family

family

PERGI BALIK, PERGI BALIK

Pergi balik saja aku hari ni untuk menyelesaikan hal bantuan perubatan ayah aku diantara Hospital Besar Kuala Lumpur dan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM.....awalnya mengambil sebut harga ubat dari Doktor Pakar di Onkologi dan Radioterapi Dept.  terus bergegas ke Maju Junction (ofis Veteran disitu).....sampai disitu, Encik kena ke HKL untuk mendapatkan surat recommendation dari doktor pakar dahulu.......uihhhh.....senyum kambing saja aku menahan marah.......

Nasib la teppanyaki ini meredakan kemarahan aku....Alhamdulillah.......

VIVA HOME SHOPPING MALL

Hujung minggu yang sebenarnya, tak tau mana nak kemana......teringat aku satu shopping mall yang dulu namanya Plaza UE3 betul-betul letaknya di Jalan Loke Yew, berhadapan dengan Flat Taman Miharja.  Sekarang namanya Viva Home Shopping Mall.

15 tahun dulu sebelum aku pindah ke TmnMelawati ni aku tinggal di Taman Miharja.  Memang dah biasa la aku disitu.  Tapi shopping Mall tu dah hebat....dah jadi shopping mall yang menjual segala peralatan rumah dari hardware, keperluan dapur sehinggalah ke perabut.  Tak sempat nak ambik gambar semua tapi aku suka ke situ.

Kebanyakkan barangan disini adalah barangan keperluan rumah...baju-baju, handbag ke, kasut ke tak da rasanya.

Food Court....boleh la menarik diorang design kopitiam punya konsep.

Tengah2 walk way dia banyak push cart stall...

Tak lupa juga ada satu family yang tak beli barang tapi sibuk dok bergambar saja....



NEW TOY

Dah lama teringin nak benda ni........dapat juga akhirnya.......

ABAH...AYAH...BAPAK...DADDY...WALID....

Macam-macam panggilan untuk seorang bapa...macam tajuk entry ni lah...sebenarnya lari tajuk dari isi entry ni..

Bapa aku sekarang dalam keadaan yang kurang sihat dari kesihatannya setelah doktor mengesahkan ada sejenis ketumbuhan seperti kanser yang dipanggil GIST di usus dan hatinya...sejak dia mengidap sakit tu sudah tiga pembedahan telah dilakukan sejak tahun 2006.  Setahun yang lepas sudah nampak perubahan setelah diberikan sejenis ubat yang diberi nama Glivec...nasib baik juga bapa aku bekas angkatan tentera maka beliau dapat bantuan dati Jabatan Hal Ehwal Veteran Atm...kerana kos ubat tersebut agak mahal.

Sekarang keadaannya balik kepada asal dan doktor mencadangkan untuk menambahkan dos pengambilan ubat tersebut...

Disebabkan penyakit itu beliau tiada selera makan dan sudah hampir 3 minggu segala apa yang di hidangkan cuma sesuap dua sahaja yang mampu dimasukkan kedalam mulut.  Semakin kurus sudah dia sekarang...dan itu menyebabkan beliau kurang tenaga untuk bergerak,

Apakah yang boleh membuatkan beliau berselera semula setidak-tidaknya untuk beliau mendapatkan tenaga.


APA SUDA JADI????? TOLONG JAWAB ENCIK DIGI

Incheekkk kenapa...dari petang sampai tengah malam ni line taraaakkkkk SOS je kat phone.......Incheekkk sila jawab Incheeekkkkk........

AKU BARU TAU

Rupanya bebudak nak masuk darjah satu kena daftar secara online saja...katanya dah lama pun benda ni cuma aku baru je tau...aku fikir sekolah sebelah rumah je maka senang je la nak daftar2......

PAGI HUJAN SEKARANG MENTARI CERAH KEMBALI


Pagi Selasa 10 Apr 2012, hujan kan di KL ni...tapi sekarang sewaktu blog ini di'update' tepat pukul 10 sudah cerah semula....panas terik......

PENGALAMAN BARU

Baru-baru ini di Trengganu di dua buah tempat sebenarnya....Kompleks Sukan Negeri Gong Badak (6hb Mac 2012) dan di Besut (14hb Mac 2012) Kumpulan Wali Band dari Indonesia telah di datangkan kesana oleh kerajaaan Negeri Trengganu.  Secara tak sengaja aku telah terbabit secara kecil-kecilan  di situ.....bukan nyanyi sekali dengan diorang...oh tidak...tidak........tapi dapat merasai peluang menyediakan kemudahan pentas sistem bunyi dan cahaya untuk persembahan Wali Band.

Pengalaman baru..


 Pekerja professional yang memulakan kerja sejak pukul 1 pagi sehingga keesokkan hari

Haaaaa....siap dah......

Sound and lighting check.

 Sewaktu konser baru bermula.

Aku lebih teruja dengan sikap professional pekerja-pekerja yang menyiapkan pentas ini dari persembahan Wali Band...

RUPA BARU FARHANA

Dia asyik memujuk supaya rambutnya dipotong pendek.....sayang sebenarnya aku suka dia berambut panjang..


Sebelum rambutnya dipotong

Sewaktu dipotong

Sesudah dipotong

TUTUP KERISAUAN DENGAN KESIBUKAN

Agak merisaukan juga dengan beberapa perkara...yang terpaksa dihadapi.......tapi dengan kesibukan dengan tugas harian dapat lah aku melupakan seketika segala permasaalahan. Hidup mesti diteruskan selagi nyawa dikandung badan......

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih