family
BERMULA DENGAN FACEBOOK...
Bermula dari Facebook...dapat lah semua manusia-manusia ini yang sudah bertahun tahun tak berjumpa akhirnya berjaya dikumpulkan oleh seorang wanita yang berhati waja....yang bernama Puan Noraini Abd Wahab. Bersusah payah dia memaksa tokey Cafe di Balai Seni Lukis Negara tu membuka bisnesnya pada hari itu..(28 November 2010).supaya..manusia-manusia yang pernah belajar di sebuah sekolah yang bernama Sekolah Menengah Teknik Kuantan...kira-kira suku abad yang lalu......bertemu semula....
Syed Nasir, Sarina, Maya and NurZaihan@Coogie
Sharim@Anjang. Amaruszatie(seorang penulis terkenal) dan Afendi...
Seorang yang masih hensem(hensem ke????) dan Ahmad Sabri Salam....aku memang cari si Sabri ni dari zaman habis sekolah baru ini hari dapat berjumpa....dialah satu-satunya pelajar dari Sekolah Teknik Kuantan yang menyambung pelajaran ke USM....maka dia sebatang kara ketika itu...
Mohd Idrus bekas headboy..yang mana dia masih mengekalkan ciri-ciri ketua murid datang pakai kot....Mahasan dan Zaidi....ish Zaidi mana pulak ni...
Upacara makan-makan sebelum upacara mengingat cerita lama di mulakan.
Dari zaman sekolah hingga sekarang Shafaizee dapat mengekalkan imej seorang alim...Alhamdulillah.
Inilah dia sebahagian pelajar 4B1/5B1 85/86 Sekolah Menengah Teknik Kuantan
Suasana yang hampir tidak terkawal disebabkan cuba mengumpul seramai mana yang hadir di sessi photoshoot.
Sebagai bahan arkib..nama-nama dibawah ini disimpan untuk mengingati mereka yang pernah bersama-sama hidup bersama selama 2 tahun....di SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN SESSI 85-86
SENARAI NAMA SAHABAT-SAHABAT TI TAHUN 85-86
- Noraini Abd. Wahab (B1)
- Idrus (B1)
- Ahmad Effendi (U)
- Suriati (B1)
- Jafri Rani (M2)
- Amaruszati (B1)
- Kamaruddin@Din Karang (B3)
- Tun Teja @Rose (B2)
- Norhazizi Long (B1)
- Jalilah@Smart Jay (B1)
- Roslan Ismail (B1)
- Mahasan (B1)
- Sabri Salam (U)
- Zaidi Zainal (B1)
- Sharim Mohd Johan (U)
- Zuraidah Abdul Majid (B1)
- Man Gajah@Azman (B3)
- Hasliza@Leeza (B3)
- Noor Zaihan (B1)
- Sarina (B1)
- Zanariah (U)
- Shafaizi Fee(B2)
- Radzuan Ali (M1)
- Anuar Abd. Wahab(B1)
- Rozmie (U)
- Syed Nasir (B3)
- Radzuan Abd. Rahim (P)
- Normahaya Yahya (B2)
- Nu Mohd Mamat (U)
- Ungku Faris (U)
- Syed Mohd. Yusof @Buck
- Benjo
- Ramnah (B1)
- Khairul Fitri@debag (B1)
- Fariza Masood
- Yusran (B1)
- Shahrol@Nick (U)
- Suhaimi (U)
- Rohaizan (B1)
- Muhd. Salmi
- Nublee @Ali Shamsul Bahar
- Romzie @Kuda Pencen
- Rushiden @Rick(fb)
- Azhar Mustafa
- Jailani Johari
- Wan Mustafa
- Wadilis
- Mohd. Dina
- Wan Shafie
- Nizam (B1)
KELAM KABUT DI PAGI SABTU....13 NOVEMBER 2010
Pagi ni..Cik Puan Faridah yang hantar aku ke tempat kerja...dia nak guna kereta. Tapi suasana di Melawati...macam kelam kabut, rupanya masing masing tengah berebut rebut menyiapkan diri untuk menyambut Hari Raya Aidli Adha...hari Rabu ni.
Tapi tak sempat aku...nak snap gambar pasar tani tu ramai benar orangnya..Cuma sempat ambik gambar disini....tempat breakfast aku tiap tiap pagi.....ramai orang hari ni.....
Sini tempat aku breakfast hampir hari hari. Restoran Sri Intan.....boleh tahan jugak la makanannya...orang orang Melawati...or..otai Melawati suka makan kat sini.
INAI DI JARI
Lihatlah kecerian muka dua budak perempuan kecil ni....bila memakai inai..........
Hehehehe pendek pendek je jari tu kan...
BELUM CUBA BELUM TAU..SUDAH CUBA HARI HARI MAU.......
Staff aku dok cakap kat aku pasal Nasi ayam penyet...di melawati ni...katanya sedap...sekali aku cuba..memang sedap...sambal belacannya itu amat lah.....sehingga menjilat jari......seperti biasa orang yang meng "intro"kan menda ni adalah MR TEMPE DE GREAT........
Murah je pun...satu set..RM5.00 je.....
NOSTALGIA DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUANTAN 85 - 86
Dua tahun 1985 dan 1986 adalah satu kenangan yang paling indah dalam hidup aku...ketika itu aku merupakan pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuantan. Aku rasa kenangan sekolah yang paling menarik adalah sewaktu kita belajar di tingkatan 4 dan 5.
HAPPY DEEPAVALI......
Selamat menyambut Hari Deepavali..kepada kaum India merayakan.....mana dia kawan-kawan aku yang berbangsa India ni....lama tak dengar khabar....aku seperti biasa ...kerja la jugak di hari cuti umum ini...dah nama pun kerja sendirikan.....suka hati la......kan....
Anak-anak dirumah pun macam tu lah jugak....aktiviti-aktiviti santai yang selalu dan paling disukai lah yang dibuat...
Bermula dengan Farhan........petang dia main bola di padang....malam pun dia main bola di Playstation...boleh..camtu.....
Dia memang tak suka atau malu sikit nak tunjuk muka dalam blog aku ni...
Tu dia si Farhaneez...satu hari ni dia belasah tengok DVD konsert year end kakak dia si Farhana...sampai hampir keseluruhan show dalam konsert tu dah di hafalnya ....dah pandai berposing...peace lagi...hemh...dah makin bulat la badan dia....
Farhana....macam dah tak sabar nak naik darjah 1....asyik lah bertanya....bila dia nak start naik standard 1...
And lastly.....me....faberet aktiviti...bila santai santai ni.....melengkau atas sofa didepan tv....boleh...sambil diapit oleh budak perempuan ni...
Cik Puan Farida....hemh....dia jarangkan dalam blog ni...nak kena bersiap-siap kalau nak ambil gambar dia....hemh katanya..tengah tak lawa...malas nak posing.....
JOM KITA CUBA CARI DUIT LEBIH MELALUI CHURPCHURP
Kita bukan Ahmad Albab.....dapat harta dalam gua...kita orang biasa, so kena kerja...kerja..kerja..baru dapat wang....so sekarang zaman internet broadband ni kita tak yah jaga kambing..kambing hilang masuk gua...pastu terpaksa berbual dengan jin dalam gua...jin pulak tiba tiba menjerit itu harta Ahmad Albab yang punya..kalau kita ada masalah jantung...mau pengsan keras kat situ.......
Haaa...kambing sudah lari kandang...bagi kita yang takda kepakaran menjaga kambing...kita boleh gunakan internet..untuk mendapatkan extra income....salah satu cara nya.....Churpchurp...bunyi macam nama gula gula je kan.....ChurpChurp adalah adik kepada Nuffnang...alaa...Nuffnang tu yang selalu nampak kat blog blog disana sini, ChurpChurp pulak bagi peluang kat pada pengguna Twitter, di mana kita akan dibayar untuk setiap tweet bagi kempen yang telah di assignedkan. Nampak macam senang la...tapi still lah kena buat kerja...yang nampak senang tu pasal kerja nya dari computer atau handphone je....nak tau lebih lanjut pasal churpchurp ni....cuba pi kat sini......
http://www.churpchurp.com/Tapi sapa sapa yang masih meniaga kambing tu masih boleh terus...berniaga..sambil tu..kita cuba...churpchurp.ni ye......
DUA GADIS PINGITAN
Terima kasih Farini...Farini ni adalah tunang pada Dzul.....Dzul ni pulak adalah owner TUKUL Wangsa Walk Mall....dan Dzul ni dengan aku dah macam adik aku sendiri....dia pulak dah anggap aku macam abang dia. Peh panjangnya mukadimah aku tentang mereka dua orang ni.....
Hujung minggu lepas Farini ada tugas di Cameron Highland....seperti biasa orang yang pergi ke Cameron Highland ni sure...akan bawa pulang buah tangan dari sana kan..paling-paling pun buah strawberry..yang merah menyala tu. Selain dari strawberyy, sayur-sayuran segar....ada satu benda yang comel di belikan khas untuk dua orang perempuan kecil kat rumah ni....payung yang berbentuk buah strawberry...
Comel kan payung-payung ni.....
Hari ni siap berbaju kurung budak perempuan kecil dua orang ni...sebab nak bergaya dengan payung strawberry......
Dua gadis pingitan.......
Thanks Rini for the sourvenior ...mereka happy sangat .....
GAMBAR TV KU SUDAH TINGGAL 3 SUKU SAHAJA
Huhuhuhu....gambar tv aku kat rumah ni...dah tinggal 3 suku...je ....makin hari makin turun sedikit demi sedikit....adoiiii...maklum lah..ni TV LCD ni yang zaman purba punya...alah...yang awal2 dulu punya model....
Tengok tuh.....ada garisan tebal di atas tu....kadang-kadang aku sendiri secara automatik tertunduk-tunduk kononnya...nak senang tengok apa dibawah garisan tu...paling tak best...muka orang nampak separuh....
Nak kena cari tv baru ke?.........huhuhuhuhu
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN
Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.
Terima kasih