family

family

PERKELAHAN BAJET KU.....

Cuti hari Krismas lepas untuk meluangkan masa cuti dua hari tu....berkelah lah aku sekeluarga bersama keluarga sepupu di Kemensah ..10 minit perjalanan sahaja dari rumah aku.....walaupun dekat ini lah pertama kali aku ke sini.


PENANTIAN SEORANG YANG BERNAMA MUHAMMAD ALIF FARHAN

Muhammad Alif Farhan, anak sulung aku yang baru saja mendapat keputusan PMR nya semalam....tak lah teruk sangat keputusannya...6A 2B, tapi ada riak kecewa di mukanya sebab kebanyakkan kawan-kawan mendapat straight As (8A).  Tapi sebagai seorang bapa aku tetap memberi semangat padanya untuk dia terus berusaha untuk mendapatkan yang lebih baik pada peperiksaan SPM yang akan diduduki 2 tahun lagi.   Walaubagaimanapun itu semuanya sejarah harap dia akan jadikan keputusan PMR itu sebagai aras tanda untuk nerusaha dengan lebih gigih...Tahniah ...Muhammad Alif Farhan bin Zaidi.




.

PENAT ....LETIH

Aku dah letih keadaan mental dan tenaga juga sudah bergerak perlahan....3 bulan berterusan kerja tanpa berholiday....kadang-kadang Ahad juga berada di pejabat.


Sent from my BlackBerry® smartphone

CAMANA NAK BERBLOG NI....MANYAK NAU KERJA

Sent from my BlackBerry® smartphone

SUATU CERITA YANG DIUBAH SITUASINYA DARI KEADAAN SEBENAR

Sebuah syarikat kecil yang tidak berapa terkenal tapi mempunyai cita-cita yang tinggi telah berjaya mencipta satu konsep perniagaan yang lain dari yang lain. Berkat usaha serta buah fikiran dari beberapa rakan kongsi dan kakitangan maka jadi lah perniagaan tersebut hampir terkenal di seluruh negara. Tapi sesuatu telah berlaku perniagaan itu makin menjunam tetapi konsep dan nama perniagaan itu masih menjadi bualan. Sekumpulan bijak pandai katanya cuba ingin menaikkan perniagaan itu dengan cara sendiri. Di ubah segala galanya sehingga hilang identiti sebenar perniagaan itu. Katanya dengan konsep yang terbaru. Akhirnya mereka itu sendiri terkeliru dengan apa yang diimpikan.

*cerita melalut ini tiba-tiba terliintas semasa dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Lumpur diatas bas ekspress Transnasional.
Sent from my BlackBerry® smartphone

DALAM PERJALANAN KE KUANTAN

Aku dalam perjalanan ke Kuantan...biasanya aku kesana drive sendiri je...tapi kereta aku masuk wad...agak parah juga penyakitnya tu....so sebagai jalan penyelesaiannya aku naik bas sahaja...Transnasional...bagus juga aku tak perlu bersengkang mata boleh terus tido je....
Sent from my BlackBerry® smartphone

WORDLESS?????

Selalu nampak orang buat entry wordless....nak cuba juga....tapi...masih ada word nya....

Sent from my BlackBerry® smartphone

Smoking session.. MURID-MURID TUA ST GABRIEL 76/86

Hah....ni je lah acara hari raya yang aku hadiri tahun ni...itu pun pasal kawan-kawan yang dah 30 tahun terpisah...mereka-mereka ni semua...teman sepersekolahan ...sekolah rendah....

Sent from my BlackBerry® smartphone

KUSUT MASAI DAN BUSY

Busy busy busy....serabai....
Sent from my BlackBerry® smartphone

MAKIN TEMBAM SI FARHANEEZ....

Makin tembam si Farhaneez ...nampak penuh je dok atas riba aku tu
Sent from my BlackBerry® smartphone

ADAKAH MASIH MOOD RAYA?

Dua hari sudah bekerja selepas cuti Hari Raya tempoh hari..5an seperti biasa aku ni jarang lah snap gambar masa hari raya...rasanya dah 3 tahun macam tu......

Mula kerja sudah....banyak pulak kerja menanti ....
Sent from my BlackBerry® smartphone

BERHARI RAYA SAKAN

Aku suka dengan gambar yang aku snap ni...semua ada dalam gambar walaupun ada yang nampak sekerat aja muka tu..gambar ni diambil di hari raya ketiga..dalam perjalanan ke Johor Baharu....
Sent from my BlackBerry® smartphone

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Selesai sudah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan penuh berkat..dikala ini kita di ambang bulan Syawal bulan penuh kegembiraan...aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....
Sent from my BlackBerry® smartphone

SELEPAS 30 TAHUN

Tak sangka aku berjaya berjumpa semula mereka ini..selepas 30 tahum.....kita nama kan kumpulan ini sebagai GABRIAN 76-86.....aku hanya bersama mereka dari tahun 1976 sehingga lah 1981.....alhamdulillah mereka masih mengenali aku....


 Terima kasih mereka yang bertungkus lumus mencari kawan-kawan yang sudah lama tidak di ketemui...dan berjaya kita menghadiri Majlis Berbuka Puasa Gabrian 76-86.....hehehehehe....ini semua adalah rakan sekolah rendah aku........SEKOLAH RENDAH JENIS KEBANGSAAN ST. GABRIEL, KUALA LUMPUR.


TERANG GELAP

Alhamdulillah dah setengah bulan kita berpuasa, terang gelap, terang gelap masa berlalu,...


Sent from my BlackBerry® smartphone

SEKARANG AKU DISINI

Sudah 2 minggu aku disini...tu yang senyap je....company kawan aku...and now aku bekerja semula...pangkat aku pun panjang kat sini Manager at CEO Office tapi takpa ini adalah Satu Pengalaman Baru....tagline TUKUL......
Sent from my BlackBerry® smartphone

TAHUKAH?

Aku berada dipermulaan yang baru...agak sukar untuk memulakannya....

APA-APA LAH

Lama aku tak berposing sorang2 ni...dah 2 hari puasa...amacam ok tak.....

Sent from my BlackBerry® smartphone

SEMUGA RAMADHAN TAHUN INI MEMBERI CAHAYA PENGHARAPAN

Assalammualaikum...apa khabar ..lama gak ketemu...di blog yang bersawang ini...atas masalah kesihatan yang tidak berapa mengizinkan disamping beberapa tugas yang perlu diselesaikan.

Ramadhan datang lagi Alhamdulillah...kita masih berupaya menjalankan ibadah puasa ini Insyaallah...semuga diberkati dan diterima...

Tahun ni Ramadhan bagi aku adalah Ramadhan yang paling mencabar...dengan masalah kesihatan dan menempuh tugas baru juga ditempat yang baru...

Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk diri kita semua....
Sent from my BlackBerry® smartphone

APAKHABAR LAMA TAK JUMPA???

Lama nau aku tak update blog ni....kalau update pun guna Blackberry je ...memang busy jugak sekarang ni...walaupun busy aku punya time kerja ...adalah mengikut time aku sendiri....tu yang jadi makin busy...

Macam aku cerita di update yang lepas, aku sedang menyiap sediakan satu projek kedai hardware yang agak besar jugak....dimana aku akan memberi khidmat pada satu syarikat ni dalam meng"koprat"kan kedai nya yang sudah beroperasi lebih dari 20 tahun....aku lebih pada menyediakan satu konsep kepada kedai ni....dari segi accounting, rupa kedai dan cara kerja yang lebih effective....

Bangga aku dengan syarikat ni antara yang berjaya..

DIA PULAK TAK SIHAT

Bila dia tak sihat suasana dirumah ni akan jadi sunyi sepi dari suara gelak tawa budak kecil ini...demam pulak dia kesian ....


Sent from my BlackBerry® smartphone

RUPANYA ANGIN SATU BADAN

Dua tiga hari ni aku dok menahan sakit bahagian belakang badan aku ni...berdiri duduk baring semuanya tak selesa, bawak kereta pun susah ....

Rupanya angin banyak...setelah makan ubat dan letak sikit minyak panas baru aku tahu...sendawa tak hengat .....

Orang puteh kata..."Age is catching up"....banyak la benda tak boleh makan...especially benda2 yang sejuk dan berangin...
Sent from my BlackBerry® smartphone

DIA SUDAH BERUMUR 7 TAHUN

Siti Nurfarhana sudah berumur 7 tahun hari ini....tapi kesian dia demam hari ni...yang lebihnya Siti Nurfarhaneez.....

Selamat ulangtahun semuga berjaya dunia akhirat....dan semuga anak ayah ni cepat sembuh dari demam....

Sent from my BlackBerry® smartphone

MATA SIAPA LA NI?

Kalau cam lah muka yang penuh tu....agak-agak mata sapa la tu yang ala-ala juling air tu...cer...teka...cer...teka...


Sent from my BlackBerry® smartphone

MODEL TOPI

Ayah pakai topi diorang ni pun nak bertopi....bila keluar pakai sekejap je...ibu and ayah lak kena pegang topi tu....


Sent from my BlackBerry® smartphone

LEVERAGE

Dah berapa kali dah aku dok ulang Leverage ni dari Season 1 sampai Season 3....season 4 dah keluar tapi belum start kat Malaysia ni lagi...


Sent from my BlackBerry® smartphone

SAKIT TEKAK, SAKIT PINGGANG...

Dah dua tiga hari ni aku kena sore throat...nak menelan makanan pun susah...mungkin cuaca dan kurang air...masa yang sama pinggang pun sakit...sakit macam orang nak kena demam....body aku terkejut kot sebab tiba-tiba free je time aku sekarang ni....


Sent from my BlackBerry® smartphone

LAPTOP YANG USANG

Walaupun laptop aku ni dah usang tapi masih boleh guna lagi, takda masaalah takda sangkut2 cuma aku kena pakai external keyboard sebabnya keyboardnya saja buat hal....nak beli baru tadak bajet...dan yg paling leceh macam-macam data ada dalam perut dia tu....
Sent from my BlackBerry® smartphone

BERHENTI TUKUL ADA BEBERAPA TAWARAN PULAK, ALHAMDULILLAH

Aku makin sibuk tapi...banyak masa untuk diri aku dan keluarga.......Alhamdulillah..

Buat masa ni aku sibuk...untuk kerja awal-awal ni aku tengah dok menjengah compay hardware yang aku ceritakan di entry lepas....stock and accounting system dia.....berpinar-pinar jugak mata ni dibuatnya, bergelumang dengan nombor...

Disamping itu aku ada tugas baru....secara sambilan aku akan menguruskan social media bagi pihak satu production house yang agak banyak menerbitkan drama-drama tv dan filem.....ahaaaaa InsyaAllah...kalau ada rezeki akan aku updatekan disini juga.....

PARADIGM SHIFT

Sudah hampir 2 minggu aku tidak bersama TUKUL lagi....banyak jugalah menerima pertanyaan dari kawan-kawan blogger, Facebook....antara reaksi yang aku terima....sayangnya....kenapa...TUKUL takda seri tanpa kau la....ada lah juga cerita disebalik itu...cerita yang agak baik bagi aku dan seorang lagi pencipta TUKUL En. Suhaimy......cerita yang tak baik cuma rasa sedih saja selepas beberapa tahun bersama TUKUL.

Sekarang apa buat??? Satu lagi soalan yang aku terima dari kawan-kawan.....sekarang aku dan Suhaimy bergerak secara berasingan tetapi masih lagi dalam satu team.  Aku sekarang bersama dengan satu lagi syarikat perniagaan barangan hardware yang sudah beroperasi selama 25 tahun milik bumiputera 100%.  Tugas aku disana adalah memberi nafas baru kepada perniagaan yang sedia ada.  Rebranding the company...dan merubah kepada konsep dan imej baru kepada syarikat ini. Maka itu kita tunggu kedatangan satu lagi syarikat perniagaan hardware...Insyaallah aku akan update cerita tentang ini dari masa ke semasa.

Akan bersambung lagi ye.......


TIDOR

Sama je kan style tidur 2 manusia kecil ni......


Sent from my BlackBerry® smartphone

DAH KECIK SIKIT

Tadi Cik Puan snap gambar aku ni baru perasan macam dah kecik sikit size aku ni....baju kaler itam kot so nampak slim.....


Sent from my BlackBerry® smartphone

SELAMAT TINGGAL TUKUL

Setelah lebih dari 7 tahun aku bersama TUKUL akhirnya aku telah melepaskan TUKUL kepada mereka yang lebih bertenaga untuk menguruskan.

Bermulanya TUKUL di Bandar Baru Ampang yang merupakan cawangan yang pertama diikuti di Kajang Perdana, Senawang, Bandar Tasik Puteri, Setiawangsa, Seremban, Taman Melawati, SACC Mall Shah Alam Dan yang terakhirnya di Wangsa Walk Mall.

Aku akan memulakan semula consultant business yang selama ini di jalankan secara sambilan sahaja.

Akan diceritakan pada entry yang seterusnya.... 

Sent from my BlackBerry® smartphone

KAWAN BAGI HADIAH....TERIMA KASIH KAWAN....

Aku memang peminat seluar jeans...kebanyakkan masa nekerja atau bila keluar mesti aku pakai jeans...tak kira samada atas urusan rasmi atau bersantai....maka pandai-pandai lah aku mix and match kan.  Aku memang suka jeans yang pelik sikit style dan cutting yang lain dari biasa....

Minggu lepas sorang kawan aku pi bercuti keluar negara...dan dia beli kan aku sehelai jeans yg pada pandangan aku amat lah menarik dan lain dari yang lain....

 Sekali tengok memang macam biasa je jeans ni ....

Aku suka kat pocket button ni....warna kuning fluorescent lagi

Menarik kan........

Benang untuk pocket dia pun warna kuning menyala......

Yang paling aku suka kainnya ada corak disebelah dalam.....

So bila kita lipat sikit kaki seluar tu adalah corak kuning di bawah tu....
Aku suka...aku suka........

Untuk kawan aku tu terima kasih aku suka sangat dengan seluar ni....kalau pi lagi nak lagi boleh.....terima kasih ....sekali lagi.....kau memang tau taste aku......


SUDAH SIAP-SIAP KEMAS..TUKUL WANGSA WALK




Takda cerita sangat tapi kita boleh lihat perkembangan TUKUL Wangsa Walk ni dari hari pertama sampai lah ke hari ini kan.........

MANUSIA KECIL NI BELAJAR SOLAT

Suka tengok dua manusia kecil ni pakai telekung solat dengan Tok Mak diorang....comel je...


Sent from my BlackBerry® smartphone

LAGI PERTUKARAN RUPA TUKUL WANGSA WALK

Kerja-kerja penukaran imej TUKUL Wangsa Walk sudah 90% siap...lepas ni stock take....dan ada beberapa penambahan produk baru disitu.....

Tengok sudah kemas ini TUKUL kan.......bercahaya-cahaya....

 TUKUL Kids Corner ni pun dah penuh balik dengan barang permainan...........

HARI BEREHAT

Aku off hari ni dari kerja, half day aja aku ...demam pulak ...aku berehat seharian dari pukul 2 petang sampai la malam...bawak ke pagi la ni...semalam aku kena hujan mungkin laa kena demam ni..


Sent from my BlackBerry® smartphone

TUKUL....PELAN-PELAN KITA UBAH RUPA

Mula-mula kita tengok area TUKUL Kids ni........


Dan ada juga kita buat tempat untuk stock clearance.....
Yang lain-lain nanti update lagi di lain kali ye.....

www.blogger.com...BERMASALAH RUPANYA....

Ramai  marah...ramai nak tukar ke Wordpress....ramai nak ada domain sendiri...bila www.blogger.com tak boleh berfungsi.........

LUNCH KU DIBELANJA OLEH PUAN AMY SWEETDARLING


Pukul satu...mendapat message dari twitter.......

Memang aku lapar bebenau...sebab pagi tadi aku skip breakfast......so memang macam nak marah je.......
Masa dia message aku tu aku sibuk buat backup system aku tu yang macam tak berapa perasan dengan message tu...aku ajak dia pi lunch dekat jer...bawah opis dia...depan TUKUL, Hailam Kopitiam....

Disebabkan lapar bebenau aku makan Nasi Puteh dengan sambal udang petai hailam.....boleh la cuma kurang pedas.....tapi sedap......

Amy Sweetdarling....makan nih...setelah mendapat recommendation dari waiter kat situ...

Dan hari ni Amy belanja....wah...next time aku belanja la ...dekat je kita jerit pun boleh dengar.......



MAKANAN YANG SIHAT KATANYA...

Sebenarnya aku ni tak berapa tahu sangat makanan sihat atau orang kata "healthy food" ni...cara aku mengawal makanan seharian hanya dengan mengurangkan makanan yang berlemak sahaja...dan kurangkan nasi yang lain-lain aku belasah aja...Kebelakangan ni aku dah tersuka pulak makanan bersup-sup macam orang puteh ni...mushroom soup dan salad bersama sos thousand island.

Kalau sapa-sapa yang biasa lepak kat Wangsa Walk...mesti pernah terserempak dengan kedai ni...




Kat sini segala jenis sup ada dijual dan yang paling aku suka...sup in the bread.....atau orang kita kata sup dalam roti....betul memang sup tu di letakkan dalam mangkik yang dibentuk macam mangkuk....katanya konsep bisnes ni datang dari German......

Kan betul tak mangkuk tu buat dari roti menarikkan..supnya pun sodap.....

Cara makannya...kita potong je mangkuk roti tu sikit-sikit, perlahan-lahan sup dalam tu akan melimpah dalam pinggan tu...wah...aku sendiri tengok gambar ni rasa lapar balik dah.

Sambil makan roti dengan sup tu....boleh lah berulamkan salad ni boleh tahan la cuma aku tak tahan masam sangat sos nya tu......

Selamat mencuba........

LAPAR......

Kenapa hari ni aku lapar sangat or atau sebab aku nya lunch / minum petang hanya sepinggan char kuey tiaw sahaja bersama dengan segelas Nescafe ais......masih di TUKUL aku ni japgi kul 10 baru balik......
Sent from my BlackBerry® smartphone

GATAL TANGAN LAGI......



Ubah lagi...tak da kerja asyik la mengubah....sebenarnya aku dah kumpul banyak blog skin ni...


Tapi biasa lah bila diubah..banyak lah kerja nak kena dibuat, nak kena disusun-susun balik segala widget ni......




Mamat yang dok ngintai tu masih ada.....

RAHSIA.....

Banyak hal tak dicatit dalam belog ini...cuma cerita yang menggembirakan sahaja...tak mahu segala kesusahan dan keperitan menjadi tatapan umum...maka perkara yang paling mudah dan simple boleh mengurangkan semua rasa resah risau adalah SENYUM...SENYUM...SENYUm.....
Sent from my BlackBerry® smartphone

PESTA MAKANAN DI HOSPITAL SELAYANG?

Hari ni adalah hari appointment ayah aku di Hospital Selayang......seperti biasa....keadaan ramai orang berebut-rebut nak parking....

Ada yang luar biasa di Hospital selayang hari ni....ada Pesta Makanan.....nasi lemak pun ada jual...gomen kan suruh kita kurangkan nasi lemak kan.......

Penuh orang kat kawasan lobby luar klinik pakar ni...

Kueh mueh pun ada ni haaa

Parent aku pun ambil kesempatan membeli belah hahahaha....

Nasi dagang .....hehehehe sedap gak....

Tapi kan...pelik lah pulak pesta makanan ni buat kat hospital...patut buat lah pesta buku ke...pesta ubat-ubatan ke kan....hemhhh ok lah kot mungkin ni yang orang cakap pikir diluar kotak (Think outside the box)



About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih