family

family

ABAH...AYAH...BAPAK...DADDY...WALID....

Macam-macam panggilan untuk seorang bapa...macam tajuk entry ni lah...sebenarnya lari tajuk dari isi entry ni..

Bapa aku sekarang dalam keadaan yang kurang sihat dari kesihatannya setelah doktor mengesahkan ada sejenis ketumbuhan seperti kanser yang dipanggil GIST di usus dan hatinya...sejak dia mengidap sakit tu sudah tiga pembedahan telah dilakukan sejak tahun 2006.  Setahun yang lepas sudah nampak perubahan setelah diberikan sejenis ubat yang diberi nama Glivec...nasib baik juga bapa aku bekas angkatan tentera maka beliau dapat bantuan dati Jabatan Hal Ehwal Veteran Atm...kerana kos ubat tersebut agak mahal.

Sekarang keadaannya balik kepada asal dan doktor mencadangkan untuk menambahkan dos pengambilan ubat tersebut...

Disebabkan penyakit itu beliau tiada selera makan dan sudah hampir 3 minggu segala apa yang di hidangkan cuma sesuap dua sahaja yang mampu dimasukkan kedalam mulut.  Semakin kurus sudah dia sekarang...dan itu menyebabkan beliau kurang tenaga untuk bergerak,

Apakah yang boleh membuatkan beliau berselera semula setidak-tidaknya untuk beliau mendapatkan tenaga.


No comments:

About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih