family

family

MUHAMMAD ALIF FARHAN

Anak bujang aku ni akan menjangkau ke 12 tahun bulan Disember ni, tapi perawakan dia tak seperti budak 12 tahun. Dia dah tinggi dari aku, seorang yang pendiam tak banyak bercakap senyap jer orangnya, hari ni baru aku tahu sebenarnya dia ni berjiwa sensitif rupanya.

Disebabkan jarak umur dia dan adiknya Farhana tu 8 tahun, so memanglah segala salah adik2 nya tu ditransferkan kepada dia..All this while dia tak pernah merungut bila dimarahi..satu perangai baik dia tak pernah menjawab bila ditegur..

Hari ni aku tak tahu apalah angin wife aku abis lah diamuknya si Farhan...dari apa yang aku dengar si Farhan tak makan malam lagi...rupanya dia nak menunggu semua orang makan bersama. Mungkin cara wife aku sound dia tu agak keras sikit la.

Aku jadi sedih bila tengok dia makan sambil menangis, dia seorang yang kalau makan memanglah berselera betul tapi disebabkan kena marah tu dia hilang selera...

Aku kunun2 bapak yang hebat ni pun memujuk lah dia cakap perlahan-lahan ngan dia jangan bagi ibu marah..sebab ibu penat duduk rumah jaga adik2 semua so dia dengarlah cakap aku..

Aku suruh dia naik bilik terus baca buku ke apa yang patut..Sebenarnya dia ni kira budak yang good behave la juga cuma mungkin lately ni dia rasa macam terasing kot.

Farhan......dont worry sayang sebenarnya Ayah dan Ibu memang sayang kan Farhan yang penting Farhan ikut je cakap Ayah dan Ibu ye.....jangan lah bersedih lagi ok



Farhan.....budak yang poyo...dah sama besar dengan Ayah dah tu.......................................


AKU DAH TERBIASA DENGAN HARI AHAD

Dah lebih 4 tahun aku tak merasa berhari Ahad..Masa tu aku menjaga TUKUL retail outlet aku di Bandar Baru Ampang...Setelah aku menukar opereasi TUKUL Retail kepada TUKUL sekarang ni (wholesale) baru lah aku dapat merasakan nikmat hari Ahad tu balik.

Pagi lagi aku dah settle..and haaaa pagi lagi aku dah ber SKYPE dengan CIK PUAN MANIS, share ler apa2 experience ngan dia (haaa dia pun nak jadi tokey tau) sambil tunggu Puan Farida menggoreng nasi untuk breakfast.

Lepas sarapan apa lagi aku and anak-anak melengkau lah depan TV, Puan Farida masih kat dapur masak pulak untuk lunch...
Haaaaa...masa ni lah aku kena lanyak dengan anak-anak aku si Farhan macam ready jer lah nak men"snap"kan gambar aku ni.

Lepas makan tengahari..bergegaslah pulak aku dengan Farhana mencari basikal dia....dah berjanji dengan dia so mau 20 kali asyiklah menanya aku bila nak beli basikal...dah lah volume suara dia tu treble lebih....


Ha tengok lah muka anak dara ni...senyum jer bila dah dapat basikal dia tu, bila dah dapat asyik lah mengajak balik..tak sempat lah aku nak mencari barang lain.



Bergaya lah si Farhana dengan basikalnya itu dah besar dah dia tu...kejap ja dah besar anak aku ni....

FARHANA SURPRISE BIRTHDAY PARTY

Farhana dah 4 tahun dah rupanya....kejap jer masa berlalu...sebenarnya birthday dia 6th July (Ahad) ni. Tapi adik ipar aku dah hantar birthday cake kat dia in advance satu hari lebih awal. Kebetulan pulak ayah/ibu mertua aku ada kat KL hari ni so dia singgah lah tadi bersama adik Ida Maznah (dgn anak dia..Melisa and Melina). Sayangnya aku tak da rumah masa tu belum balik lagi dari kerja so aku sampai rumah..makan kek je lah.



Simple jer la kan tapi janji dia happy, aku kira besok nak bawak dia beli basikal dah lama dia mintak dari aku.....



HAPPY BIRTHDAY SAYANG - FROM AYAH........

AKU TERJUMPALAH PULAK GAMBAR LAMA

Dalam aku boring2 duduk sorang2 sambil menonton tv and mengadap laptop ni aku pun menggeledah lah gambar lama aku hehehehe rasa cam gonjeng jer masa ni wife aku baru jer pregnant kan si Farhana dalam 2, 3 bulan kot kalau tak silap...dan jangan terkejut masa ni si Farhan hero aku tu tembam ler sesangat.


Masa ni aku nampak gonjeng betul maklumlah rambut camtu hehehehehehe


Tu dia farhan 4 tahun lepas tembam betul dia kan masa ni aku suka betul menggomol dia

TECHNOPRENUER ACADEMY PROGRAM

Haaaa...jangan tak tau...partner aku Suhaimy sekarang dah jadi trainer untuk TECHPRENUER ACADEMY PROGRAM..(TAP).

Kerja dia memberi taklimat (talk) kepada graduan2, bakal2 usahawan dan usahawan yang dipilih oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MDEC) dlm program TAP ni.

















Ni lah dia "student" Suhaimi di Kedah dan Johor.

SEKEJAP SAHAJA DI BUKIT TINGGI BUT MANY THINGS RESOLVED

Aku balik dah dari Bukit Tinggi, cuma spend 1 day jer..kat sana dengan partner2 aku. Kira bagus juga lah byk benda yang dibincangkan dari operation TUKUL hinggalah ke next plan of TUKUL.

Sambil menghirup udara bersih kat sana..(dah tak berapa sejuk dah).
















Suasana kehijauan camni dapatlah merelaks kan kepala dan mata .


Sampai2 jer masing melepak lah dulu sambil menonton tv yang cerita tak pun best...tapi rasa mcm best jer...



Sebelum dinner aku, Azhar n Suhaimy, jalan-jalan cari makan lah kat Colmar Tropicale tu takda org pun di tengah2 minggu ni.

Tak tau lah apa nak dinner...kita makan Pizza jer lah dengan beberapa side order kat situ.


Cheeewaah sambil makan kita dihiburkan oleh mamat2 and minah2 Philipino ni sedap betul suara diorang nih........

TUKUL UNOFFICIAL AMBASSADOR

Ni la dia Duta kecil TUKUL













1ST DAY OF JULY 2008

Macam post aku yang lepas kununnya nak lepak kat rumah ada fenin-fenin lalat..tapi gi opis meriah je kat sana...maklum ada dua staff dalam perancangan nak buat staff loan so nampak lah semangat je kerja2 diorang hehehe....



Cheeeewah rajin betul tu menyapu..Dean nama dia dah 5 tahun dah bekerja dengan aku...



Salah seorang salesman aku En Rosli....bagus2 buat lagi sale banyak2 ye.................




Boss-boss TUKUL yang sedang bertungkus lumus buat kerja ni...(yes besok kita brainstorming di Bukit Tinggi).....

PENING-PENING LALAT LAH PULAK

Pagi ni aku bangun jer ada rasa pening2 lalat lah pulak, konon nak lah berehat satu hari kat rumah ni hari....hemmhhh haghamm......dua orang kecik kat rumah tu memberontak pulak lah kat aku..asyik lah tanya napa aku tak gi kerja....langsung la bangun siap2....sempat lah makan tengahari kat rumah dulu peh....bukan selalu dapat lunch tengahari kat rumah tu......

Tapi tak lah sempat aku mengambil gambar muka2 orang2 kecik yang kacau aku tido tu..

TUKUL SETIAWANGSA, INSYAALLAH KALAU ADA REZEKI

Tadi malam aku n Suhaimy pergi melawat kedai kawan aku Rosmaini aka Busu. Sebenarnya dia dalam perancangan umtuk menukar konsep kedainya kepada konsep TUKUL. So aku buat lah sedikit perbincangan dengan Busu...and aku adalah snap sikit gambar kedai dia.


Kedai ni cantik susunannya dan bersih..setuju sangat kalau jadi TUKUL



Kemas je kan kedai ni....



Ini lah Tokey kedai tu En Rosmaini@Busu





PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih