family

family

HAPPY BIRTHDAY TO YOU..........LALALALALA

15hb Mac 1969, seorang bayi lelaki yang comel telah dilahirkan di Sg Mati, Muar, Johor......lelaki ni dibesarkan di beberapa negeri di Malaysia ni....Kuala Lumpur, Taiping dan Kuantan.  Memulakan alam persekolahannya di Kuala Lumpur...Sekolah Rendah St. Gabriel....kemudian berpindah mengikut bapanya bertugas sebagai seorang angkatan tentera...ke Taiping, Perak....selapas 3 tahun dia berpindah semula ke Kuala Lumpur.  Sekolah Menengah di Kuantan Pahang....kena ikut bapanya lagi kesana...sempat melanjutkan pelajarannya di ITM, Manjung.....tapi half way thru aje......

Untuk menghilang kan rasa kecewa tidak dapat segulung diploma di ITM...dia berhijrah ke Kuala Lumpur dari Kuantan....ingin mencari perkerjaan....malu dia dengan family ....sebab tak dapat meneruskan pelajaran..kerja pertama sebagai seorang cashier cafe kepunyaan bapa saudaranya...selama dua tahun dia bekerja disitu dari tahun 1987-1989....tahun 1989...berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat kewangan...Arab-Malaysian Finance Berhad...(1989-1993) 1993..dia mendirikan rumahtangga ....dan di tahun yang sama dapat rezeki baru berpindah kerja ke Credit Corporation (M) Berhad (CCM) sebagai Money Market Dealer....sesuatu yang luar biasa bagi seseorang yang tidak mempunyai kelulusan yang khusus untuk menjawat jawatan ni....rezeki Allah swt.....tahun 1996 dia mendapat cahaya mata yang pertama...anak lelaki...bekerja di CCM sehingga tahun 2000.....zaman ni zaman bank-bank bergabung.....kemudian dia menyambungkan karier nya di PJB Capital Sdn Bhd pun tak lama juga kerja kat situ...selama setahun aja....tahun 2001....memulakan pekerjaan baru di Segitiga Assets Management Sdn Bhd.....pun tak lama....sampai tahun 2002.

Tahun 2003....dia bersama-sama dengan dua sahabat terjun ke alam perniagaan....perniagaan franchise...Homepower DIY....haaaa....tak berapa berjaya.....tahun 2004...dapat anak seorang lagi...kali ni anak perempuan...perniagaan nya berterusan sehingga sekarang.......maka terlahir lah TUKUL.....tahun 2007 dapat lagi seorang anak perempuan......

Peh panjangnya cerita.....ini sebenarnya cerita pasal aku......aku dah menjangkau umur ke 40 tahun.....dah tua dah ......

Cepatnya masa berlalu....masih banyak yang belum dicapai.....dunia dan akhirat....insyaallah cuba untuk memperbaiki diri.......

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE 40........INCHEK ZAIDI.....................................................

5 comments:

vy said...

Bro

Happy Birthday !
Semoga DiRahmati ALLAH SWT Sepanjang Hayat!
Murah Rezeki Panjang Umur
Tambah Anak Lagi!

semoga perniagaan TUKUL bertambah maju dan berterusan hingga ke titisan darah yg terakhir!!!

lil^RED799 said...

epi besday abg zaidi!!!
kek cekolat satu!!!!

kaklia said...

happy birthday to you...semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki....:)

Zaidi said...

vy,....thanks sis....anak tak leh dah atas nasihat doctor....yang ada sekarang pun alhamdulillah....

lillred...wah...camana nak hantar kek coklat tu yer.....

kak lia....terima kasih kak....kak lia memang rock

Mr.Right said...

Sorry lambat wish.

Happy birthday bro.

All the best!

About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih