Mungkin ada yang tertanya-tanya selama ni aku dimana ...dan apa yang aku buat sekarang ni. Sejak February lepas aku di Jaiwan Hardware..tidak lagi aku di Falida Motor....hahahaha jiwa aku masih tetap dengan perniagaan hardware agaknya...setelah TUKUL sudah diserahkan kepada orang lain...cuma TUKUL branding saja ynag masih menjadi hak aku dan partner sehidup semati...aku Suhaimy.
Jaiwan Hardware ini adalah perniagaan keluarga yang sudah hampir 30 tahun sebenarnya. Tapi sejak 10 tahun kebelakangan ini saja perniagaan ini makin berkembang maju. En Norerwan adalah Ketua Pegawai Esekutif yang selama ini mengetuai perniagaan ini dibantu oleh adik beradiknya yang lain...yang membanggakan beliau baru saja berumur 29 tahun dan mengetuai perniagaan ini sejak berumur 18 tahun lagi.
Aku disini ditugaskan untuk mengemaskini kan sistem dan akaun, berdasarkan pengalaman selama aku berada di TUKUL. Jaiwan Hardware ingin dibangunkan sebagai perniagaan Hardware yang berkonsep moden setelah selama ini mereka menjalankan perniagaan secara tradisional. Mereka berjaya membina premis perniagaan sendiri di Jalan Enggang Taman Keramat...dan bangunan itu telah dinamakan Wisma Jaiwan.
Dari masa kesemasa akan aku cerita kan perkembangan Jaiwan Hardware di blog ini..InsyaAllah...
|
Keadaan kaunter di Jaiwan Harware |
|
Antara barangan yang terdapat disini |
|
Khidmat pembancuh cat berkomputer |
|
Barangan hiasan dalaman
|
|
Pelbagai jenis bidai |
|
Wall paper dan lantai.... |
|
Peralatan bilik air |
|
Pelbagai pilihan paip |
|
Kitchen Cabinet...... |