family

family

AKAN DATANG - PROJEK TUKUL SETERUSNYA

  • TUKUL@VISTA
Konsep kedai yang pertama di Malaysia combination of Hardware Shop and Electrical Appliance Shop....Insyaallah akan di buka dalam masa yang terdekat ni..mungkin outlet pertama di Kota Damansara

  • RSQ
Mobile workshop usahasama Kris Lagenda, Modenas and TUKUL siap dah ada prototype lagi tu..

PUAN FARIDAH SAMBIL MEMASAK SAMBIL ON THE LINE GITU

Hebat wife aku ni kan dalam sibuk2 jaga anak, masak, kemas rumah bagai sempat lah juga dia bergosip-gosipan gitu...dengan adik dia tu lah.......



Sambil membasuh pinggan .....................................



Hinggalah ke kerja penyiangan ikan hehehehe lama tu dia on the line.....kekekekeke

Ya la kan dia pun nak update latest news selain dari sibuk menjaga rumah dan anak


Macam berminat jer baca blog tuh.....dia baca jugak tau....tengok gambar je lah.....

TAK BERAPA SIHAT NI HARI

Ha ari ni aku rasa tak berapa sedap badan, mungkin petang semalam aku kena ujan kot, sebab lepas tu kepala macam pening ja sampai la malam tadi..pagi tadi sampai skrg aku asyik lah bersin.

So aku rasa hari ni aku take a rest ja lah, rehat satu hari pastu baru perasan..sejak aku pindah kat Sunway ni belum lagi aku ambik off day utk berehat-rehat kat rumah...cuti weekends tu tak leh kira lah kan. Tapi seperti biasalah orang2 cenonet kat rumah ni tetap mengganggu aku.


Si Diva ni tetap akan interfrem...........

















Farhaneez cuba untuk bermain gitar tuh................


















Penemuan baru oleh Farhaneez .....bermain ditangga........ bahaya-bahaya........


Tidor la juga akhirnya Farhaneez.....penat main tangga la tuh..................

Sempat jer wife aku snap gambar aku...nih

TAKDA AKTIVITI MENARIK DUA TIGA HARI NI

Aku takda lah aktiviti yang menarik dua tiga hari ni, sibuk sikit la kat ofis/warehouse tu.

Malam ni tadi aku lepak jer lah kat Kampung Baru makan char kuey tiaw, boleh tahan la jugak.

Seperti biasa aku lepak ngan Wan, Suhaimy and Farid.....



Ni lah dia Encik Norezuan (French Connection)..



Suhaimy and Mr. Fred (Farid)


FARHANEEZ DAH MULA BERJALAN

Anak aku yang bungsu tu Siti NurFarhaneez dah mula menapak sikit2, peh nampak gaya lagi lasak dia dari Farhana

Kunun2 wife aku nak belanja makan semalam kat OLD TOWN White coffee, pergi lah jugak tu tapi besilat-silat bagai..menjaga si Farhaneez, dia tak maunya duduk kat meja makan tu. Makanan kat situ boleh lah tahan, tapi kena buat rotation lah pulak menjaga s Farhaneez dia nak main kat luar je.




















Tengok lah tu dah nampak wajah kenakalan dia tu.....























Terhegeh-hegeh lah aku melayan si Farhanezzz nih.





AMPANG PUTERI..


Petang ni aku ke Ampang Puteri Specialist Hospital melawat makcik aku yang baru je operation. Masaalah usus katanya ...sebelum ni dia tak boleh makan..bila makan semuanya keluar balik..sebenarnya doktor tak leh nak detect sakit apa pun tu..yang heran tak makan pun boleh muntah juga.....





















Aku ambik gambar ni pun curi-curi ja kot marah lah pulak makcik aku tu kan......

HANCOCK DI MBO GALAXY-AMPANG

Tengok wayang lagi...kali ni Hancock pulak.....aku tak leh tengok sekali mesti nak tengok selalu



Sorang tu muka serius jer lagi sorang excited ...hehehe














Abang Alif Farhan ni da boleh harap dah kalau mintak beli apa2 tu...........................



Amboi seksinya anak dara nih..........................



Sempat lagi suruh Farhana berposing sebelum masuk dalam panggung..

















Macam ni lah rupanya orang 1st time masuk panggung wayang.....Hehehe yang kelakarnya half way movie tu dia nak gi weeeweee lah pulak nasib baik ada awek jaga tiket kat depan tu...so aku mintak lah tolong dia bawak ke ladies.....

















Habis tengok wayang posing lagi dalam kereta........

HUJUNG MINGGU NI AKU KEMARUK TENGOK WAYANG

Hahahaha, pagi2 Farhan dah baca blog aku....dia tengok aku macam yoyo jer tengok wayang dengan Uncle Asan dia....terus ja tanya aku bila nak bawak dia....sian dia ok lah aku akan bawak dia tengok Hancock....aku pun nak try bawa Farhana.......

WANTED-MBO GALAXY AMPANG

Boleh tahan lah cerita Wanted ni tak lah best sangat, sebab ada Angelina Jolie tu yang nak tengok sangat tu....sebenarnya aku nak tengok Hancock tapi Asan dah tengok pulak.

Dan yang paling tak bestnya aku lupa la pakai cermin mata.....so macam tak puas jer lah nengok nya hemhhhhhh.......


Tak dapat tengok dapat ambik gambar sebelah poster pun jadilah...



Peh sejak kebelakangan ni, bro ni pandai lah bergaya..........ada iras2 Hancock tu....

Bergambar lah jugak kat poster Wanted ni ..........................



Lepas habis wayang termenung lah dibuatnya.....perut lapar......dua2 merenung menu kat dinding kedai mamak tu....


Last2 minum je lah dah pukul 2 pagi dah pun.........................................

WANTED-AKU HARI NI LAYAN MOVIE NIH

Yes....malam nih aku ngan asan nak melayan WANTED ........



Aku pergi ngan Asan cousin aku tuh....ingat nak bawak Farhan....rasa tak sesuai je crita ni utk budak2....

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih