Sebenarnya aku ni tak berapa tahu sangat makanan sihat atau orang kata "healthy food" ni...cara aku mengawal makanan seharian hanya dengan mengurangkan makanan yang berlemak sahaja...dan kurangkan nasi yang lain-lain aku belasah aja...Kebelakangan ni aku dah tersuka pulak makanan bersup-sup macam orang puteh ni...mushroom soup dan salad bersama sos thousand island.
Kalau sapa-sapa yang biasa lepak kat Wangsa Walk...mesti pernah terserempak dengan kedai ni...
Kat sini segala jenis sup ada dijual dan yang paling aku suka...sup in the bread.....atau orang kita kata sup dalam roti....betul memang sup tu di letakkan dalam mangkik yang dibentuk macam mangkuk....katanya konsep bisnes ni datang dari German......
Kan betul tak mangkuk tu buat dari roti menarikkan..supnya pun sodap.....
Cara makannya...kita potong je mangkuk roti tu sikit-sikit, perlahan-lahan sup dalam tu akan melimpah dalam pinggan tu...wah...aku sendiri tengok gambar ni rasa lapar balik dah.
Sambil makan roti dengan sup tu....boleh lah berulamkan salad ni boleh tahan la cuma aku tak tahan masam sangat sos nya tu......
Selamat mencuba........
No comments:
Post a Comment