family

family

JAIWAN HARDWARE.........

Mungkin ada yang tertanya-tanya selama ni aku dimana ...dan apa yang aku buat sekarang ni.  Sejak February lepas aku di Jaiwan Hardware..tidak lagi aku di Falida Motor....hahahaha jiwa aku masih tetap dengan perniagaan hardware agaknya...setelah TUKUL sudah diserahkan kepada orang lain...cuma TUKUL branding saja ynag masih menjadi hak aku dan partner sehidup semati...aku Suhaimy.

Jaiwan Hardware ini adalah perniagaan keluarga yang sudah hampir 30 tahun sebenarnya.  Tapi sejak 10 tahun kebelakangan ini saja perniagaan ini makin berkembang maju.  En Norerwan adalah Ketua Pegawai Esekutif yang selama ini mengetuai perniagaan ini dibantu oleh adik beradiknya yang lain...yang membanggakan beliau baru saja berumur 29 tahun dan mengetuai perniagaan ini sejak berumur 18 tahun lagi.

Aku disini ditugaskan untuk mengemaskini kan sistem dan akaun, berdasarkan pengalaman selama aku berada di TUKUL.  Jaiwan Hardware ingin dibangunkan sebagai perniagaan Hardware yang berkonsep moden setelah selama ini mereka menjalankan perniagaan secara tradisional.  Mereka berjaya membina premis perniagaan sendiri di Jalan Enggang Taman Keramat...dan bangunan itu telah dinamakan Wisma Jaiwan.

Dari masa kesemasa akan aku cerita kan perkembangan Jaiwan Hardware di blog ini..InsyaAllah...

Keadaan kaunter di Jaiwan Harware

Antara barangan yang terdapat disini
Khidmat pembancuh cat berkomputer
Barangan hiasan dalaman
Pelbagai jenis bidai
Wall paper dan lantai....
Peralatan bilik air
Pelbagai pilihan paip 
Kitchen Cabinet......




No comments:

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih