sahaja dalam hati...tak pernah pun aku luah kan di facebook, twitter atau blog ni.....tak pandai aku nak buat cerita sedih.  
Kebelakangan ni aku mudah terasa sensitf sangat....tapi seperti biasa semuanya aku simpan sahaja...kurang kan bercakap aku rasa lebih baik....
Farhana ada mengadu pada Cik Puan Farida...katanya...dah dua hari dia tak jumpa aku..."kakak rindu ayah"...masa tu aku tengah dinner dgn Cik Puan Farida tak tertelan nasi tu....rasa nak menangis tapi lelaki ni ego lebih kan..... kontrol je lah....benda-benda macam ni buat aku bertambah sedih.......

Akhirnya, terluah juga perasaan aku diblog ini.....ialah mana lagi nak meluah.....

ADA SESIAPA YANG BERMINAT DENGAN ARNAB........

My family friend...Fikri adalah peminat arnab secara tiba-tiba setelah arnab kakaknya Farini tiba-tiba dijumpai mati tiba-tiba seperti dibunuh....bermula dengan dua ekor sekarang arnab-arnabnya sudah berekor-ekor....terus buat bisnes menjual arnab....


Geram jugak aku tengok ......

Comelkan arnab ni...aku sendiri 1st time tengok arnab rupa macam ni....




Sesiapa yang berminat nak memiliki arnab-arnab yang comel-comel ni boleh lah terjah blog BUNNY FRIEND ni......

SUSUN ATUR BARU DI TUKUL

"Work in progress" soon we will introduce new product in TUKUL.


Sent from my BlackBerry® smartphone

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih