family

family

CERITA-CERITA ORANG

Agak gempar jugalah dua tiga hari yang lepas ni tentang cerita mengenai seorang pelajar cemerlang kita yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negeri itu....macam-macam tajuk yang keluar..ada katanya sudah lari dari landasan ....sudah tidak lulus dalam pelajaran....sudah itu...sudah ini...dan bermacam-macam lagi.

Aku seperti biasa tak berani nak komen apa-apa takut tersalah komen...cuma kalau benar seperti yang diperkatakan itu...harap-harapnya ianya dapat diperbetulkan .  

Agak menarik status dari Dr. Fadzilah Kamsah di Facebook beliau...mudah di fahami...atau dengan kata lain doakan yang baik-baik sahaja kepada Allah SWT...InsyaAllah yang baik juga akan diperkenankan....Ameenn.

2011....PENUH SUKA DUKA....2012...PENUH DUGAAN....

Masih tak terlambat lagi aku rasa untuk mengucapkan Selamat Datang pada tahun 2012.  2011 sudah berlalu dah tak boleh pun nak diundur-undurkan lagi.  Segala apa yang berlaku pada 2011 pada aku penuh suka duka pahit dan manis.  Alhamdulillah semuanya masih tetap teguh dan tegap..yang masih bersama aku adalah keluarga tersayang, isteri yang sentiasa memberi semangat, sentiasa dibelakang memberi sokongan, anak-anak yang menyinari hidup...gelak ketawa, gelagat lucu sentiasa dapat memberikan ketenangan, sahabat-sahabat yang rapat sentiasa mendengar dengan setia dan memahami....harapan pada tahun 2012 dapat lah aku memperbaiki segala kesilapan dan kekhilafan...dan hidup terus bahagia ...Insyaallah.

Comel kan gambar diatas ni...ni.  Siti Nurfarhaneez ..18hb Januari yang akan datang ini akan menjangkau ke umur 5 tahun.  Dia akan ke sekolah tadika...cepat betul masa berlalu.
Semuga kita semua berbahagia di tahun ini....Selamat Tahun Baru..


PERKELAHAN BAJET KU.....

Cuti hari Krismas lepas untuk meluangkan masa cuti dua hari tu....berkelah lah aku sekeluarga bersama keluarga sepupu di Kemensah ..10 minit perjalanan sahaja dari rumah aku.....walaupun dekat ini lah pertama kali aku ke sini.


PENANTIAN SEORANG YANG BERNAMA MUHAMMAD ALIF FARHAN

Muhammad Alif Farhan, anak sulung aku yang baru saja mendapat keputusan PMR nya semalam....tak lah teruk sangat keputusannya...6A 2B, tapi ada riak kecewa di mukanya sebab kebanyakkan kawan-kawan mendapat straight As (8A).  Tapi sebagai seorang bapa aku tetap memberi semangat padanya untuk dia terus berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik pada peperiksaan SPM yang akan diduduki 2 tahun lagi.   Walaubagaimanapun itu semuanya sejarah harap dia akan jadikan keputusan PMR itu sebagai aras tanda untuk nerusaha dengan lebih gigih...Tahniah ...Muhammad Alif Farhan bin Zaidi.




.

PENAT ....LETIH

Aku dah letih keadaan mental dan tenaga juga sudah bergerak perlahan....3 bulan berterusan kerja tanpa berholiday....kadang-kadang Ahad juga berada di pejabat.


Sent from my BlackBerry® smartphone

SUATU CERITA YANG DIUBAH SITUASINYA DARI KEADAAN SEBENAR

Sebuah syarikat kecil yang tidak berapa terkenal tapi mempunyai cita-cita yang tinggi telah berjaya mencipta satu konsep perniagaan yang lain dari yang lain. Berkat usaha serta buah fikiran dari beberapa rakan kongsi dan kakitangan maka jadi lah perniagaan tersebut hampir terkenal di seluruh negara. Tapi sesuatu telah berlaku perniagaan itu makin menjunam tetapi konsep dan nama perniagaan itu masih menjadi bualan. Sekumpulan bijak pandai katanya cuba ingin menaikkan perniagaan itu dengan cara sendiri. Di ubah segala galanya sehingga hilang identiti sebenar perniagaan itu. Katanya dengan konsep yang terbaru. Akhirnya mereka itu sendiri terkeliru dengan apa yang diimpikan.

*cerita melalut ini tiba-tiba terliintas semasa dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur diatas bas ekspress Transnasional.
Sent from my BlackBerry® smartphone

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih