family

family

BERMULA DENGAN YANG BARU

Apakhabar semua, sekian lama blog ni agak sunyi, tidak dikemaskini, berbagai peristiwa pahit manis yang berlaku sejak August 2012 sehingga lah ke akhir tahun 2012.  Alhamdulillah semuanya telah pun menjadi kenangan pada aku...sama ada ianya baik atau buruk, aku masih teruskan kehidupan ini.

Blog ni juga akan aku tukarkan namanya kepada nama yang lain, setelah aku tidak lagi tinggal di 30 Jalan F3.  Bermula tahun 2013 seperti ada sinar harapan untuk aku sekeluarga Alhamdulillah...semuga nya berjalan lancar.  Genap 23 Januari yang lepas merupakan genap 20 tahun perkahwinan ku dengan Cik Puan ku Faridah..yang mana selama 20 tahun perkahwinan ini, kasih sayang nya masih sama seperti dulu tiada kurangnya dan yang paling aku banggakan kesetian beliau disisi aku diwaktu susah senang.

20 tahun yang lepas

Hanya sebiji kek untuk meraikan ulang tahun perkahwinan yang ke 20.

Siti NurFarhaneez sudah menjangkau umur ke 6 tahun....rindu kepada suara kanak-kanak sudah mula melanda aku dan isteri, Cik Puan tidak lagi boleh melahirkan anak atas faktor umur dan kesihatan, maka terlintas di fikiran untuk mendapatkan seorang anak angkat. Tapi bukan lah semudah itu untuk mendapat kan seorang anak angkat.  Keinginan kami diperkenankan oleh Allah SWT tapi bukan mendapat anak angkat tapi jiran kami menginginkan kami menjaga anak kesayang mereka.  Jadilah ianya tetap menggembirakan aku sekeluarga, kebetulan pula Farhan, Farhana dan Farhaneez amat menyukai kanak-kanak.  Jadi 'Baby siiter' Cik Puan...pagi dia di hantar ke rumah kami petang ibubapanya pulang dari pejabat, pulang lah semula si kecil tu ke pangkuan papa dan mamanya.

NUREEN IRDINA KHADIJAH nama saya....

Comel kan saya

Renungannya buat aku nak balik rumah peluk si kecil ni....



About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih