family

family

BILA LETIH MEMANG MUDAH TIMBUL RASA MARAH, TAPI DAPAT DIELAKKAN, ALHAMDULILLAH

Hari Isnin, aku dah mula bekerja badan memang letih sikit lah pasal aku sampai KL pukul 12.00 tengah malam sebelumnya. Biasalah bila dah letih kita kadang2 tak boleh nak focus kat kerja kita, mudah nak timbul rasa marah. Hari ni staff aku dah mula buat hal, sebab ada yang mula calculative tentang kerja. Kalau ikut kan hati aku memang lah menyirap darah aku tapi aku cuba tahan marah aku sebab kalau ikut kan sejarah yang lepas kalau aku mula marah mahu berhenti budak2 tu. Aku terpaksa berfikir macamana nak bercakap dengan staff2 aku ni..

Lastly aku berjaya buat diorang duduk semeja dan berbincang dengan cara yang baik, walaupun masih ada seorang tu yang masih calculative..sebabkan dia masih bercalculative dengan aku dan staff yang lain jadi aku terpaksa lah buat benda yang sama tapi dengan cara yang lebih lembut. Puncanya taklah besar sangat akunya sales department tak boleh nak tolong sikit kat aku punya store supervisor aku tu aje boleh kata tu bukan kerja dia. Tu aje.

Antara aku dan partner2 aku lah yang paling lembut sebenarnya tu pasal hal2 staff ni diorang serah kat aku.

Satu masalah aku dah selesaikan cuma skrg ni aku nak kena pikir sikit pasal mamat sorang yang terlalu berkira sangat ni..

Yang penting aku berjaya control rasa marah aku ni, dan dapat selesaikan satu masalah cuma tinggal yang sikit tu je lah.

ZAIDI ZAINUDDIN-ANOTHER GOOD FRIEND OF MINE

Zaidi Zainuddin nama dia sama ja kan dgn nama aku. Aku dah berkawan dgn dia lebih kurang 20 tahun sudah. Dari zaman sekolah aku hinggalah sekaran. Zaidi ni berkahwin awal, seawal 19 tahun umur dia. Anaknya yang sulung dah nak ambik SPM dah. Zaman aku bujang dulu aku tinggal dgn dia satu rumah, masa tu dia baru jer berkahwin dan baru nak memulakan kehidupan. Hehehe yang menggelikan hati semasa isterinya (Zarina) mengandung anak pertamanya aku lah yg perasan yang isterinya mengandung, sebab asyik melepek semacam ja langsung aku suruh dia pergi buat check up. Ha sekarang dah besar pun anak dia tu 17 tahun umurnya sudah.

Sekarang Zaidi dah boleh dikirakan berjaya lah dalam perniaagaan. Dia dah jadi tokey kereta sekarang ni.














ZAIDI AND ZARINA

BALIK KAMPUNG KENDURI KAHWIN

Macam post yang lepas aku ada bg tau yg aku akan balik ke Muar untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku kan. Aku bertolak petang Sabtu tu ari..peh jalan nak keluar dari KL punya lah jammed aku sangkut dalam 1 jam biasanya nak sampai ke tol Sg Besi tu ambil masa 10 minit ja...cuti sekolah..rupanya ramai ler warga KL balik kampung biasalah sure ramai tak this advantage to attend dan mengadakan majlis kenduri kahwin kan. Aku sampai rumah bapa aku lebih kurang pukul 7, bertolak pukul 4 punya la lama tu..lepas mandi siap2 aku terus je ke rumah datuk sedara aku ada pulak majlis kenduri doa selamat...lepak lah aku sampai pukul sebelas malam aku berdua ja dgn Farhan kesana.

Besoknya hari Ahad aku pun pergi lah ke majlis perkahwinan tu, sebelum tu sempat gak lah aku suruh mak and abah aku berposing aku kata nak masukkan dalam blog aku.

















Ni lah dia ibunda ku nama penuh dia Hajah Syarifah Zabedah bt Syed Abot.



















Yang ni ayahanda aku Tuan Haji Zainal b. Emin

Aku sampai kat majlis perkahwinan tu dalam pukul 12.00 tengahari. Ramai dah sedara mara aku ada kat sana time tu. Buat pengetahuan cousin aku ni adalah sebelah mak aku..Kalau kau tengok rupa cousin2 aku belah sini memang semuanya putih2 belaka aku jer yang nampak gelap sikit hehehehehe. Mak aku ni keturunan Arab sikit2 (syed/syarifah nya keturunan) Pengantin lelaki tu lah cousin aku, pengapit tu abang dia.



















Pejam celik aku tengok diorang ni dah kahwin dah dulu kecik ja aku tengok diorang ni..Dah tua dah aku rupanya yek...(tau tak pe)
















Lapar lah pulak aku bila tengok gambor pengantin bersantap nih....

LEPAK DENGAN FADZLI

Fadzli, salah seorang teman rapat aku, persahabatan yang terjalin lebih dari 10 tahun..Dizaman aku masih bekerja lagi. Dia juga seorang biz partner kau semasa TUKUL beroperasi di Bandar Baru Ampang. Lama sudah aku tak melepak dengan dia so malam ni aku ajak lah dia minum2 di senuah gerai di Taman Melawati. Sekarang dia merupakan pengusaha Nasi Ayam...bercita-cita utk "memfranchisekan" perniagaannya itu. Lama juga aku melepak dgn dia langsunglah aku menyambung ka Uptown Danau Kota, nak cari DVD, isteri Fadzl, Leen orang yg suka tengok movie. sampai pukul 1.30 pagi lah kita melepak aku hantar dia kerumah dan sempatlah aku suruh dia berposing utk blog aku ni.



Fadzli dan Ezleen


ADA HADIAH UNTUK ARM WRESTLING COMPETITION DI KARNIVAL GEGAR

Untuk memeriahkan suasana di Karnival Gegar Kemaman, TUKUL telah "menyenponsorkan" satu game di sana, macam LUMUT tu hari kita buat Arm Wrestling Competition so pemenang2 dapat lah hadiah yang disponsorkan oleh TUKUL






Ni lah hadiah2 yang tak seberapa dari TUKUL..handtools yang di bungkus cantik2...(Ni kerja Shireen@Yong wife Suhaimy)

HUJUNG MINGGU DI MUAR AND KEMAMAN

Hujung minggu ni aku akan pulang ke MUAR, kampung aku ada majlis perkahwinan cousin aku at the same time TUKUL will be at KEMAMAN (KARNIVAL GEGAR OLIMPIK BEIJING 2008 ANJURAN RTM) tapi aku takda disana Suhaimy dan wife will be there....so ada dua report akan aku buat majlis perkahwinan dan Karnival Gegar....

Tunggu nanti aku akan updatekan cerita tu..

Weekend ni juga lah Akademi Fantasia 6 final..tengoklah kalau sempat tengoklah kot di tv..(hemh at the same time thats all the 10 week of TUKUL with AF). Thanks ASTRO for letting us to be with Akademi Fantasia...nice working with you guys...ada bajet next time buat lagi ya...

PENING KEPALA LA PULAK

Satu hari ni aku pening kepala dari pagi tadi, sampai rasa nak potong ja rambut ni. Tapi sebenarnya bukan lah pasal rambut perut aku masuk angin aku rasa and kurang minum air kot.

Hari ni principal aku dari Jakarta datang melawat lagi..bagus tu aku rasa paling2 pun dia ada ambil berat pasal bisnes company aku. Banyak juga pesanan dan tunjuk ajar yang di berikan Alhamdulillah....harap2 ianya berterusan..

Erman, designer hebat aku dah berhenti kerja....skrg buka bisnes sendiri..EMPIRE OF INK tu brand dia...aku harap dia berjaya

Projek dia sekarang, bikin tshirt yang ada grafik design cantik juga, dia minat seni tattoo, tapi ugama kita melarang melukis tattoo di badan so dia transfer seni tu ke tshirt....Selain tu dia juga akan menjadi freelance designer..macam2 lah yang boleh dia design kan nanti. Aku cuba menyokong dia supaya menjadi designer yang berjaya Insyaallah....

Semuga impiannya akan tercapai dan meramaikan lagi usahawan melayu di Malaysia ni....
Insyaallah bro..

ISNIN HARI WESAK-SHOPPING BARANGAN DAPUR

Hari ni cuti public, tengahari lagi aku dah mengangkut budak2 ni dan wife aku ke CAREFOURE adalah membeli barangan dapur serba sedikit. Kena lah melayan tekak anak2 aku lunch makan BURGER KING..peh...nasib baik portion dia besar so kenyang lah jugak.

HA...SERONOK JE BEBUDAK NI MAKAN WOPPER..BBQ..........

At the same time aku gi hantar kasut aku pergi repair sebab tumit nya dah tercabut. Sayang aku kasut tu, sebab ianya pemberian Suhaimy, BALLY lagi tu..dia beli dekat harga RM1,000 kasut tu. Tukang kasut tu pun cuma charge RM8.00 ja.


NI LA KASUT TU.......

Tengah syok2 lepak tu bapak mentua aku call rupanya diaorang dah ada kat depan rumah aku, nak mengajak aku ke rumah pakcik aku di Keramat, nak menjemput..adik ipar aku kan nak kahwin. Fikir2 elok la juga tu aku pun dah lama tak sesana nenek aku pun ada kat situ bole ler aku jumpa dia..Aku kecik2 dulu manja habis2 san kat nenek aku tu..sampai skrg kalau jumpa mesti aku gomol muka dia hehehehe.











NI LA NENEK AKU (IBU PADA BAPA AKU) DAH 90AN DAH UMUR DIA









YANG NI PAKCIK AKU, ADIK BONGSU BAPAK AKU..









PASANGAN DUA SEJOLI NI LAH PAPA N MAMA MENTUA AKU.....HEHEHE

DR. MAHATHIR KELUAR DARI UMNO

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Katanya, beliau bertindak keluar parti - yang diterajuinya selama 22 tahun sehingga 2003 - kerana tidak yakin dengan kepimpinan penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya umum saya keluar parti hari ini," katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya ahli Umno Kedah di majlis bertajuk "Nasib kedudukan Bangsa Melayu" di sebuah hotel di Alor Star hari ini.

Bekas Presiden Umno itu juga berkata beliau hanya akan kembali menjadi ahli Umno selepas Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin utama negara.

"Saya akan menulis surat kepada Umno bagi memaklumkan mereka (mengenai eluar dari Umno)," katanya.

Dr Mahathir turut menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti.

Bagaimanapun, beliau meminta mereka supaya jangan menyertai parti-parti yang lain.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presidenparti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

PM paling lama

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

mahathir and umno 190508Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union.

Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa.

Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada perdana menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.

Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina. Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.

Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri.

Dasar Ekonomi Baru

Bukut tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku. Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai perdana menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asanya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu.

Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai menteri pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai menteri perdagangan dan industri.

Dr Mahathir menjadi perdana menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan perdana menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi perdana menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

.....PETIKAN DARI MALAYSIAKINI.....



HERE IN MY HOME-MALAYSIAN ARTISTES FOR UNITY

video
BEST VIDEO CLIP NI......

HARI MINGGU MUNCUL KEMBALI

Sekejap ja rasa masa ni berlalu, rasa macam baru je berhari Ahad, tu hari berjalan-jalan di Pavillion hari ni dah Ahad semula. Minggu ni panjang lah cuti..besok Isnin public holiday-Hari Wesak...peh cuti lagi.

Wife aku suka beli suratkhabar pada hari Ahad ni...tapi bila aku baca mcm tak da cerita dah...politik basi oleh orang2 yg kalah tapi rasa menang, gossip artis dan perkembangan sukan yag makin menguncup di Malaysia ni....boring..Pasal tu aku bertukar arah..bahan bacaan aku ...BLOG..lebih sincere dan informative

AF6-KONSERT NO 9 - LAST MINUTE

Hari Sabtu malam, aku dapat lagi tiket jemputan ke AF6 konsert tapi sayang, sebab last minute dapat tiket so aku sampai sana lambat...so tak dapat aku nak mengambil gambar kat sana, tapi..enjoylah jugak aku...

Aku pergi bertiga, semuanya partner2 aku Suhaimy and Azhar...Bagus juga lama da aku tak keluar bertiga ni...Habis konsert aku terus lah late dinner di SS2 PJ and berbual-bual lah aku dgn partner2 ni..sekali-sekala bersantai-santai lah sambil bercerita pasal bisnes.

Kalau sales company aku this month archieve target kita plan nak bawak semua staff dinner...itu lah agenda perbualan kita malam tu....................

MAKAN MALAM YANG SIMPLE

Rasa letih aku ni sebenarnya terbawa-bawa sampai kerumah, balik ja dari ofis tadi terus aku terlelap sekejap didepan TV. Dalam perjalanan balik dari kerja aku ada menalipon wife aku, tak yah masak lah malam ni..Kita dinner yang simple2 ja lah kat luar, pesan aku kat wife aku tu. So dalam pukul 8.45 baru lah aku keluar rumah..aku sebenarnya teringin nak makan chicken tandoori di HJ TAPAH NASI KANDAR kat Medan Selera di Melawati ni ja.

Berselera ja anak2 aku makan aku tengok cuma aku ja kurang selera tapi aku makan la juga. Seronok tengok diorang ni makan, hilang rasa letih aku bila tengok diorang makan walaupun makanan tu simple ja. Yang penting mereka happy aku pun happy lah.







Sedapnya Farhana makan!!!!






Sebagai anak sulung Farhan ada tugas penting, menghabis kan makanan yg tak boleh dihabiskan oleh adiknya..






Farhanezz pun sekali...........

MINGGU YANG MELETIHKAN

Aalhamdullilah, semuanya berjalan dgn baik, tapi memang meletihkan, eh lupa nak bagi tau sebenarnya yg aku membebel ni pasal bisnes aku....syukur...tapi masih ada masa curi-curi aku berskype ngan che puan manis..and cousin aku..Saja nak rehat kan kepala asyik tengok invoice dengan delivery order ja...sebelum memulakan perjalanan sekumpulan staff aku melepak jap ngan aku sambil berborak2 hal yg berbangkit. Hehe apalagi aku pun suruhlah mereka2 itu berposing..untuk menghilangkan rasa stress berkerja.
Ha ni la staff2.....................peh macam kaki pukul sorang2 punya muka

JALAN-JALAN DIPAVILION DI PETANG AHAD...

Hehehehehe....sebenarnya aku ni sorang yang paling malas kalau nak berjalan-jalan dengan family, hendak2 nya waktu hari Ahad. Tapi bila dah kena pressure ngan wife and anak2 aku pun cergas lah (siap wife aku ngadu kat Cik Puan Wangi lagi thru Skype, kata aku ni malas nak jalan2). At last kita pun setuju lah nak merayau-rayau kat Pavilion. Sejak buka shopping mall ni baru ni lah aku nak menjejakkan kaki aku kat situ. Macam mall biasa ja Pavilion ni cuma banyak kedai-kedai branded kat situ. Takda la apa2 yg aku beli kat situ cuma jalan ja kat situ,
selebihnya kita berposing ja la.




















WAH WAH BUKAN MAIN POSING LAGI TUH





TUKAR BLOG SKIN LAGI

Seperti biasa bila dah boring tangan ni pun gatallah mengusik-usik blog ni, surf lah kat internet and terjumpa lah aku satu skin blog yang aku rasa macam lain ja nih. apa lagi trus download n ni lah hasilnya macam ada tulisan lah pulak kat seluar jeans hehehehe.

Aku update blog ni sambil meneman wife aku masak didapur...sambil aku menaip ni sambil berborak-borak la tu. kat belakang aku si Farhaneez pun main2 masak juga(sebab gaya dia macam tengah masak je aku tengok) kat tv area si Farhana tak habis2 tengok AF konsert..Farhan seperti biasa TV tengok dia......




















Boring je wife aku bila aku suruh dia posing hehehehe



















Ni pun kunun2 masak lah tuh




















Yang ni tak abis2 nak tengok konsert AF tak jemu2 tu



















Disebabkan terpaksa mengalah dgn Farhana channel favourite dia Discovery tak leh tengok disepanjang AF ni kena banned dia terpaksa melakukan aktiviti kegemaran dia....TIDOR.


HARGA-HARGA BARANG SEMUA DAH NAIK......

Malam tadi aku, agak bosan duduk sorang2 sambil menonton ASTRO, isteri and anak2 dah tido dah tapi mata aku pulak tak boleh tidor mungkin aku letih sangat dalam minggu ni aku sibuk sikit dengan kerja. Haaa...tiba2 aku teringatkan si Asan...ada benda yang aku nak kena bagi pada dia, kad jemputan kahwin adik ipar aku si BOY. Apalagi berlepak lah aku di kedai mamak dengan dia sambil menonton channel RIA kat situ cerita WARIS JARI HANTU. Topik perbualan yang kami perbualkan adalah HARGA BARANG DAH NAIK....mengeluh lah kita pasal hal tu, yalah naiknya bukan main lagi, Tepung, susu, beras dan mcm2 lagi lah...sampai lah dah takda mood kita nak berbual lagi..ialah both of us is the bread winner for the family sure pening lah pikir pasal hal ni..utk menghilangkan rasa tak puas hati kita tukar topik pada topik yg both of us minatlah...pasal bola..tak best pun sebab awal2 tadi dah spoil cerita pasal harga barang naik so taklah berapa rancak. Tak lama pun lepak, dalam satu jam kita pun chow lah mata pun dah ngantuk, dekat pukul satu dah masa tu.

Tadi pagi bangun dari tidor, perkara pertama keluar dari mulut isteri aku adalah topik yang pertama...HARGA BARANG DAH NAIK...Aku diam jer...breakfast, baca newpaper and terus capai laptop ni and...........ni lah hasilnya.

HAPPY PROBLEM .....

Hahahaha (ketawa la kan utk mereleasekan rasa yg konon2 nya stress) . Bila biz dah mula bergerak adalah keadaan yang kelam kabut sikit kan. Dari awal tahun tu hari kita baru jer nak merangkak so agak and tiba2 start dari bulan lepas alhamdullillah ada perubahan sedikit, ada pertambahan atau peningkatan dalam perniagaan. Tu yang tiba2 kelam kabut maklum lah kan ...Satu pengalaman baru......Nasib baik, Azhar partner aku dah biasa dgn membuat sistem, dia ex engineer dgn NOKIA.
Ada lah ura2 company aku nak menambah perkerja utk urusan admin, insyaAllah nx month aku akan menambah staff lagi. Bulan ni aku tambah staff utk Sales Team aku, so far so good.

Stock pun dah mula berkurangan, maknanya alhamdullilah lah sales kan....ni lah yang aku maksudkan HAPPY PROBLEM...

ALHAMDULLILAH THE BIZ GETTING BETTER

Alhamdullillah TUKUL biz is getting better now. Harapan aku semua ni akan terus menerus. Our TEKIRO tools, have been received good response from the market. Thank you to our principal PT HARAPAN ANUGERAH WAHANA KARYA, from Indonesia, They help us a lot. Nampak lah staff2 aku sekarang bz semacam jer, mengangkut barang ke lori.

TUKUL OFFICIAL WEBSITE DA OK........

Akhirnya masaalah TUKUL official website berjaya di selesaikan and now u can go to the website.

Budak2 sales aku balik dgn senang hati dari kerja2 marketing...terus ja capai water jet basuh kereta chet...kalau basuh kereta aku kan bagus .....Takpa sekali-sekala bagi chan lah kan takkan nak control jer diorang 24 jam lama2 boring pulak diorang.


THANKS MR MANAGER FOR TAKING THIS PIC.

HAAAA.....aku merupakan fan pada blog Mr.Manager...(mrmanager.blogspot.com). Tak sangka2 pulak dia snap gambar Alif pakai T shirt TUKUL so aku save la. Alif peserta AF6 yang terkeluar di minggu ke 7.

Ni lah dia gambar Alif and Mr. Manager....Thank you sir for the picture.

BERHARI MINGGU DI NILAI IMPIAN

Hari Ahad ni rasa boring pulak duduk kat rumah, terfikir pulak nak berhari minngu di rumah mertua aku di Nilai Impian..Lama da aku tak ke sana hampir tiga bulan tu..

Seperti biasa bila aku kesana aktiviti tetap aku adalah tidor...sedap tidor kat sana berangin jer kat rumah mertua aku tu..

Bapak mertua aku, orangnya pandai bertukang, Gazebo kat rumah dia tu dia yang buat sendiri..yang menariknya dibelakang gazebo tu ada kolam utk ikan koi..Design gazebo tu dia buat ikut design kampung..sebab ada pangkin so kita boleh berbaring-baring katysitu sambil mendengar deruan air kolam disebelah.....peh best tu. Anak-anak aku pun suka melepak kat situ.




Ni rupanya gazebo tu ...best kan...





Adik ipar aku BOY tengah berburak ngan Farhan

Ni la kolam ikan tu..


Pukul 9 malam baru aku balik ke Melawati..Anak2 aku kalau dah sampai situ maknanya lama lah kena aku lepak kat situ pasal ada geng dia kat situ. Adik ipar aku Maznah ada dua orang anak so ada kawan lah si Farhana..Si Farhan petang2 belasah main bola kat taman depan rumah mertua aku tu..dia pun dah ada geng kat sana.

Tu dia orang2 kecil yang berada dirumah mertua aku..Farhaneez, Farhana, Melissa and Mellina


AF6 DI ISTANA BUDAYA

Sebabkan TUKUL jadi sponsor kecil2 lan utk AF6, dapat la aku 4 tiket free utk konsert mingguan di ISTANA BUDAYA..Aku nak sangat kesana bukanlah pasal konsert tu, tapi pasal venue diatu yang hebat..ISTANA BUDAYA tu dgn sound system yg canggih maggih, tak silap aku 10 of the best teater place in the wortld. Aku pergi berempat, aku, Suhaimy, Shireen(wife Suhaimy dan Erman.

Sebelum masuk ke dalam dewan tu mcm2 orang lah aku nampak, salah sorang yg paling aku teringin nak bergambar adalah NANA Dj radio Era..Dulu dia AF1 kan. Lawa gak orangnya bila berdepan tu. Sayang nya gambar tak berapa clear sebab Erman yg tukang ambik gambar tu macam gabra ja heheheheheh

LEPAK JA HARI BURUH NIH

Cuti hari Buruh ni aku tak gi mana2 lepak ja kat rumah, si Farhan pun kena gi tuition. Tengahari, adik ipar aku Boy datang pulak dgn bakal isteri dia, saja jalan2 katanya. Dalam pukul empat camtu balik la dia semula ke Nilai. Awal bulan 6 ni da nak kahwin dah dia.

Petang..adalah aku berchatting jap ngan Cik Manis yang duduk kat Newcastle tu, macam2 lah borak pasal bisnes pun ada gak.

Malam seperti biasa soalan cepumas dari wife aku, nak dinner apa yek??. Aku cakap sempoi nya dinner ja lah yek..

Pukul 9.30 malam...partner2 aku Azhar n Suhaimy mula menghantar sms pada aku tentang apa2 yang nak kena settle esok....peh...cuti pun cerita biznes lagi tu.

Pukul 10 malam....teng teng teng start lah kebosanan aku...nasib baik Asan(cousin aku) call aku ajak lepak jap kat kedai Mamak minum teh dgn segera lah aku sampai terlupa nak bawa wallet chet....apada aku nih. Takda apa pun cerita ngan dia cuma sebab dah sebulan lebih tak jumpa so borak2 kosong je lah aku sambil tengok cerita NUMBERS kat kedai mamak tuh...















CHEWAHHH HENSEMJER BRO NI PAKAI TSHIRT FREE TU KAN HEHEHEHEHE

HARI BURUH (PEKERJA)

Agak bosan juga bila ada cuti ditengah2 minggu ni..Sebabnya, keesokan hari, kena gi kerja balik. For the past three years, aku bekerja 7 hari seminggu. Hari Ahad kerja juga sampai pukul 3 atau 4. Tiba2 sejak berpindah ke Sunway Damansara ni dah jadi 6 hari seminggu. Rasa bersalah je bila duduk rumah..tapi yang bestnya adalah masa utk family.

Sebelum hari Buruh ni, iaitu hari semalamnya aku agak sibuk di warehouse, dari menguruskan hal barang2 yang hendak dihantar sehinggalah appointment dengan customer..sampai kerumah pukul 12 malam. Masa bergerak tak terasa sekarang ni sekejap ja dah abis satu bulan. Masuk lah kebulan May satu lagi bulan yang mencabar..Buat masa ni bisnes alhamdulillah..cuma ada lah perkara dalaman yang agak sukar dan mencabar utk dihadapi. Buat masa ni aku dalam proses memperbetulkan dan cuba memperbaiki perhubungan dengan customer yg agaknya mula renggang, Alahamdullillah semuanya terkawal. Dalam masa yang sama aku juga ada masalah peribadi yang tiap2 bulan aku absorb saja..walaupun bisnesman tapi selalunya orang pandang bila waktu berjaya saja. Sebelum berjaya waktu tengah struggled tu banyak orang tak nampak....Aku redah ja tak kira lah nak berjaya atau tidak yang penting move forward ja sampai apa yang aku impikan terlaksana.

Eh panjang lebarlah pulak aku ni membebel..haaa ada juga berita yang menggembirakan aku minggu ni.. Selasa lepas principal aku dari Jakarta datang, maklumlah aku kan baru ja jadi diorang nya sole distributor kat Malaysia ni..Diorang memperkenalkan aku kepada beberapa party yang boleh memudahkan perjalanan bisnes aku disini. Harap2 semuanya berjalan dgn lancar.

About

PENAFIAN

Penulisan dari Penulis Blog ini adalah lontaran pendapat/pandangan peribadi dan tidak sama sekali mewakili mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau pun sudah meninggal dunia. Sebarang penulisan yang bersifat serupa dengan penulisan yang lain adalah kebetulan.

Terima kasih