family

family

MINGGU LEPAS YANG KURANG SIHAT...TAPI SEKARANG DAH OK

Dari Jumaat lepas membawa ke hari Ahad aku tak berapa sihat kena demam yang kejapnya ok kejapnya tidak..
Ditambahnya lagi TUKUL Wangsa Walk ada dibuat beberapa perubahan yang secara ringkasnya agak besar...dari susunan barangnya....pilihan barang-barangnya hinggalah ke peringkat pengurusan....

Hahaha sebenarnya bercampur baur perasaan tapi itulah adat orang berniaga...ada ...apa-apa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya.  Selagi ada tenaga aku akan teruskan perjuangan TUKUL ni....rasanya kali ni ada impact yang besar kerana aku bekerja dengan orang-orang yang mempunyai tenaga dan kebijaksanaan dua kali ganda dari aku....kita tunggu saja lagi beberapa bulan yang mendatang ni akan dilihat beberapa perubahan di TUKUL.

Berbalik pada cerita aku ....sambil mengemaskini blog ni sambil berulang alik ke tandas aku ni...adoi....salah makan la ni....






60% SIAP PROSES UBAH RUPA

Masih ada 40% lagi...
Sent from my BlackBerry® smartphone

MINGGU NI KURANG SIHAT SIKIT

Sejak dari hari Khamis lepas aku tak berapa sihat, mungkin aku alah pada abuk, ada melakukan proses pengubahsuaian susun atur di TUKUL Wangsa Walk.

Kebelakangan ni aku selalu mengalami demam yang panas nya dari dalam , maka segala sendi-sendi menjadi sakit-sakit dan berbisa. Sepatutnya pagi ni (Ahad) aku ada tugas yang patut dilakukan di Universiti Malaysia Trengganu.

Ok pada semua yang bekerja diucapkan selamat bertugas sesiapa yang off day selamat berhujung minggu...
Sent from my BlackBerry® smartphone

PROSES PENUKARAN IMEJ TUKUL WANGSA WALK

Tukul Wangsa Walk sedang dalam proses menukarkan imej kepada imej yang lebih santai dan "customer friendly".
Sent from my BlackBerry® smartphone

APA YANG NAK AKU LUAHKAN DISINI

Rasa sedih....sedih teramat sangat...tiba-tiba....faktor usia mungkin....banyak kesedihan tapi disimpan sahaja dalam hati...tak pernah pun aku luah kan di facebook, twitter atau blog ni.....tak pandai aku nak buat cerita sedih.  
Kebelakangan ni aku mudah terasa sensitf sangat....tapi seperti biasa semuanya aku simpan sahaja...kurang kan bercakap aku rasa lebih baik....
Farhana ada mengadu pada Cik Puan Farida...katanya...dah dua hari dia tak jumpa aku..."kakak rindu ayah"...masa tu aku tengah dinner dgn Cik Puan Farida tak tertelan nasi tu....rasa nak menangis tapi lelaki ni ego lebih kan..... kontrol je lah....benda-benda macam ni buat aku bertambah sedih.......

Akhirnya, terluah juga perasaan aku diblog ini.....ialah mana lagi nak meluah.....

ADA SESIAPA YANG BERMINAT DENGAN ARNAB........

My family friend...Fikri adalah peminat arnab secara tiba-tiba setelah arnab kakaknya Farini tiba-tiba dijumpai mati tiba-tiba seperti dibunuh....bermula dengan dua ekor sekarang arnab-arnabnya sudah berekor-ekor....terus buat bisnes menjual arnab....


Geram jugak aku tengok ......

Comelkan arnab ni...aku sendiri 1st time tengok arnab rupa macam ni....




Sesiapa yang berminat nak memiliki arnab-arnab yang comel-comel ni boleh lah terjah blog BUNNY FRIEND ni......

SUSUN ATUR BARU DI TUKUL

"Work in progress" soon we will introduce new product in TUKUL.


Sent from my BlackBerry® smartphone

SENAMAN JOGET-JOGET NI APA NAMANYA

Aku saja dok berjalan-jalan di Subang Parade lepas aku pi briefing kat PKNS di Section 13 Shah Alam dah bertahun-tahun aku tak jejak ke sini last sekali 10 tahun lepas rasanya...

Seronok dok tengok kat tengah-tengah foyer tu diorang dok menari ramai-ramai, ada Celebrity Fitness kat sini...senaman beramai-ramai ....hahh...rasa nak joint je...


Sent from my BlackBe
rry® smartphone

KOMEN DARI PEMBACA SETIA BLOG INI...KOMEN SECARA LISAN.....

Cik puan Farida adalah seorang pembaca tegar blog ini...iyalah.laki dianya belog..kan maka kenalah dia bacakan...hehehe memang dia minat baca belog ni..cuma buat dia terkesima sedikit apabila ada sepasang mata yang macam tengah ngintai dia...ka tepi blog tu......buat dia rasa macam terganggu...


Tu haaaa gambor Mr Bean tu cukuplah nyampah dia tengok...dia suruh aku remove kan je....hehehehe tapi aku suka mamat tu ada kat situ......

SENJA NI HUJAN LEBAT....LAYAN BACA BLOG

Hujan agak lebat senja ni...tak tau apa nak buat mereka melayan blog ni ....BLOG SERIUS....www.blogserius.blogspot.com




Sent from my BlackBerry® smartphone

MINAH REMPIT?

Activity merempit di kawasan porch.....


Sent from my BlackBerry® smartphone

ACCOUNTING SYSTEM

Dari pagi tadi aku dok mengerjakan benda ni...accounting system ....hahahaha buat akaun yerr awokk.....



Sent from my BlackBerry® smartphone

RINDU......


Kebelakangan ni aku rindu sangat budak dua orang ni.....



Sent from my BlackBerry® smartphone

UNTUK PEMINAT AKADEMI FANTASIA

Sesiapa yang minat gila kat rancangan realiti AF ni boleh la download program ni kat phone Blackberry anda...saya jumpa program ni pun kat @klubbkiddkl di twitternya...




Sent from my BlackBerry® smartphone

LAST ....PASTU POTONG PENDEK

Aku nak simpan balik rambut aku bagi panjang....jadi macam mat rock kapak....yang benor dak lah rock sangat pun saja suka berambut panjang...dua tahun lepas memang aku ni berambut panjang and dekat 10 tahun gak aku dok simpan ..on and off kejap panjang kejap kontot...mulanya jadi camtu bila aku dah berhenti kerja dgn bank....

Haaa sekarang dah leh ikat walaupun secotet.....jer....Cik Puan Farida suka aku berambut panjang...yeahhhh you rock la babe mmmuaaaahhh

Sent from my BlackBerry® smartphone

MALAM NI BETTER THAN YESTERDAY

Kenapa nak tau...semalam pukul 4 pagi aku masih tercongok dok depan TV...ni hari pukul 2.30 dah landing atas katil.....ni kira entry sebelum tidor la ni....ok geng...selamat berehat...


Sent from my BlackBerry® smartphone

HUJAN LEBAT TENGAHARI NI..

Eksyen aku mentang-mentang dah tau camana nak post entry thru blackberry ni maka..gatal lah tangan aku mengupdate apa yang terlintas...lepas lunch tadi hujan turun dengan lebat beserta kilat sabung menyabung....peh....

Bagus gak...sejuk sikit rasa suasana selepas berhari-hari cuaca agak panas ...Alhamdulillah...
Sent from my BlackBerry® smartphone

MAKAN SUBWAY DENGAN MAKCIK NI...

Tak tau nak makan apa...post Kat FB...nak makan apa...ada yang menjawab...hehehe kawan blogger yang dok kerja depan TUKUL ni ajak pi SUBWAY....
Sent from my BlackBerry® smartphone

PERMULAAN HARI PERTAMA YANG AGAK PERLAHAN

Setelah malamnya susah nak tido maka di hari esoknya akan berasa amatlah letihnya...hari ni dok ngadap pc sebab ada kertas kerja yang perlu disiapkan...

Dah bersarapan tadi pagi....sekarang dah lapar balik....mana nak lunch ni....
Sent from my BlackBerry® smartphone

KUMPULAN BAJU HITAM.....

Malam Ahad lepas...cuaca agak panas walaupun hujan renyai-renyai...malam tu jugak aku ada hal nak jumpa ngan partner-partner TUKUL ada menda nak dibincangkan...maka melepak la aku kat tembok depan rumah dengan dua manusia kecil tu...si abangnya keletihan baru balik dari camping dari hari Jumaat lepas......


Hah...macam rockers dah...semua pakai baju hitam..kebetulan

SUSAH TOL AKU NI NAK TIDO

Lepas dah berjaya aku tau cara nak post entry thru blackberry...bukan main suka hati lagi aku...aku ni banyak bahan nak dipostkan sebenarnya tapi bila time nak tulis aku jadi lupa...so next time kalau ada issue yang nak aku ceritakan terus je aku boleh post tak yah nak tunggu tunggu lagi.

Uikk dah nak kul 4 pagi aku masih dok tercongok depan tv ni...susah tol mata ni nak tido...
Sent from my BlackBerry® smartphone

TESTING GUNA BLACKBERRY

Sent from my BlackBerry® smartphone

JLO-UNDRY UNLIMITED

Kawan lama aku...OHM dan isterinya Jamilah..sama-sama belajar kat ITM dolu-dolu...telah pun membuka perniagaan dobi di Kota Damansara...Nama kedai dia hebat.....JLO-UNDRY UNLIMITED, baru sebulan lebih dia bukak bisnes tu...sapa-sapa yang tinggal berdekatan...sila lah kesitu....


Alamatnya di sini :

JLo-undry Unlimited
13-1, Jalan Cecawi 6/19B
Kota Damansara
68100 Petaling Jaya


RESSA HARLEMBANG



Buat sementara ni tak tau apa nak di tulis diblog ni maka aku upload satu video...antara lagu feberet aku..

THE POWER OF WORDS



Dapat video ni kat blog brother ni>>>>Blog Serius......

ATHENA : GODDESS OF WAR DAN SIGN

Lately ni layan lak aku dengan drama-drama korea ni....tapi aku paling layan dua drama ni Athena : Goddess of War dan Sign.....yang cintan-cintun tu kurang siket la sebab...ceritanya sama jerr.....


Ni tajuknya Athena Goddess of War, cerita action, spy banyak gadget gadget canggih dia pakai......dengar cerita kos untuk buat drama ni USD17 juta....peh berapa Hikayat Merong Mahawangsa boleh buat tu kan...

 Nih..lagi satu aku suka layan....SIGN..actually cerita lebih kurang CSI.....CSI Korean Version menarik saspen...

Selamat menonton la ye....

MASAALAH TIDOR YANG AGAK KRONIK,,,,,,,,

 
Sejak kebelakangan ini...susah betul aku nak tido malam.....lepas subuh baru tido...kadang-kadang terus je tak tido.. terus je aku pi kerja...berlarutan 2 atau 3 hari berturut-turut....kesannya adalah...keesokkan harinya aku jadi lesu...peliknya siang hari tak pulak aku mengantuk......bila tak tido tu mula lah aku layan segala movie yang dah di download tu....dalam satu malam aku belasah tengok the whole complete series LEVERAGE season 3....hemh bertambah lah aku tak tido.......


HARI RABU CUACA YANG PANAS TIBA TIBA HUJAN...DAN MACAM-MACAM LAGI LAH

Hari ni Rabu...hari ni di mulai dengan cuaca yang panas terik di pagi hari...sampaikan aku ada appointment di YPM di Medan Tuanku..dalam pukul 1 tengahari sampai di sana..di sambut oleh Pengurus Besar YPMR dengan kata-kata....kesiannya sampai berpeluh nak sampai kat sini ya....dan dengan nada confident aku menjawab oh ya..maklum lah cuaca panas dilluar tu...maklum lah..area ni payah nak parkingkan..salah parking kena saman takpa..takut kena tow lah pulak kereta....

 Hah...bukan main menyemat aku ni hari ...selalu ngan seluar jeans koyak...t shirt., tapi sebab ni hari nak jumpa orang besau...pakai lah elok-elok sikit....yang mana sebelum ni kalau ada appointment pun aku belasah jer pakai jeans...dah nak menjual hardware....takkan ler nak pakai tie...kot segala..last aku pakai camtu tahun 2002...tapi kali ni bukan nak jual hardware....

Habis appointment dekat pukul 2.30 dah....langit dah mendung....masuk kereta....hujan lebat turun....dapat selelap aku tidur dalam kereta.....sampai Wangsa Walk kat parking lot tu kenalah berlari-lari anak dalam hujan lebat....menuju ke TUKUL......lapar la pulak menda nak makan ni.....hujan-hujan ni buat perut lapar...tekak terasa nak makan manis..walaupun aku ni sebenarnya tak suka makanan yang manis.....masuk Wangsa Wall Mall...ternampak signboard nihh....

Aku minat bebeno makan brownies..yang topping ice cream tu..sebab aku rasa tak manis sangat rasanya..yang buat manis tu....aku rasa ice cream dia and kuah coklat tu kan.......

Tengok gambar pun dah rasa sedap.......ok lah tu tahun ni baru sekali je makan ni....simpan rasa nak makan ni utk lagi 2, 3 bulan lagi...

AKIBAT GATAL TANGAN....TERUS BERTUKAR


Tadi siang agaknya tah hapa angen aku dok cuit sana sini kat blog ni...akhirnya bertukar rupa dah blog ni.....tapi mamat kat tepi tu tetap ada dok ngintai.....

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TUKUL

Hahaha pompuan cantik yang gambar kat bawah ni sebenarnya....opis dia depan TUKUL je.....tapi sebab baru kenal je dia masa pi tengok wayang ....dengan sekumpulan pompuan cantiq tu hari......Rupanya opis dia betul-betul depan TUKUL Wangsa Walk ni......



Hahh..tu dia pompuan tu...Puan Amy nama dia..... pinjam gambar lagi ye...tu hari lupa nak snap....bila nak makan nasi lemak ni.......hahahaha ....


DI TUKUL WANGSA WALK KAMI MENGADAKAN PROMOSI INI


Sesiapa yang masih belum mempunyai kotak perkakas yang untuk kegunaan dirumah.
Cuma pilih perkakas yang diperlukan sehingga berjumlah RM129.
Setiap belian lebih dari RM129 akan diberikan diskaun sebanyak 20%.
Dapatkan segera di TUKUL Wangsa Walk Mall

HARI BEREHAT DAN BERSANTAI

Ahad semalam aku dok rumah tak keluar rumah langsung....melayan dua orang manusia kecil sahaja...

Dia ni sibuk dengan Barbie dvd nya....

Disebabkan computer tu dah kena conquer dengan adiknya...dia dok melepak saja dengan aku......

DATING MALAM MINGGU DENGAN CIK PUAN FARIDA

Malam minggu lepas, lepak tengok wayang dengan CiK Puan Farida..aku ada dengar review filem CUN lakonan Remy Ishak dan Maya Karin..katanya amat menghiburkan dan boleh layan.  Lama dah aku tak keluar berdua dengan Cik Puan Farida...di TGV Wangsa Walk Mall. Aku tengok show kul 12.30 malam...midnight show la tu kan.

Sori lerr...gambar snap pakai Blackberry jer....maka...quality nyer amat lah kureng....

Sampai awal kita lepak kat area lobby TGV tu siap ada sofa untuk melepak....

Sambil layan tv besar dok tayang trailer .

Hehehe lama jugak tak berposing berdua.......

Sempat gak ambik candid gambar aku tengah nak beli pop corn.

Seronok menonton filem ni...gelak dari awal sampai akhir...ada gak babak-babak sedih....not bad boleh lah layan....sinopsis cerita ni boleh la klik kat gambar bawah ni..


Sipnosis cerita ni atas ikhsan Qimie.com....

Selamat Menonton....


HASIL KERJA TANGAN FARHANA

Khamis lepas Farhana membingitkan telinga aku....satu hari....dok mengingatkan aku utk buat satu benda...."Ayah...tolong print gambar"....satu jam lagi "Ayah tolong print kan gambar" and she's keep repeating it for the whole day....rupanya dia ada benda nak kena buat untuk project "keras tangan" nya di sekolah.....


Haaa ni lah mendanya yang nak di buatnya tu....hemh not bad....

RE-CAP BALIK CERITA TUKUL WANGSA WALK




Sudah hampir setahun TUKUL Wangsa Walk menjalan kan operasi...alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.  TUKUL Melawati sudah pun ditutup dan operasinya telah digabungkan bersama dengan TUKUL Wangsa Walk Mall.

Sama seperti biasa TUKUL Wangsa Walk tetap menyediakan barang-barang keperluan hardware untuk rumah dan ianya menjadi tempat mereka yang berminat dalam bidang DO IT YOURSELVES (D I Y)

Terbahagi kepada beberapa bahagian keperluan seperti ...

  • Electrical and Accessories
  • Household
  • Plumbing and Bathroom Accessories
  • Doors and Locks
  • Garden
  • Hand Tools
  • General Hardware
  • Home Decoration
  • Paint and Accessories
  • Power Tools

Operasi perniagaan di Wangsa Walk adalah dari pukul 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.



Keadaan TUKUL Wangsa Walk sekarang selepas hampir setahun menjalankan operasi.

Dibahagian atas kami jadikan management office ...so dari sini kami dapat melihat keseluruhan TUKUL dari atas.


Pandangan dari ofis....

This is my workstation.....from here i can see the whole shop.....


About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih