family

family

GRADUATION AND CONCERT DAY - FARHANA




Entry ni panjang sikit....alahai cerita budak ber"concert" Sabtu lepas.....maka separuh hari aku kat Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya...

Aku dan family antara yang paling awal sampai kat situ....lapang je suasana sebab orang tak ramai lagi.

Budak kecik ni yang beria-ria, macam dia yang nak buat performance atas pentas tu....

Maka session berposing-posing la tengah tak ramai orang ni kan....


Macam dah penat je ....dah nampak sebaya je dah dua budak ni kan..

Ber"touch up" sikit muka masing-masing...

Pose lagi budak dua orang ni....



Beberapa gaya menarik dari Siti NurFarhana....chewahhh

Apalah serius je muka mak apak diorang nih....penat ye...kesian.....


Sebelum masuk dewan last copaque nye pose....

Antara yang awal datang Suhaimy and family...........anak dia pun ada masuk bahagian..

Budak-budak yang yang grad....tahun ni tahun depan darjah satu lah Farhana ada lagi setahun kat situ...

Persembahan dah bermula....Farhana groupnya show yang kedua....

Ali Baba and The Magic Carpet...tajuk shownya....


End of her show....gambar agak kabur...maklum lah pakai kamera tikam..

Farhana with her best friend Sara.....

Farhana with The Beast (The Prince) anak pada Suhaimy....apa lah jauh sangat tu....hehehehe

Comel-comel je budak2 ni kan.....

On the way back tertidur dia ...keletihan agaknya......kesian dia....

KAWAN-KAWAN LAMA - EX-ITM....

Sabtu 24 October....hemh..agak sibuk hari ni...dgn hal2 peribadi dan keluarga...dari 9.00 pagi teman si Farhana untuk rehearsal concert day dia tu...lepas tu terus ke Kota Damansara rumah kawan lama....Hj. Saharom...kawan masa belajar di ITM dulu....

Aku dan Nasir

Hj. Saharom, Hasni, aku dan Yusri aka Abg Yus.

Hj. Saharom dan Hasni

Aku dan Abang Yus.

Satu pose menarik dari Abang Yus.

TAJUK YANG SANTAI-SANTAI SAJA

Petang tadi aku dok melayan facebook...salah seorang contact yang ada dalam facebook aku tu tak lain tak bukan Cik Puan Red atau lebih dikenali sebagai Redmummy.....one of the top bloggers in Malaysia.....tertarik dengan status yang di tulis pada facebooknya seperti dibawah....


Ada macam-macam jawapan yang aku baca kat situ....antara nya...

1. Orang akan dengki.
2. Orang akan cemburu.
3. Tak best nanti orang baca cerita kita
4. Tak boleh nak cerita lebih-lebih
5. Orang tak di kenali akan komen..

dan macam-macam lagi...

Aku punyai pendapat sendiri...aku komen paling tak best...bila takda idea...apa yang nak di tulis kat blog tu....dan satu lagi aku komen apa yang aku tulis orang tak faham....pun tak best jugak kan...

Yalah kan....blogger baru macam aku ni manalah ada orang nak dengki-dengki lagi....yang penting ada je lah bahan kat blog ni untuk tatapan pembaca-pembaca sekalian.

Apa-apa pun apa yang Redmummy tulis kat status facebook dia tu bagus dan menarik...boleh kita berfikir lagi macamana nak memperbaiki kualiti penulisan blog kita.....tu pasal lah dia hebat..rasanya lah...

LAST DAY OF HARI RAYA AT TUKUL


Last day of bulan Syawal...baru lah sempat nak buat makan2 kat opis TUKUL ni...ialah nak tunggu semua yang menjalankan ibadat puasa 6 settle.....acara makan-makan kita buat secara potluck je...tiap-tiap staff bawak makanan sendiri....sampai terlebih-lebih lah pulak makanan...

Barisan makanan .....rezeki....Alhamdulillah..

Semua tunggu boss-boss TUKUL turun baru start makan di mulai dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Suhaimy.

Serang....................

Haaa meriah dengan makanan....

Half way thru.....

Masih makan lagi....

Kaum ibu bergosip disudut yang lain...

Mr Project Manager aka Farouk...dalam keadaan kekenyangan

Lalu pengsan......akibat terlebih makan

KAMERA TIKAM........

Mencuba-cuba snap gambar menggunakan "kamera tikam"......minat juga dalam arena fotografi ni tapi masih belum berjaya mendapatkan kamera SLR ni................




LEPAK DI KASSIM MUSTAFA

Sepatutnya aku pergi open house nun di Ampang sana...ada dua rumah..tapi..ada member cakap jalan jammed nak kesana....aku memang rasa lapar sangat dah....aku suggest kat Cik Puan Faridah ...apa kata kita lepak kat Doraisamy sana ada restoran Kassim Mustafa...boleh layan nasi kandar...jawaban standard Cik Puan...boleh je, jom kita....

Sampai awal dalam 8.30, tak ramai lagi la orang kat sana....sekali sekala lepak tengah town ni best gak....cuma yang lecehnya budak perempuan kecik 2 orang ni...terlompat-lompat...terkinja-kinja...tak leh nak lepak lama....


Farhana .....seperti biasa dengan kueh kegemaran dia...kuey tiaw

Nasi Lemak brand Kassim Mustafa






Dah siap makan ye....jom kita snap2 gambar......

About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih