family
SUDAH SAMPAI MASA
Apa sudah jadi...kau akan "off" dengan sendiri setiap 10 minit....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
HUJAN....
Hujan rahmat di pagi Jumaat mewujudkan suasana dingin dan nyaman....mungkin ada yang terseksa di dalam kesesakkan jalan raya...diwaktu begini...bersabarlah..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
GAMBAR YANG TAK SENGAJA DI "SNAP"
Agak tidak menghampakan gambar yang diambil menggunakan Samsung Galaxy Tab 10.1 ni........
Published with Blogger-droid v2.0.10
ANAK-ANAK, REZEKI DAN CAHAYA KEBAHAGIAN SESUATU KELUARGA
Anak-anak mendatangkan kebahagian kepada sesuatu keluarga, mereka menambah seri kan sebuah keluarga, menghairankan terdapat ibubapa yang membiarkan anak-anak hidup terbiar dan didera...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
HANYA GAMBAR SEBAGAI PENGGANTI 1001 CERITA
Pandangan seorang gadis kecil bernama Farhana
Senyuman
Pandai bergaya
Fahaneez....si bongsu
Dari sisi...
baru saja melelapkan mata
Dia jarang mahu digambarkan....
BERMULA DENGAN YANG BARU
Apakhabar semua, sekian lama blog ni agak sunyi, tidak dikemaskini, berbagai peristiwa pahit manis yang berlaku sejak August 2012 sehingga lah ke akhir tahun 2012. Alhamdulillah semuanya telah pun menjadi kenangan pada aku...sama ada ianya baik atau buruk, aku masih teruskan kehidupan ini.
Blog ni juga akan aku tukarkan namanya kepada nama yang lain, setelah aku tidak lagi tinggal di 30 Jalan F3. Bermula tahun 2013 seperti ada sinar harapan untuk aku sekeluarga Alhamdulillah...semuga nya berjalan lancar. Genap 23 Januari yang lepas merupakan genap 20 tahun perkahwinan ku dengan Cik Puan ku Faridah..yang mana selama 20 tahun perkahwinan ini, kasih sayang nya masih sama seperti dulu tiada kurangnya dan yang paling aku banggakan kesetian beliau disisi aku diwaktu susah senang.
20 tahun yang lepas
Hanya sebiji kek untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke 20.
Siti NurFarhaneez sudah menjangkau umur ke 6 tahun....rindu kepada suara kanak-kanak sudah mula melanda aku dan isteri, Cik Puan tidak lagi boleh melahirkan anak atas faktor umur dan kesihatan, maka terlintas di fikiran untuk mendapatkan seorang anak angkat. Tapi bukan lah semudah itu untuk mendapat kan seorang anak angkat. Keinginan kami diperkenankan oleh Allah SWT tapi bukan mendapat anak angkat tapi jiran kami menginginkan kami menjaga anak kesayang mereka. Jadilah ianya tetap menggembirakan aku sekeluarga, kebetulan pula Farhan, Farhana dan Farhaneez amat menyukai kanak-kanak. Jadi 'Baby siiter' Cik Puan...pagi dia di hantar ke rumah kami petang ibubapanya pulang dari pejabat, pulang lah semula si kecil tu ke pangkuan papa dan mamanya.
NUREEN IRDINA KHADIJAH nama saya....
Comel kan saya
Renungannya buat aku nak balik rumah peluk si kecil ni....
PESONA VILLA
Untuk pengetahuan semua, aku tidak lagi tinggal di No 3 Jalan F3.....sudah berpindah.....dok apartment....kenapa kalau ada kesempatan akan aku ceritakan.
Published with Blogger-droid v2.0.9
Redup Hati
Cuba untuk mengemaskinikan blog yang tak seberapa ini. Hati masih terasa sayu sedih setelah permegian ayah tersayang Allahyarham Hj Zainal bin Emin pada 18th September yang lepas semuga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Setelah 8 tahun beliau berperang dengan sakitnya beulang alik ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. Dan selama itu aku turut ber sama beliau dan menghembus nafasnua yang terakhir di rumah aku...aku redha dengan ketentuan. Sekarang aku merindu....
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.
Terima kasih









