family

family

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..........LALALALALA

15hb Mac 1969, seorang bayi lelaki yang comel telah dilahirkan di Sg Mati, Muar, Johor......lelaki ni dibesarkan di beberapa negeri di Malaysia ni....Kuala Lumpur, Taiping dan Kuantan.  Memulakan alam persekolahannya di Kuala Lumpur...Sekolah Rendah St. Gabriel....kemudian berpindah mengikut bapanya bertugas sebagai seorang angkatan tentera...ke Taiping, Perak....selapas 3 tahun dia berpindah semula ke Kuala Lumpur.  Sekolah Menengah di Kuantan Pahang....kena ikut bapanya lagi kesana...sempat melanjutkan pelajarannya di ITM, Manjung.....tapi half way thru aje......

Untuk menghilang kan rasa kecewa tidak dapat segulung diploma di ITM...dia berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kuantan....ingin mencari perkerjaan....malu dia dengan family ....sebab tak dapat meneruskan pelajaran..kerja pertama sebagai seorang cashier cafe kepunyaan bapa saudaranya...selama dua tahun dia bekerja disitu dari tahun 1987-1989....tahun 1989...berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat kewangan...Arab-Malaysian Finance Berhad...(1989-1993) 1993..dia mendirikan rumahtangga ....dan di tahun yang sama dapat rezeki baru berpindah kerja ke Credit Corporation (M) Berhad (CCM) sebagai Money Market Dealer....sesuatu yang luar biasa bagi seseorang yang tidak mempunyai kelulusan yang khusus untuk menjawat jawatan ni....rezeki Allah swt.....tahun 1996 dia mendapat cahaya mata yang pertama...anak lelaki...bekerja di CCM sehingga tahun 2000.....zaman ni zaman bank-bank bergabung.....kemudian dia menyambungkan karier nya di PJB Capital Sdn Bhd pun tak lama juga kerja kat situ...selama setahun aja....tahun 2001....memulakan pekerjaan baru di Segitiga Assets Management Sdn Bhd.....pun tak lama....sampai tahun 2002.

Tahun 2003....dia bersama-sama dengan dua sahabat terjun ke alam perniagaan....perniagaan franchise...Homepower DIY....haaaa....tak berapa berjaya.....tahun 2004...dapat anak seorang lagi...kali ni anak perempuan...perniagaan nya berterusan sehingga sekarang.......maka terlahir lah TUKUL.....tahun 2007 dapat lagi seorang anak perempuan......

Peh panjangnya cerita.....ini sebenarnya cerita pasal aku......aku dah menjangkau umur ke 40 tahun.....dah tua dah ......

Cepatnya masa berlalu....masih banyak yang belum dicapai.....dunia dan akhirat....insyaallah cuba untuk memperbaiki diri.......

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 40........INCHEK ZAIDI.....................................................

OFFICE EXPANSION

Ofice aku dah siap renovationnya...kecil2 lan jer...buat disscusion room and susun2 hal2 wiring jer...dah ada 12 orang dah kat atas ofis nih.......

Bilik discussion yang ala2 comel jer....nak panggil meeting room macam tak cukup besar je...

Kat warehouse bawah kita tambah platform racking.....barang dah berterabur kat bawah tu...maka bila ada racking baru ni....berseri-serilah sikit rupa warehouse ni....

Bertungkus-lumus installer racking ni memasang rack.......


TAG DARI BONDAROCK

Jarang dapat tag2 cam gini.....tengah dok baca blog BONDAROCK ni baru perasan dia ada tag menda2 nih.....cubalah buat yek...

1. SEJAUHMANA ANDA MENGENALI PASANGAN ANDA?

   Hemh dah 16 tahun hidup bersama….rasanya sama dah faham and sama-sama masih mencari lagi      kot

 

2. ANTARA HARTA..RUPA..DAN AGAMA MANA SATU PILIHAN ANDA?

Harta dan Ugama…bila banyak harta secara otomatik Nampak cantik ..rasanya

 

3.KALAU TERPAKSA MEMILIH?PASANGAN ATAU KELUARGA ANDA?

APA PILIHAN ANDA?

Keluarga dulu lah…..mak apak dulu baru pasangan......

 

4.NYATAKAN 'CINTA' DALAM PENGERTIAN ANDA?

Cinta kena praktis and keep cari sesuatu yang baru dia antara pasangan…kalau tak boring….hemh aku boleh lah dikatakan cinta lepas kahwin....

 


TAKDA MODAL ......

Dalam seminggu dia nih....tak berapa aktif lah aku nak mengupdate blog nih....mengejarkan 15th March ni untuk buka TUKUL di Taman Melawati ni....hemh banyak sangkut...kat design tu...tapi takpa kerja ni sekali je...and utk branch yang seterusnya...ikut je lah..TUKUL Taman Melawati jadi pilot store untuk...the new face lift of TUKUL....Insyallah.....

Dalam masa yang sama...aku tengah nak cari masa nak menghantar balik kereta ayah aku kekampung ...tu ari aku mabik kereta tu....dia nak repaint kereta tu....so minggu ni agak terkejar-kejar lah aku........

BROADBAND YANG TERAMAT LEMBABNYA

APASAL LAH BROADBAND MAXIS NI SLOW SUNGGUH.......................................................

CONTOH ADVERT....TUKUL

Contoh advert/teaser TUKUL





KURANG SIHAT

Minggu ni aku dan anak2 semuanya demam....maka...mood pun kureng tapi tetap ke ofis banyak benda nak settle...............

WORK IN PROGRESS

Masih belum diputuskan design TUKUL ni......

Jumaat ni....finalizing the design........

KELAM-KABUT DI OFFICE

Office aku agak kelam kabut........hemh ada renovation sikit.....maklumlah staff dah ramai...maka ada lah sikit......penambahan disana-sini....at the same time....kedai di Taman Melawati pun...tengah renovate pun.....aduh...pening2...

berlumus tungkus di ofis..

Dalam masa yang sama...kedai pun renovation jugak..........

ADIK

Haaaaa....tak pernah aku post muka adik aku kat blog ni kan.....dia datang ngan family dia ke rumah aku last weekend....so riuh rendah lah rumah aku hari tu.......


Nora....atau dikenali dengan mesra dikalangan murid-muridnya Cikgu Nora....heheheh dah cikgu so orang panggil lah cikgu kan......


Mentang2 lah dia cikgu sampai datang rumah aku pun dok check exam murid2 dia....

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih