family

family

LAGI TENTANG JAIWAN HARDWARE

Kat mana sebenarnya Jaiwan Hardware ni??

boleh nampak tak peta ni?...klik gambar ni dia jadi besar so boleh la nampak

Inilah bangunan premis perniagaan
Senang je nampak bangunan dari tepi jalan...di Jalan Enggang Taman Keramat.

Alamat nya :

JAIWAN HARDWARE SDN BHD
LOT 45 JALAN ENGGANG
TAMAN KERAMAT
KUALA LUMPUR

WEBSITE : www.jaiwan.com (dalam pembikinan)

WEBSITE UNTUK JAIWAN


Dari hujung minggu hingga ke tengah minggu ni agak sibuk melayan mereka yang didalam gambar ini, mereka dari Ezad Designs - menyiapkan website untuk Jaiwan Hardware....

Izzat dan Asswad dari Ezad Design



Photo shooting untuk produk-produk di Jaiwan



Mneyediakan peralatan....pengambaran

JAIWAN HARDWARE.........

Mungkin ada yang tertanya-tanya selama ni aku dimana ...dan apa yang aku buat sekarang ni.  Sejak February lepas aku di Jaiwan Hardware..tidak lagi aku di Falida Motor....hahahaha jiwa aku masih tetap dengan perniagaan hardware agaknya...setelah TUKUL sudah diserahkan kepada orang lain...cuma TUKUL branding saja ynag masih menjadi hak aku dan partner sehidup semati...aku Suhaimy.

Jaiwan Hardware ini adalah perniagaan keluarga yang sudah hampir 30 tahun sebenarnya.  Tapi sejak 10 tahun kebelakangan ini saja perniagaan ini makin berkembang maju.  En Norerwan adalah Ketua Pegawai Esekutif yang selama ini mengetuai perniagaan ini dibantu oleh adik beradiknya yang lain...yang membanggakan beliau baru saja berumur 29 tahun dan mengetuai perniagaan ini sejak berumur 18 tahun lagi.

Aku disini ditugaskan untuk mengemaskini kan sistem dan akaun, berdasarkan pengalaman selama aku berada di TUKUL.  Jaiwan Hardware ingin dibangunkan sebagai perniagaan Hardware yang berkonsep moden setelah selama ini mereka menjalankan perniagaan secara tradisional.  Mereka berjaya membina premis perniagaan sendiri di Jalan Enggang Taman Keramat...dan bangunan itu telah dinamakan Wisma Jaiwan.

Dari masa kesemasa akan aku cerita kan perkembangan Jaiwan Hardware di blog ini..InsyaAllah...

Keadaan kaunter di Jaiwan Harware

Antara barangan yang terdapat disini
Khidmat pembancuh cat berkomputer
Barangan hiasan dalaman
Pelbagai jenis bidai
Wall paper dan lantai....
Peralatan bilik air
Pelbagai pilihan paip 
Kitchen Cabinet......




BULAN TERANG PADA MALAM MINGGU LEPAS

Katanya,malam tu bulan mengambang.......cuba snap gambar.......


Published with Blogger-droid v2.0.4

BEREHAT SEBENTAR


Hari ni hari routine check up ayah aku.....selepas membawa beliau ke Hospital Kuala Lumpur aku terus ke Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM....ada dokumen bantuan perubatan yang perlu dibereskan.......berehat sambil makan tengahari sebentar...sebelum aku meneruskan tugas......

Published with Blogger-droid v2.0.4

BANGI KOPITIAM TMN MELAWATI BERTUKAR KEPADA......MUHIBBAH KOPITIAM


Dah banyak nama tempat makan ni....bermula dengan Bangi Kopitiam, Restoran D' Sutra.....sekarang Muhibbah Kopitiam pulak.....semuga berjaya....

Published with Blogger-droid v2.0.4

About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih